Haneyra Abadie

 

Haneyra Abadie…..

Apakah itu? Nama siapakah? Bakal bb gurl aku kah? Wahahaha………. taklah! Nama itu adalah nama penaku. Fu yoooo…. aku ada nama pena? Sejak bila? Knp tak tahu?

Ye… itulah nama penaku sejak azali. Aku memulakan langkah menulis cerpen sejak aku dari bangku sekolah rendah lagi. Thanx to cikgu Mohd yg dpt m/pasti bakat menulis yg ada dlm diri aku sejak aku darjah empat lagi. Wau!!! Lamanya kan……….. Alhamdulilah, aku byk memenangi hadiah & sijil sejak dulu. Bukan sekadar hadiah, malah aku dpt wang tunai kadangkala (rezeki sekeluarga masa tu).

Alkisahnye aku tak tahu pun yg aku ada bakat menulis. Sampaikan satu hari tetiba cikgu Mohd bgtau aku yg minggu depan aku kena pergi pertandingan menulis wakil sekolah ke peringkat Jasin. Aku ingat lagi tajuk masa tu bebas & aku buat cerita ttg seorang anak yatim piatu yg tidak mahu mengaku kalah utk menggenggam kejayaan. Errr, tajuknya aku dah lupalah (selalunya kalau nak menulis aku akan mengarang sampai abis – org takleh kacau aku. Ending, aku mmg tak tahu nak letak tajuk apa – arwah emak yg byk tolong aku bagi tajuk dulu :-() Alhamdulilah, aku berjaya mewakili peringkat Jasin. Cikgu Mohd ckp, aku menang sbb cara penulisan aku tak sama dgn tahap umur aku. Judges takjub sbb aku yg baru umo 10thn boleh menulis mcm org yg dah berumur 15thn dan ke atas….. hehehehe….

Kuasa & Rezeki Allah….. Hinggakan aku dah ke sekolah menengah aku meneruskan lagi pencapaian demi pencapaian aku. Sehinggakan aku bertemu nama pena aku sendiri “Haneyra Abadie”. Apakah makna di sebalik nama itu? Mcm biasalah jwpn artis…. Biarlah Rahsia 😛

Dan…. perkara yg plg aku ingat sehingga kini ialah…… masa aku form 5 (time ni da berchenta dgn hubby :-)) cikgu Roslinda aka cikgu kelas aku suruh kami semua sekelas menulis karangan cerpen imaginasi & hantar pada dia minggu satu lagi. Biasalah aku pon memulakan tinta emas aku! Aku ingat lagi masa tu idea mencurah2 so aku hantar 3 karangan cerpen tapi tajuk & jalan cerita berbeza. Bila dah hantar, esoknye cikgu Roslinda datang kat aku bgtau yg dia suruh aku buat novel sbb dia suka cara aku buat cerita (wah, aku dah ada peminta beb!). Aku gelak aje & aku cuma katakan itu hanyalah hobi semata……..

Dipendekkan cerita, suatu hari cikgu Roslinda jumpa aku & tunjuk aku satu paper (dah lupalah time tu thn1999). Hadiah tempat ketiga pertandingan menulis Cerpen peringkat Negeri – Rabiah Binti Othman 820504-14-****. Manakala kwn aku si Kelly dpt saguhati…. Aku mcm terkejut pulak! Bilamasa aku masuk pertandingan menulis cerpen lak ni? Cerpen mana lak yg aku hantar ni? Bila lak aku wakil Negeri Melaka ni? Cikgu Roslinda cuma tersenyum seraya berkata yg 3 cerpen aku hantar kat dia salah satunya dia hantar wakil sekolah dahulu. Bila menang peringkat sekolah, wakil Jasin pulak. Dah menang Jasin, tu aku wakil negeri Melaka pulak.

Aku mcm terkesima sekejap…. Aku tak percaya lagi2 dgn hadiah yg aku dpt tu. Wang tunai RM*** byk tu woooo!!!! – utk aku yg still menengah + zmn dulu2 kira banyaklah tu! Cikgu ckp dia hantar yg cerpen aku berkisarkan seorang gadis yg sgt miskin takde duit nak sekolah. Hahahaha……….. aku dah tak ingat storynyer. Tet……………

Dan…….. cerpen terakhir aku masa tu aku kat UPM. Aku mendapat tempat pertama beb! Aku tak percaya…. Tajuk cerpen aku ialah Sudin Empat Puluh Empat. Wah, cerita pasal apa tu? Masa tu pertandingan menulis puisi, esei & cerpen peringkat UPM bertemakan alam sekitar. Aku dpt idea buat ttg seorg OKU yg bersemangat waja utk menjaga alam sekitar. Sudin = nama OKU manakala Empat Puluh Empat = date hari alam sekitar dilancarkan oleh PM time tu thn 2005. Hadiah wang tunai plg kaya masa tu TEMPAT PERTAMA UTK CERPEN.

Alhamdulilah, akulah orgnye yg dapat RM**** beb!  Boleh bayar abis satu sem utk PTPTpu aku time tu. Wakakakaka… Errrm, disebabkan laptop aku dah rosak so, aku tlh menghentikan hobi suka2 aku ni. Skang mcm teringin nak menyambung apa yg tertinggal dahulu pulak! Nantilah…… skang ni semua perkara aku byk nak buat & pikir. Nak layan anaklah! Nak layan hubby lah! Ops….😛

Korg tau aku beli apa? Aku beli kamera digital Ben-Q time tu. Aku kongsi dgn angah. Aku byr RM1k & angah byr yg lebih. Harganya RM15**. Thn 2004-2005 kan kamera digital kan still baru lagi so mahal tahap cipan lagi kamera digital time tu. Sampai skang kamera tu masih ada & aku bagi jer kat angah sbb aku dah mampu beli kamera lain. Arwah emak dgn ayah cukup suke masa tu. Yelah, org lain still pakai kamera kotak tapi kami dah pakai kamera canggeh! Hehehe, alhamdulilah….

So, tunggulah novel @ cerpen aku di pasaran. Hahahahaha, mcm real aje kan kan kan kan… Takpe, tak tahu bila tapi yg pasti bilamana korg semua TERperasan nama pena Haneyra Abadie tu, ingatlah aku yek!!!!🙂