40 hari di dalam S.A.R.A.N.G

Muhammad Danish yg sgt lasak. Alhamdulilah, tak byk karenah masa dlm pantang.

 

Aku nak story ketika 40 hari di dlm pantang (dlm sarang). Ehem, makanan masa dlm pantang? Sgt sedap….. hahahaha!!!! Sbb dah lapar aku telan aje. Alwaiz nasi berulam ikian bilis goreng + halia aje. Nak sedap sket lepas 2 minggu baru dpt rasa ikan parang goreng / masak kuning & halia yg byk. Arwah emak bagi petua kalau nak air susu byk makan halia byk2. Mak aih, tau tak rasa halia tu? Tp mmg mujarab pon petua tu. Alhamdulilah, aku sempat berpantang bwh jagaan arwah emak. W/pun aku yg byk gerak gak (sbb arwah emak sakit masa tu). Aku minum ubat periuk 2 minggu berturut2. Aku bertungku tp mcm tak bertungku. Pakai barut mcm baby pon mcm tak pakai. Byk aku skip sbb aku rimas. Mcm mana tu? Hehehe… Ubat lain2 aku tak minum sbb nak elak baby kuning. Sampai setengah tahun gak aku byk makan pil herba (mak mertua aku belikan dari kampung Pulai – nak makan yg original minum mcm ubat periuk aku tak sanggup dah). Arwah emak tak bagi aku makan ubat2 yg ada kat pasaran takut alah katanya.

Diikutkan Danish taklah susah sgt utk dijaga cuma, Danish kuat minum susu. Aku menyusukan Danish lbh kurang sehingga 60 hari shj. Bukan sbb aku takde air susu. Air susu aku byk bila dipam sampai dua botol besar leh dapat. Tapi, si Danish ni susah sket bila aku suakan breast kat dia. Since dlm hosp pon dia mcm tu…. Dia punya menangis mcm aku yg taknak bagi tau! Hmmmm….. sampai skang pon air susu aku kadang2 menitik tapi bukan dlm kuantiti yg byk. Lum kering sepenuhnya (kuasa Allah kan! – Nak bagi Danish yg da setahun takut dia buat muka pelik lak. Hahaha)

Danish mcm takleh sabar walau air susu dah terpancut2 kat muka sampai penuh tapi dia tetap taknak! Nangisnye…. mcm org kena pukul aje. Akhirnya, arwah emak ckp pakai ajelah botol. Pam air susu then pakai botol aje. Memandangkan Danish taknak hisap direct so terpaksa juga bagi botol (puas aku sumbat dlm mulut tapi dia tetap taknak). Aku ajar dia minum botol masa tu dia berusia lbh kurang dua minggu. Adui, awal sgt tu! Tapi aku taknak biarkan dia kelaparan… Bila da bagi mak aiih, 4auns boleh abes. Tu mmg full susu badan.

Mula2 sebelum urut, breast aku da menitik2 susu (masa tgh peknen da kuar susu da bersalin lagi byk). Pas pi urut terpancut2 air susu aku lagi. Dahlah Danish taknak direct breastfeed menyebabkan aku sampai nak pengsan sbb breast aku bengkak. Arwah emak takut aku kena meroyan, terus panggil busu aku utk tlg urut kuarkan susu (busu aku pandai urut). Mmg byk giler susu aku. Masa tu tak beli lagi pump so terpaksa manual aje. Itupun mcm setengah mati aku kepenatan. Dlm seminggu menunggu hubby balik belikan pump tu, aku terpaksa tuam aje breast aku pakai kain yg tlh direndam air panas.

Aku tanye pd nurse kesihatan yg datang ada petua utk suruh anak isap susu ke. Emmm, takde so terpaksalah aku pump sentiasa. Disebabkan selalu pump & Danish pon langsung taknak isap direct so susu makin kurang. Nak tunggu susu penuh utk pump makan masa. Danish pulak makin lama makin kuat minum. Knp susu kurang????? Apabila tiada rangsangan semulajadi dari nipple kita, maka kalenjar susu pon kurang aktif utk mengeluarkan susu. Impian nak full breastfeeding tak kesampaian… Memula aku tak dpt terima kenyataan & aku agak benkek bila org ckp susu aku sikit. Tapi, lama kelamaan aku dah ok! Sbb org tak berada di tempat kita so mereka pandai bagi pelbagai spekulasi. Biarkanlah shj….

So, aku da start bagi susu campur time tu. Sbb Danish setiap 3 jam nak susu (setiap kali minum cecah 4auns – kering aku!!!!) Masa tu kami bagi Danish minum Mamex Gold – susu ni walau mahal tapi sesuai utk penghadaman baby. Susunya likat sprt susu ibu. Alhamdulilah….sesuai utk Danish hingga 6bulan. Lepas tu kami bagi dia Dumex biasa shj sbb masa tu dia mcm diarrhea aje. Sampai skang still using Dumex (naseb tukar susu murah kalau tak…. hehehe)

1st time ajar minum susu pakai botol. Tgh meraung2 aku suakan breast aku taknak langsung! Bila sua aje puting botol terus senyap… Hmmm…..

 

1st picture Danish wif his cousin, Alya Maisarah. Beza cuma seminggu jer ni!

 

Danish 1st smile… teruja aku time ni tgk dia senyum – masa tido pon dia senyum sorg2 gak. Cuma ni dia da nmpk color di keliling dia tu yg menghasilkan senyum.

 

After shave! hihihi masa ni sebijik muka ayah aku lak. Tp salute lah kat pakcik yg membotakkannya – mmg pandai! Danish lak senyap aje & muka slamber & tak nangis. Sayang masa tgh botakkan dia sbb aku amik video tapi aku lupa nak save lak.