Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu yg Memikul

Sudah 12 hari arwah emak pergi meninggalkan kami sekeluarga. Setiap hari juga aku tidak lekang menelifon ayah aku di kg bertanya khabarnya. Setiap hari juga hati & jiwa ini merintih & rindu dgn arwah emak! Kalau tidak, start dari aku masuk U sampailah da kawen ni setiap pagi arwah emak akan call aku. Tapi kalini semuanya telah hilang bak daun yg ditiup angin entah ke mana arahnya.

 

Memang benar, jika kita tidak merasai sendiri erti sebuah kehilangan utk selama-lamanya kita tidak tahu apakah perasaan utk jiwa kita. Mudah utk kita berbicara & memberi sebarang anggapan tp hakikatnya hanya jiwa yg luka mengetahui maknanya lara…. Di sini, aku ingin berkongsi tips JIKA berlaku perkara begini

(1) Tarik nafas panjang2 & istighfar banyak2

(2) Ambil air sembayahyang & buat solat sunat (kalau tak boleh sembahyang, ambil shj air sembahyang krn air sembahyang tu boleh buat hati menjadi tenang)

(3) Fokus apa yg perlu dilakukan & tenangkan fikiran. Selawat ke atas Nabi junjungan SAW & berdoa kpd Allah moga diberi petunjuk & ketenangan

 

InsyaAllah, ALLAH akan permudahkan kita. Jgn sesekali kita melatah @ mengikut perasaan. Bila kita ikut perasaan dgn mudahnya syaitan akan bertapa dlm hati kita. Masa mula2 aku sampai kg (14/11/2010-ptg) aku agak sedikit mamai & aku bertanya kpd my hubby

“Abg, knp ramai sgt org kat umah ni? Diaorg pakai songkok putih. Ada apa? Knp ni?”

“Mama, bykkan istighfar… Apa mama ckp ni? Mengucap banyak2″

Astaghfirullahal’azim… Ye, aku keluar aje kereta ayah telah meluru ke arah aku & memeluk aku kuat2. Aku tahu ayah menunggu aku balik sbb selepas aku bertemu busu aku, beliau katakan yg ayah tunggu aku balik utk buat semua keputusan….. Angah meluru ke arah aku & Cika terus berlari ke arah aku… Kami berempat berpelukan satu sama lain.

 

Cika teresak2 menangis memeluk aku & menyatakan yg arwah emak terlalu awal meninggalkan kami semua. Aku hanya mampu menyatakan itu semua kuasa Allah & bersabar di atas segalanya. Setelah aku meleraikan pelukan, aku menuju ke dalam rumah. Setibanya aku di pintu rumah, hati aku terlalu berdebar-debar krn aku ternampak sekujur tubuh yg dibaluti kain batik & wajah yg ditutupi kain putih.

 

Aku menghampiri tubuh tersebut & tiba2 kakiku longlai aku terus jatuh terduduk. Aku mengagahkan diri utk membuka kain putih yg menutupi wajah itu. Tangan aku terasa sgt sejuk & aku tidak punya kekuatan membuka kain itu. Namun, aku berjaya juga membuka kain putih itu & ………………….. terlihat aku wajah arwah emak yg pucat tapi bibir terukir senyuman.

 

Air mata aku sangat laju menuruni pipi aku. Aku terasa ada seseorang menarik & terus memeluk aku. Aku terus menangis semahu-mahunya dlm dakapan wanita tersebut. Aku memandang wajah yg memeluk aku rupanya ibu mertua aku… Lantas aku berkata

“Emak, emak saya dah takde lagi…..”

“Emak kan ada lagi” Ibu mertuaku menjawab

“Tak sama……………” Aku menangis teresak-esak

 

Aku terus melepaskan pelukan aku dan mencium pipi & dahi arwah emak. Kemudian, aku terus menyalin baju kurung & menunaikan solat……. Selepas solat aku mohon Allah memberi aku kekuatan yg tinggi krn ayah & semua adik aku mengharapkan aku kini. Jika aku goyah, mereka lagi goyah. Ya, aku perlu tabah & kuat utk hadapi semua ini. Demi ayah & adik-adik, aku perlu tabah & bersemangat meneruskan segala urusan & kehidupan selepas ini.

 

Alhamdulilah, Allah mendengar rayuan hambaNYA & aku sememangnya mempunyai semangat yg baru & aku terus mengumpulkan angah, Cika & Fauzan di kaki arwah emak. Aku minta sama2 membaca Yasin & aku mahu kami adik-beradik yg memandikan & mengkafankan arwah emak sendiri.

 

Aku terus hubungi Uda pulak. Dia masih dlm perjalanan & menurutnya ada pula accident di persimpangan Pulai. Aku hanya berdoa agar semuanya dipermudahkan. Aku lihat cuaca semakin gelap & langit telahpun memuntahkan air matanya. Angin bertiup kencang & petir sabur menyabung. Menurut busu, arwah emak akan disemadikan di Sebatu sebaris dengan kubur arwah nenek & arwah atuk. Selepas Asar kubur baru akan digali, & ketika ini jugalah hujan turun dgn lebatnya. Aku hanya meminta & berdoa semua dipermudahkan shj.

 

Kami semua menunggu uda shj kini sebelum memandikan arwah emak. Sbb plan asal mmg aku nak kami adik-beradik yg memandikan arwah emak. Waktu Maghrib pun hampir tiba & tetiba shj blackout. Rupanya blackout satu kg. MasyaAllah…, aku terdengar ada satu suara menyatakan mcm mana nak mandikan arwah dah blackout. Aku beristighfar byk2 & terus hubungi uda. Uda ckp dia da ada di Seremban tapi ada accident lagi & hujan lebat. Astaghfirullahal’azim… Aku terdengar angah meminta si abang, anak busu membeli lilin. Aku teringat sabda Rasullulah SAW :-

 

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

 

Doa anak2 yg soleh shj kini yg mampu utk mengatasi segalanya. Lantas aku mengumpulkan angah, Cika & Fauzan menyatakan kpd mereka agar mendoakan yg terbaik utk arwah emak sehingga arwah emak menuju ke liang lahad. Moga Allah permudahkan semuanya. Mereka faham & aku lihat mereka duduk di sisi arwah emak & aku teringat adik aku, uda & terus sms adik aku

 

“Kat sini hujan turun lebat sgt & petir sabung menyabung. Tetiba blackout satu kg. Yg tinggal hanya doa anak2 yg soleh. Mohon ko doakan yg terbaik utk arwah & dipermudahkan semuanya di sini. Lepas Maghrib if ko x sampai juga, kami semua akan terus mandikan arwah emak. Pastu terus kebumikan arwah emak. Mohon ko redha semuanya…”

 

Sejurus uda membalas OK, alhamdulilah… hujan & petir tetiba lenyap begitu shj. Aku terus meminta angah bercakap dengan Cik Yah, ketua yg memandikan & mengkafankan arwah emak utk meneruskan fardhu kifayah ini…

 

Hanya 3 batang lilin yg menemani arwah emak ketika mandi. Tapi, terangnya sprt bulan yg menerangi bumi. Teringat dulu arwah emak ada berkata pada aku yg “Along, kalau emak mati nanti emak malulah org tgk emak mandi” Ye, Allah mengabulkan doa arwah emak akhirnya… Maha Besar Allah!!!!!

 

Ketika basuhan terakhir di kaki arwah emak, aku perasan ada satu tangan & aku tersentak itu tangan uda. Ya, uda sampai akhirnya…. Tertunai juga hasrat kami semua utk memandikan arwah emak. Aku nmpk uda menitikkan air matanya. Tp, aku tahu sbg seorg yg terpelajar & penuh dgn ilmu agama di dada uda tahu apa dia perlu lakukan (dari kecik uda tlh bersekolah di asrama penuh agama sehingga sek menengah uda belajar di KISAS. Selepas SPM sepatutnya uda melanjutkan pengajiannya dlm bidang agama tp, awah emak minta aku nasihatkan uda agar sambung shj di U tempatan & arwah emak nak uda jadik doktor. Tp uda taknak so skang uda jadi pegawai diet shj – pakar juga kan tp dlm pemakanan aje)

 

Kemudian, selesai mandikan arwah emak kami semua mengkafankan arwah emak pula. Aku di sisi kepala sebelah kiri arwah emak, depan aku uda. Di sisi kiri kaki arwah emak angah dan depan angah Cika. Mak Yah & pembantunya hanya bagi arahan shj. Alhamdulilah, selesai semuanya arwah emak disembahyangkan pula. Pak Anjang (adik arwah emak) menjadi imam & alhamdulilah ramai juga yg menyembahyangkan arwah emak termasuk aku & angah.

 

Sejurus shj arwah emak diangkat keluar utk ke van jenazah, elektrik tetiba ada. Subhanallah……. hasrat arwah emak utk org tidak melihatnya sgt Allah makbulkan. Aku, angah, Cika & Fauzan (serta hubby & hubby uda) mengiringi arwah emak ke liang lahad.

 

Alhamdulilah, semuanya selesai & walau hujan lebat temoat persemadian arwah emak tiada takungan air langsung walau di tepi kiri & kanan penuh dengan air yg bertakung. Aku takut jika liang lahad arwah emak dipenuhi air sbb akan menyukarkan kami. Tapi, Maha Besar Allah sekali lagi…… Allah maha mengetahui segalanya & Allah telah menyusun setiap apa yg berlaku dlm diri manusia.

 

TIADALAH EMAK di dunia ini lagi….. Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu yg Memikul!!! Pelbagai pesanan arwah emak bertandang dlm kotak fikiran aku. Aku perlu selesaikan secepat mungkin agar arwah emak tenang di sana…

 

Emak… Along akan jaga adik2 & ayah dgn baik. Along perlu kuat utk hadapi semua ini. Along TERKILAN krn ada 2 perkara lagi yg Along tak sempat tunaikan utk emak

 

1) RUMAH - thn 2012 insyaAllah umah Along siap emak. Dari kecik along nak bawa emak duduk dgn along dlm umah yg besar. Along tak mampu nak beli yg plg besar tp, yg ada ni insyaAllah cukup utk along tgk emak bahagia. Tapi, Allah lbh sayangkan emak rupanya. Betullah ckp emak yg emak tak sempat nak tengok… Takpe, along bawa Fauzan & ayah tinggal dgn along. Sbb emak juga da pesan kat along kalau emak takde, along kena jaga Fauzan betul2 sampai Fauzan berjaya masuk U mcm kakak dia…

2) MASTER & PHD – Along mmg nak sambung belajar tp along tangguhkan dulu buat masa kini sbb duit yg ada utk kegunaan yg lain. Along dah nekad pas umah siap along nak sambung belajar. Tp, emak tak sempat juga… Takpe, insyaAllah along akan tunaikan… Along pun da dpt persetujuan dari suami along…

 

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku

Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu

 

Mungkin dulu kita susah sedikit tapi, Alhamdulilah berkat ketabahan & kesabaran emak mendidik 5 beradik, kami berjaya. Emak tentu bangga ketika di saat2 akhir emak. Along akan cuba utk menjadi yg terbaik demi ayah & adik2… Along taknak emak susah hati di sana. Emak tentu bangga kerana telah membesarkan kami hingga menjadi anak2 yg soleh & solehah. Tentu sejuk perut emak mengandungkan & melahirkan kami kan!!!! Sebabnya :-

 

Along – dah jadi pegawai di syarikat yg besar

Angah – dah jadi pegawai JPJ di Melaka

Uda – dah jadi pegawai diet di hospital besar

Cika – dah jadi pegawai komputer di Putrajaya

Fauzan – insyaAllah bakal menjejaki kakak2nya sbb PMR dia memberangsangkan…

 

Ya Allah, KAU lindungilah arwah emak dlm kalangan org2 yg beriman. Mudahkan arwah emak menuju ke SyurgaMU, & jgnlah KAU siksa roh emak & KAU jagailah roh arwah emak di kalangan org2 yg bertakwa di sisiMU. Permudahkanlah arwah emak & jgnlah biarkan arwah emak keseorangan YA ALLAH!!!!!!!!! Luaskanlah kubur arwah emak & terangilah kubur arwah emak.

 

>>> Along rindu kat emak <<<

About these ads