AidilFitri terakhir

Hmmmm,

Tajuk entry pon dah menggambarkan kesedihan aku. Aku menyelak & melihat2 semula gambar2 lama yg ada dlm laptop ni. Arwah emak dulu selalu suh aku cuci gambar. Tapi aku mmg tak sempat nak pi kedai gambar. Sudahnye, aku minta tolong adik aku pi cuci (kalau dia berkesempatan).

Tahun 2010 Hari Raya AidilFitri aku, ayah & adik2 menyambutnya kali terakhir dgn arwah emak. Tiap2 thn emak akan masak rendang, ketupat (tapi sejak aku dah kawen arwah emak lebih senang masak nasi himpit aje – katanya takde sape nak anyam ketupat :-() & kari ayam. Tapi thn ni juga arwah emak 1st time masak kari ayam hangit. Tak pernah begitu…. kali pertama & terakhir kari ayam arwah emak hangit (mungkin petunjuk – wallahualam). Tapi, setakat ni aku puas hati sbb dapat berkhidmat dgn arwah emak sbg anak sehingga ke akhir hayatnya. Masa arwah emak sakit teruk & dimasukkan ke hosp (masa tu aku tgh buat tesis thn 2005) aku terpaksa pilih s/ada tesis @ emak. Akhirnya, aku pilih utk jaga arwah emak di rumah & hosp hingga emak baik.

Prof aku sms & call bgtau yg akan extend aku next sem if aku tak sempat buat tesis. Jwpn aku amat mudah, emak saya sakit & saya perlu jaga emak saya. Cuba prof berada di tempat saya. Prof juga akan buat sprt apa yg saya buat. Kalau pfof nak extend saya, tak menagapa…saya terima. Tapi, kalau boleh saya mohon tunggu dahulu sbb bukan saya tak buat, cuma saya perlu edit semula tesis saya. Jwpn prof aku lak dia nak bagi aku C utk tesis. Aku jawab semula, tak mengapalah prof, jika itu dah ketusan prof saya terima. Sprt yg saya katakan bhw emak saya hanya satu dlm dunia. Saya tetap mohon utk tangguh dulu edit tesis saya sebelum hantar semula ke pfof. Jika prof setuju, insyaAllah lepas emak saya baik, saya akan balik kolej & berjumpa prof sehingga keje saya selesai. Ini janji saya.

Prof aku tak jawab…tapi, alhamdulilah…aku tetap berpegang pada kata pepatah : JIKA NIAT KITA BAIK, ALLAH AKAN BAGI GANJARAN…. Lepas emak dah sihat, malang menimpa aku pulak. Aku demam teruk seminggu & mata aku berair. Aku minta postpone & aku bgtau prof mungkin Allah mmg tak bagi aku grade thn tu gak! Aku akan jumpa next sem dgn prof aku (masa tu dah suntuk sgt). Tapi, jwpn prof aku sgt menggembirakan aku. Prof aku tunggu sampai aku tiba & Alhamdulilah……… tesis aku dapat A. Thanks to Prof Dr Rumaya Jauhari….

Sbg anak sulung byk t/jwb di bahu aku yg perlu aku galas ketika aku bujang. Sbb tu bila dpt tawaran ke asrama penuh @ ke tmpt lain aku taknak pi. Arwah emak marah aku tapi, aku hanya diam aje….Niat aku tetap satu JIKA NIAT KITA BAIK, ALLAH AKAN BAGI GANJARAN…. Alhamdulilah, Allah maha kaya & maha suci Allah! Allah permudahkan segalanya & rezeki amat murah…

Tapi, ketika hubby telah melafazkan AKU TERIMA NIKAHNYA…….. bahu aku terasa sgt ringan! Tapi, aku sedih sbb aku bukan kepunyaan wajib arwah emak & ayah lagi. Aku bangga punya hubby yg byk memahami t/jwb aku. Hubby… many many thanks to you… I LOVE U forever…. Muax!

Inilah gambar2 terakhir arwah emak : Al-Fatihah utk emak di sana

Hari Raya AidilFitri 2010 & yg terakhir menyambutnya dgn arwah emak😦

 

Arwah emak & ayah. Pas dpt bonus aku terus booking tiket ke Sarawak (kebetulan Uda masa tu still di Sarawak). Arwah emak sgt gembira masa ni. Aku bangga🙂

 

 Terakhir arwah emak berjalan jauh… & arwah juga telah pergi jauh selama-lamanya

 

Atas feri… Masa ni jalan2 ke Penang. Walau masa ni arwah emak kaki sakit tapi arwah emak gagahkan juga diri.

 

Konvokesyen terakhir Cika. Betul ckp arwah emak yg emak tak sempat tgk Fauzan konvo. Tapi, arwah emak tentu bangga sbb kesemua anak emak berjaya (Along, Angah, Uda, Cika semua lulusan U kan! InsyaAllah, Fauzan akan menyusul tak lama lagi) Along tau emak bangga sgt dapat didik anak2 hingga ke menara gading.