15/11/2010

 

Pd tarikh 15/11/2010 aku telah mengajak my hubby ke JPN utk mendaftarkan kematian arwah emak. Masa memula nak kuar rumah tu hati aku sgt sedih. Yelah, baru semalam arwah pergi meninggalkan kami semua tp nak ke tak nak ke, aku kena pergi selesaikan juga. Ayah & semua adik mengharapkan aku. Aku perlu kuatkan semangat menghadapi realiti.

 

Sesampainya di JPN, alhamdulilah… urusan dipermudahkan. Tak ramai org & tak banyak songeh dari staf JPN. Kebanyak klien aku ckp JPN byk songeh… Tp, alhamdulilah…….. mudah semuanya. JPN perlukan :-

 

1) Permit penguburan asal & salinan (yg ni dpt selepas kita buat pendaftaran di Balai Polis)

2) Kad Pengenalan asal simati & salinan

3) Bukti kematian dari pegawai perubatan & salinan (pengesahan ni dpt lepas pegawai perubatan mengesahkan kematian simati. Kebetulan ambulan yg datang mmg ada pegawai perubatan & memudahkan proses. Kalau tidak, kena bawa p hospital & byk lagi proses)

4) Kad pengenalan asal & salinan pemaklum (waris yg nak mendaftarkan kematian —> dlm kes ni, k/p aku lah!)

 

Awal2 lagi aku da buat photostat  k/p arwah emak dll. Yelah, semua itu adalah sentimental value for me & to all my family members. Aku siap buat cabutan utk sijil mati arwah emak. satu cabutan RM5 so, utk dua cabutan aku kena bayar RM10. Ini hasilnya :-

 

cth salinan sijil kematian arwak emak (sila klik)

“Ini hanya cth salinan shj. Aku nak buat kes pusaka sbb tu ada cop kegunaan ARB & Certified True Copy

 

Memula pegang aje sijil kematian arwah emak, nak menitik air mata aku. Bayangkan dekat 5thn aku bekerja & setiap hari aku memegang sijil mati klien aku & PADA 15/11/2010 aku memegang sijil mati arwah emak!!!! Betapa syahdunya hati ini. Lebih2 lagi nama aku pada pemaklum sijil kematian.

 

Alhamdulilah, ada hikmah mengapa Allah membuka pintu hati aku 5thn yg lampau utk menerima tawaran kerja di AmanahRaya (ARB). Walau ketika itu bos lama aku tawarkan gaji lebih tinggi & kenaikan pangkat (Assistant Manager) ketika itu, hati aku meronta2 utk masuk ke ARB. Masa tu arwah emak tak bagi gak sbb ARB tawar gaji ciput & start dari bawah balik. Ada hikmah & inilah hikmahnya yg mana hal2 berkaitan kematian & segala2nya aku boleh settle sendiri tanpa mengharap bantuan sesiapa.

 

Moga roh arwah emak di kalangan org2 yg beriman….. Amin…

 

> setiap apa yg berlaku adalah kehendak Allah & ada hikmah di sebalik kejadian <