Aku Cinta … Aku Rindu

😦 tajuk post ni buat aku terkenang seperkara ketika kami TERpisah sementara! Masa tu pas dah lepas SPM. Abg dpt tawaran ke UTM Skudai & aku ke UPM Serdang. Aku kureng bernasib baik sbb tawaran hanya utk Diploma aje memula. So, bermulalah perpisahan kami…….

Last pi dating aku tanye hubby nak meneruskan kisah perchentaan ni ke? Hubby jwb dia nak teruskan. Aku takut pada perpisahan yg tragis memandangkan aku adalah sang pencinta yg setia. Tapi, abg dapat meyakinkan aku bhw yg dia akan setia selagi aku sendiri tak menyatakan perpisahan (cewah, lagu sedey masa ni – pi dating naik bus jer).

Dipendekkan story, hampir 2 bulan tiada sebarang berita dari hubby & aku sendiri tak tau nak contact hubby mcm ne. Nak bagi surat tak tau alamat. Sampaikan aku dah nekad yg aku dan hubby dah takde apa2 lagi hubungan. Time ni aku dah bayangkan kata2 org yg cinta monyet takkan ke mana.

Agaknya, jodoh aku & hubby kuat sgt kot (syukur Ya Allah). Aku balik cuti hari minggu angah bagitau aku ada sorg budak lelaki call umah & bg alamat kolej. Bila aku tgk nama & alamat tu, aku terus masuk bilik & menangis nyah!!!!!! Nama hubby tu…. Ada no. phone kawan dia sekali so aku tak sabar nak bali kolej call dia (masa tu hp mana ada kan! Nak beli pon mahal giler – nak call dari umah tak tau mahal ker murah ker). Tapi, thanx a lotz to Nazri Shukri. Si Naz ni member kamcing hubby dari 1st year kat UTM sampai da kawen still keep in touch. Ikutkan hal2 si Naz pon aku tau gak. Hehehehe, aku pon da kamceng dgn Naz. Ala, umah Naz dekat jer dgn umah mak uda aku kat Ampang. Wakakaka…

Kebetulan masa tu nak raya so, aku nak terus bagi kad raya time tu. Dipendekkan story da balik kolej aku call hubby (masa tu aku ajak member aku pi public phone TM-kaler biru lagi masa tu & siang tu aku da beli kad phone RM10 nyah!). Masa call tu Naz angkat then pass kat hubby.

Korg nak tau apa perasaan aku time tu tak!!!!!! Aku menangis beb!!!!! Sbb tak sangka aku dapat gak contact hubby aku. Punyelah syg giler aku kat hubby. Hubby aku pon aku dgr suara dia nangis sket2… hehehehe.

So, kebetulan nak raya time tu aku belikanlah kad raya utk hubby aku (1st bagi kad selepas berjauhan hampir 2 bulan neh :-P). Kebetulan abg bagi kad sama pattern yg aku bagi (masa beli kad raya ni cuma ada 3 pattern jer & aku pilih yg kaler merah hati). Abg pilih yg kaler kuning emas. Dan….. kad dipos hari yg sama (dari date stamp) & sampai pon hari yg sama (sbb aku call dia terus & hubby ckp dia baru jer bukak kad aku)

Huh, wut a small world kan!!!! Masa ni keceriaan menyelubungi aku semula sbb aku dah jumpa kembali prince charming ku yg aku sgt rindu… jom LAYAN pic kad …..

Inilah kad raya nyer. Siap ada CD tu. Wakakaka🙂

 

Ha, ini isi kandungan dlm kad ni. Hubby aku takde tulis pjg2 kalau bagi surat / kad aku.

 

06/07/2000 : Ini adalah 1st surat yg hubby bagi kad aku. Hehehe, cukuplah aku juz tunjuk date ajer. Yg lain2 tu biarlah rahsia🙂 (mcm ct nurhaliza nak rahsia lak)

 

Yg pastinya, aku sayang pd hubby aku. Aku tak pandai utk bermadah pujangga, aku tak pandai utk bermanja2 (tak mcm sesetengah pompuan pandai nak manje2) & aku bukan wanita pilihan utk sang lelaki bila dah tgk sikap kasar aku kot. Aku ni mcm tomboy + mulut bising (bkn becok tp laser gak) + garang = mana ada sang lelaki nak aku. Kalau tgk muka maybe leh cari makan. Tapi dah kenal mak aiihhhh…. tak sesuai nyah! I LOVE U ABG!!!!!!!!!!

 

“I love you not only for what you are, but for what I am when I am with you. I love you not only for what you have made of yourself, but for what you are making of me. I love you for the part of me that you bring out”