Mengenai Susu Formula

Haritu, bEe pnh bercerita berkongsi cer mengenai puting susu. Utk harini bEe nak berkongsi cer pulak ttg susu formula :-)

Disebabkan Danish takmo bf + bEe malas nak membuat kaedah pam susu, so bEe tampung susu badan dgn susu formula. Memula tu bEe try susu formula NAN utk bayi. Alamak, susu tu panas lah pulak bak kata arwah mak Panas tu maksudnya tak sesuai dgn bayi apabila bayi tak mahu membuang poo poo air besar.

Lbh kurang 5 hari jugalah Danish yg masa tu berusia 2bln lbh tidak membuang urin / poo poo. Kesian dia. Pastu try pulak susu formula jenama ………… (tak hengat :-P) sama juga hasilnya 2 hari tak poo poo walau bEe campur dgn susu badan. Maknanya, 5 + 2 = sudah 7 hari Danish tidak membuang.

bEe dah risau & terus minta ayah dgn arwah emak pergi klinik. Lalu, doc kanak2 ckp susu2 tersebut tidak sesuai utk anak bEe so dia cadangkan utk menggunakan Mamex Gold.

Inilah rupa susu Mamex Gold

Boleh tahan juga harga utk 600g susu ni lbh kurang RM60 ke atas juga. Tp, alhamdulilah…. hasilnya amat bagus. Susunya likat sprt susu ibu dan baru sekali Danish minum, terus membuang urin :-) Byk juga masa tu…. Danish guna susu ni sehingga berusia 6ln. Dlm sebulan lbh kurang 4 pek kena beli. Owwhh, masa tu terasa RM melayang2. Takpelah, demi kesihatan anak biarlah kami bersusah :-P mcm hampeh ayat

Tp ntah mcm mana masa Danish umur 6bln lbh, Danish punya urin pulak terlebih-lebih :| Kiranya asyik membuang shj. Dlm sehari hampir 6kali Danish membuang. Kesian dia… bontot dia merah-merah & asyik menangis mungkin sakit. Kami sekali lagi jumpa pakar kanak-kanak (doc Danish di Hosp Pusrawi)…

Menurut kata doc Azam, mungkin Danish dah tak sesuai minum mamex gold dan dia minta kami mencari susu formula yg sesuai dgn Danish. Sebelum tu, bEe & hubby penat memikir nak bagi susu apa. Yelah, pengalaman lepas dah pnh terjadi tak mahu perkara sama berulang lagi. Kebetulan Danish mempunyai jenis darah yg sama dgn bEe (O+) so, bEe anggarkan yg Danish mungkin mempunyai citarasa yg sama dgn bEe firasat seorg ibu. Arwah mak ckp, bEe masa kecil memula minum S26 tp bEe kena demam plus kejang so tukar dumex. Lalu, kami membelikan Danish susu dumex dugro 1-3thn.

Ini rupa susu dumex dugro :-)

Alhamdulilah, sampai la ni umur Danish dah masuk 2thn masih setia dgn susu ni. Susu ni pun plg mahal takde sale RM23.90 fuh jimat aku wokeh!!!! :-P Bak kata hubby cayang, papa boleh belikan Danish 10pek setiap bulan…. hahahaha

Mmg lah firasat seorg ibu tu betul… :-) Apa jua feveret mama dia, itulah dia feveret Danish kini :-D Danish skang kalau mkn biskut / kek / kuih / air kotak mesti perisa coklat :-P Kalau bukan, mmg dia takmo :lol: Mcm mak dia…. So, skang hubby bEe punya komen kalau anak takmo dengar ckp confirm mcm mak dia….. :-P Ammmbboooiihhhhhh……… Gigit karang! :-P

About these ads