Kisah Lara
Dayyan melihat di luar tingkap dan ternampak olehnya sepasang burung yang terbang bebas sambil berkicau dengan riang. Dayyan tersenyum sendirian melihat aksi burung itu sambil menyisir rambutnya ke telinga kirinya. Sambil menghela nafasnya sendiri, Dayyan merenung jauh ke dinding sambil mengamati warna dinding yang telah luntur. Sambil mengamati dinding tersebut, Dayyan menggigit-gigit bibirnya menahan keresahan yang tiada penghujung.
Hatinya amat resah tatkala bunyi suara burung bersilih ganti dengan warna dinding yang telah ada palitan-palitan noda. Sesekali Dayyan melihat jauh karma dirinya sendiri. Jauh berada di puncak dan diselimuti oleh kisah silam. Tatkala dirinya kecil ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu dan bapa. Apabila datangnya merpati putih merampas kebahagiaan, Dayyan hilang tempat berpaut seketika.
Ketika awan putih berarak sendu, Dayyan mula hilang tujuan hidup. Dia mula bangkit untuk merubah diri dan keluarga yang ada. Ditinggalkan cita-cita demi kebahagiaan hakiki. Biarlah hati berpatah arang asalkan adik-adik menuju puncak kejayaan. Terukir senyuman Dayyan seketika tatkala melihat ibunya gembira kembali. Tertawa sebentar Dayyan apabila melihat adik-adiknya berjaya seorang demi seorang. Namun, sendu di hati Dayyan tiada siapa yang tahu. Kepada Mia Qasrina, kekasih hati tempat mengadu.
Demi kasih sayang dan cinta nan agung, Mia Qasrina rela berputih mata seketika untuk kekasih hati melaksanakan tanggungjawab. Syurga di bawah telapak kaki ibu itu adalah pasti. Terpaksa akur dek ketetapan agama, Mia Qasrina rela merajuk di dalam hati untuk bertahun lamanya. Segala rindu yang bertaut hanya menjadi pungguk rindukan bulan. Akhirnya, kekasih hati yang didamba menyunting dirinya untuk dijadikan teman sehidup semati.
Apakah daya si Dayyan tatkala suntingan mula menyubur menjadi bunga nan mekar. Ibunya pula ditimpa malang dan mula dirundung pilu. Dek setia kasih dan tanggungjawab, wang yang dikumpul diguna demi mengubati ibu yang disayangi. Keluarga Mia Qasrina mula menunjukkan belang dan tidak rela berputih tulang. Lamaran jejaka puncak menara gading dan punya segalanya tidak dapat Dayyan tandingi. Walau air mata darah tumpah di pipi Mia Qasrina, namun kehendak keluarga terpaksa dituruti. Hilanglah cinta nan agung dan lenyaplah syurga impian.
Hidup Dayyan mulai goyah dan dirundung kesepian. Ibunya pergi menyahut panggilan Ilahi manakala adik-adiknya tidak mempedulikan jasa sang abang. Kawan-kawan Dayyan juga hilang entah ke mana. Saudara-mara pula mencemuh diri Dayyan dek celaka yang menghimpit. Hilang sudah seri kehidupan Dayyan. Kepada Tuhan Dayyan memandu arahnya. Malang tidak berbau secara tiba-tiba syarikat tempat mencari rezeki ditutup. Hilang pula punca pencarian rezeki Dayyan.
Langit di luar tiba-tiba menjadi hitam pekat. Manakala guruh berdentum dengan dasyat. Dayyan tersentak dan mula menghantukkan kepalanya di dinding. Dayyan mendengar suara-suara sumbang mengejek dan mencacinya. Dayyan mula berteriak dengan kuat tanpa mempedulikan alam semesta. Apalah kudrat yang ada oleh Dayyan. Dayyan menangis sekuat hatinya dan menyalahkan takdir Tuhan yg tidak pernah memberikan kebahagiaan dalam dirinya.
Pintu dibuka dengan luas. Teriakan nama Dayyan mula memecah teriakan Dayyan sendiri. Dayyan tidak peduli itu semua yang penting Dayyan mahu menghapuskan suara-suara itu. Tatkala mata Dayyan melihat manusia berbaju putih mengerumuninya, Dayyan mula menyepak terajang mereka. Namun, apalah daya kudrat Dayyan. Tidak mampu melawan tenaga yang ada. Akhirnya, Dayyan sendiri lemah dan matanya kelam memandang sekeliling. Dayyan mula hanyut dibawa alam khayalannya semula.
SOALAN :-
1) Di manakah Dayyan berada?
2) Apakah penyakit yang dihidapi oleh Dayyan?
3) Berapakah rating kwn2 utk cerpen pendek di atas??? (Ini tak termasuk dlm jwpn… terpulang kpd kwn2 utk menjawab dgn seikhlas hati okey
)
Nota Kaki : Kpd kwn2 yg dpt menjawab soalan-soalan di atas, HADIAH MISTERI akan menyusul kpd kwn2
Sekiranya ada jawapan yang sama, bEe akan membuat cabutan undi okey…. Masa yang diberikan sehinggalah 31/07/2011 pukul 12.00mlm shj
GOOD LUCK fwens



1) Hospital sakit jiwa
2) Sakit jiwa
3) 3/5 (sbb mcm rushing nk habiskan cerita)
@faiez : TQ
& tunggu ek… hihihi
1. Hospital Sakit Mental/Jiwa
2. Sakit mental/ tekanan perasaan
3. 6/10 – watak boleh dikembangkan lagi
@e-commerce : TQ awk…
akk rasa pun dia berada di hospital sakit jiwa
orang ramai berbaju putih tu adalah penjaga di hospital sakit jiwa
hantuk2 kepala didinding adalah sbb tekanan mental
rating 4..
@puanbee : hehehe TQ
1) Kak Long pun agak Dayyan ada di hospital atau lebih jelas hospital mental
2) Sakit mental
Dah ada bakat tu..tahniah.
@Kak Long Mawar Merah : Terima kasih kak. InsyaAllah… bEe sedang cuba nak buat comeback semula
dia berada dlm alamnya sendri..
sakit mental
3/5
@Suri : Bukan 2 alam ke Suri?
bila tengok (eh macam mengambarkan pulak) ada ramai pakai baju putih.. confirm mesti dekat hospital sakit mental.. huhu…
sakit , hilang ingatan lah kot
4/5
@zik : hohoohoho.. yeker??? Bukan mimpi ker zik??? hehehe
rasanya dayyan berada kat dewan bedah
@tehrauf : dewan bedah??? huhuhu
1) Hospital
2) depression
3) 3/5
@Juan :
1. Wad psychiatric
2. mental illness.(tekanan perasaan@ sakit jiwa)
3. 4.5 / 5
@Mrs.Ayie : hehehee….. Acih yer
1) Dyyan berada di rumah tok bomoh
2) peyakit yg menghinggapi ialah kerasukan….
3) 5/10 ikut skala Richter.. heheheh
@maza : Wah….. daya pemahaman yg maha gaya sungguh!!!
layann jer kak bee tewww.. ehehe
@en_me : Hikhikhik Layanzzzzzzzz………… pastu ZZzzzZZzzzz
Dyyan ada kat bumi, penyakitnya entahlah, mungkin sebab tekanan perasaan atau perasaan terlebih sudah. Cerpen ni dapat 90/100 peratus
@AyieBlog :
1. Dia dalam kubur rasanya
2. Penyakit : Putus cinta
3. Rating 10/10 sebab tak paham ,heee
@nizamghazi : Hihihihi… TQ nizam
1. Dayan berada di depan komputer membaca blog Dulu Lain Sekarang Lain
2. Dayan tak paham apa yg blogger DLSL cuba sampaikan
3. 290^ F di kawasan kutub utara….
fuh….ni jawpan yg paling tepat aku rase
@Ismail N : xoxo
@hafizmd : hehehe
1. dayan di hospital
2. mental illness
3. 7/10 sebab cerpen tak habis … keh keh keh
@FarEast : Cerpen tu dah habes…. Cerpen pendek kan! hihihi
dia ada di alam sendiri…:)
tanpa siapa yang tahu
@Kamarul azri : Nak kunci lirik tak???
1. Kat rumah tinggal
2. mana ada sakit, dia tu yg cari penyakit jadi penagih dadah
3. Banyak lagi perlu dibaiki, Tak boleh bezakan yg mana flashback mana khayalan, mana yg realiti. Terdapat ayat yang sukar saya fahami contohnya bunyi suara burung bersilih ganti dengan warna dinding. 49%
@Norasikin : Itulah namanya cerpen kak… hehehe.
Saya tidak pandai sangat untuk menilai novel maklumlah dalam bindang penulisan amat kurang pengalaman.
Perkataan Dayyan berulang-ulang kali ditekankan. Apa peranan subjek ini sebenarnya?
@akubiomed : Dayyan ialah watak utama utk cerpen pendek ni… hehehe
Pertama kali saya ingin memohon maaf dahulu. Mungkin masalah ini dialami oleh saya sahaja. Saya ada masalah loading blog bEe kerana warna background menutup tulisan entri samada guna Firefox atau Chrome. Sebagai pilihan saya komen guna Internet Explorer.
tuan tanah nak kena tgk2 ni
@akubiomed : NOTED. Amacam dgn background baru??? Okey tak???
@hafizmd : Tuan tanah dah amik tindakan bro hehehe Neway, TQ a lot
1. Agaknye kat wad mental
2. Dah kat wad mental, sakit mental si dayyan ni
3. Rating – 3/5 (tak reti sgt bab2 cerpen, hhehehe)
Usaha yg baik bEe…mmg nampak ada bakat…terbaik!
Ramai nya yg cakap Dayan ni sakit jiwa.. Adakah dia hanya berlakon?… Adakah ini hanya lakonan di set pengambaran? Jika benar, maka ramailah tipah-tipah yg tertipu.. aduhh…
@hafizmd : hehehe TUNGGU!!!
@Ismail N : Opsss…. wow!
saya rasa Dayyan sedang dirawat di hospital sakit jiwa.. dan penyakit yang di alami ialah tekanan jiwa atau maybe psychiatric disorder ..
rating saya nak bagi 2.5/5
@mohdsabree hussin : Terima kasih sudi ke sini & komen
selamat menunaikan ibadah puasa,
semoga ibadah puasa pada kali ini lebih baik dari sebelumnya,
Kejarlah pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah SWT..:)
@LiFe KaMi : Terima kasih daun keladi
ahlan wa sahlan ya ramadhan untuk kak & sekeluarga
di alam dia sendiri, di wat sakit jiwa (mungkin….)
@Kamarul Azri : Terima kasih yek
Bila nak umumkan keputusannya bEe?.. Kawe mimpi bulan jatuh ke riba malam tadi.. adakah kawe akan menang? Sesak nafas menanti ni
@Ismail N : Errkk??? lalalalalala~
xsempat nak join.. huhuuu
@fiezaradzi : Pasni kalau ada contest lagi join tau!
Pingback: Ramadhan Al-Mubarak | Sakura's
Pingback: Kisah Lara | Mereka HEBAT! | Sakura's
Pingback: Hadiah contest blog & google sitelinks | HAFIZMOHD.COM