Ada Apa dengan WLB 1304

Tajuk mcm artis lak!

Sbnrnye takde apa pun dgn WLB 1304. Cuma nama sambungan antara aku dan my hubby aje. Yelah, since 11/07/1998 kami bercinta sampai 11/12/2008 kami bernikah. Then, alhamdulilah sehingga kini masih terpahat chenta kami berdua…

 

W = WAN

L = LOVE

B = BIAH

13 = 13/04/1982

04 = 04/05/1982

 

Itulah dia makna WLB1304. Ramai kwn2 ingat itu adalah no plat kereta. InsyaAllah, mmg akan aku buat pon one day! Aku nak patrikan nama tu di plat kete idaman aku. Bila???? Nantilah….. insyaAllah apabila keadaan tlh mengizinkan utk aku menjadi hartawa @ jutawan… ekekekeke.

WLB1304

KAMI ketika setelah 5 thn a.k.a ketika my hubby konvo @ UTM Skudai

 

Pic kat atas my hubby masa tu still segak dgn masih hetam lagi kepalanya. Hihihihi…. (jgn mare ye abg). Masa ni abg baruuuuu je keje kat Sime Darby @ Pasir Gudang. Aku lak ada lagi sethn utk habiskan degree. Saje aje lmbtkan time nak bagi abg merasa keje dulu, pegang duit dulu, jumpe aweks dulu… Aku mmg da abes diploma then sambung degree. Ikutkan aku leh buat 2thn aje utk degree tp rasa mcm malas. Aku pun keje sambil belajar so ada lah duit skit2 nak beli utk diri sendiri, bagi arwah mak & ayah dulu2 kat kg.

Alhamdulilah, tak sangka abg still sayang kat aku walau byk jugalah dugaan demi dugaan. Bak kata pepatah, SUDAH JODOH TAK KE MANA. Aku lak nape tak cari lain???? Huurrmmm, bukan nak kata takde yg nak… Ada… tapi ramai kata aku ni cenging iaitu garang + tak pandai nak lemah lembut + kasar. Hakikatnya, itulah aku. Aku pon taktau mcm ne leh tersangkut kat hubby masa sekolah dulu. Hehehehe, kelakar gak masa memula abg ckp I Love U kat aku. Esok bertemu muka & muka kat sekolah hubby tunduk aje. Aku pon segan gak.

 

Apapun, aku akui abg seorg yg sgt cool tp bila mengelabah dialah yg plg hebat!!! Hahahaha….. Aku ni seorg yg kasar & dia akan melembutkan aku. Aku seorg yg cepat marah & dia akan mengkritik cara marah aku. Ikutkan, terbalik aku dan dia sebenarnya. Selalunya org pompuan yg patut itu & ini tp dia yg byk itu & ini kat aku. Kalau dah jodoh mmg tak ke mana kan….

Gambar ni adalah hasil edit tgn aku sendiri

 

Alhamdulilah, dgn izin Allah aku dan dia selamat menjadi suami & isteri. Sudah 12thn lebih aku & abg bersama-sama dlm suka, duka, bahagia & lara. Dlm sepjg tempoh ini jugalah abg tau semua tentang diri aku & family. Byk juga duagaan & cabaran yg kami tempuh bersama-sama.

 

Sekolah

Masa sekolah dulu cikgu2 adalah faktor utama ganggugan dlm hubungan kami. Aku ingat lagi seorg cikgu ni namanya tut … Dia jumpa aku siap ckp tak payahlah aku bercinta dgn dak Wan. Sebabnya, aku lawa & pandai. Bila aku masuk U aku akan jumpa org lebih baik dari Wan. Ye, aku tau… tapi tak payahlah nak jaga tepi kain aku. End up, aku dan hubby gak yg mengharumkan nama sekolah utk SPM, org masuk U pon aku dgn hubby gak…. Sudahnya, sampai da kawen cikgu ni dtg hanya tunjuk isyarat good for us!

Kawan-kawan

Ini juga halangan maha hebat! Aku taktaulah mereka ni knp dengki gila kat kami. Ada tu siap kawan makan kawan. Yg aku pelik masa hubby aku berhingus taknak lak mereka dgn hubby aku. Bila hubby aku da jadi engineer berselera lak mereka dgn hubby aku. Geram gila aku!!! Naseb lah aku ni mmg org Melaka (walau kat ic aku anak jati KL) so mmg kena sound lah dgn aku. Mintak maapler bebanyak bila kena sound dgn aku. Mmg hati pedih & menangis2 lah korg sbb hak aku buatpe ko nak kacau kan!

Sama gak bila masuk U, byk gak dugaan… Part aku pun byk kat part hubby pun byk. Tp, lantaklah, masa tu aku cuma berdoa & buat smbhyg hajat byk2 kalau betul dia jodohku, kekalkan shj aku dan dia… Alhamdulilah, TIME IS TRUE!!!! Org yg dengki kat aku akhirnya terima apa yg patut diterima… Mungkin Allah tau niat ikhlas & niat yg tak ikhlas…

Keluarga

Errrm, halangan dlm family aku hanya dari arwah emak. Tapi, aku taknak bercerita lebih lanjut sbb aku da pun kawen & arwah pon dah takde. Yg penting arwah tahu keikhlasan hati my hubby

 

Utk entry akan datang aku akan upload pic yg tak penah aku @ hubby bagi tgk kat org. Huhuhu, zaman berhingus lah ni!!! Hehehehehe…

 

—–> I love You Forever & Ever Dear <—–