Akukah yg M.A.R.A.H???

Hmmmm, juz wanna share something from mySelf. Sejak kebelakangan ni aku selalu juga naik angin. Yg selalu jadi mangsa aku adalah Danish, anak aku sendiri. Bukan sampai tahap aku dera dia… Tapi, entahlah! yg pasti anak aku tu makin besar & makin byk karenah. Danish tak lah byk karenah, taklah menangis tapi BANYAK AKAL!!!!!!!

Aku bekerja 5 hari dlm seminggu dari pukul 8.30am – 5.30pm. Pagi2 sebelum pukul 7.00am kami kena keluar awal walau hakikatnya Bkt Antarabangsa ke Lebuh Ampang bukannya jauh sgt. Tapi, tau ajelah jalan Ampang tu jem! Itu pon da buat aku marah tahap gaban. Emm, pagi2 juga dah kena anta Danish ke umah Mak Uda aku yg kat Ampang Jaya.

DANISH!!!! he’s my son… lovely son. Tak byk meragam & karenah dari baby. Menangis meraung2 pon takde. Bgn tido aku rasa sejak dari dulu, Alhamdulilah tak pernah nangislah! Dia da bgn tido sengih aje manjang. Skang ni da pandai jalan bangun tido da panjat katil tepuk papa dialah (jadi mangsa sbb papa dia yg tido kat tepi katil). Dia cuma nangis bila lapar aje… & FYI, Danish memang tak tido kat buaian. Mmg penat gak memula nak ajar lagi2 time pantang! Tapi, alhamdulilah… dipermudahkan jua.

Bila balik keje aku dah penat… Bila otak letih badan pon letih. Pagi2 dah bgn buat keje umah. Balik umah pon kadang2 buat keje umah. Kadang2 kalau sempat aku masak. Tapi skang byk beli kat luar aje… Yelah, balik jalan jem kan! Berserabut otak…

Lebih kurang antara pukul 5.15am – 5.30am aku dah bangun. Kemaskan botol2 Danish (sampai skang aku still rebus botol Danish – ada jer microwave utk steril tapi aku malas sbb berbunyi). Aku kemas umah, basuh cawan2 & pinggan mangkuk yg tak basuh (kalau ada), iron baju (kalau tak sempat iron waktu malam), beg skool Danish lagi pastu pi mandi, sembahyang Subuh… Itu semua makan masa hampir sejam. Kalau nak lewat bangun pon kena dlm kul 6.00am… Itupun mmg dah lewat sgtler tu!

Masa bujang & memula kawen, aku bgn mcm tu gak tapi tak terasa sakit & penat mcm skang. Betul kata arwah emak yg pas bersalin badan org pompuan tidak sekuat anak dara. Jadi, aku kena rehat secukupnya… Bila waktu aku rehat? Nak search internet @ main game pon kena tunggu anak tido dulu kadang2. Sebab dia akan kacau aku. Kalau tak dilayan semua barang abis dipunggahnye takpun dia panjat kerusi @ meja! Mcm manalah agaknya Mak Uda aku jaga dia sorg2. Kesian kat Mak Uda aku. Mmg aku nak anta Danish pi skool tapi mslhnye, dia pulak suka nak tunjal kepala, rampas mainan… Apa ada atas meja dia amik & sepahkannya. Takpun apa yg ada kat tangan dia akan dia baling sampai bersepai mainan tu. Dua ekor kucing mainan aku belikan, dua2 juga dah rosak, Ekor da tercabut & kaki dah tempang. Semuanya Danish lakukan dlm tempoh 24jam shj!!! Adei, mcm mana aku tak hangin… 

Mcm mana aku tak marah… Sebabye kadang2 Danish lari ke hulu & ke hilir aku juga yg exercise… Sudahnya bila terjatuh berdentum kepala biru mak die gak yg kena. Mcm mana tu?. Danish terbalikkan mainan baby step yg besar tu dgn kerusi berdentum gak lantai umah aku. Sian org kat bwh umah agaknye… Dia memanjat kadang2 berdentum juga kat kepala lagi! Adoi…….. mcm mana aku tak marah! Tapi pandai pulak si kenit tu… Dia tak nangis kadang2. Kalau TERnangis pon kejap aje pastu start enjin balik. Aduhai…

Tapi, ada juga kadangkala aku buat bodo itu maknanya aku da PENAT & aku mmg tgh MARAH!!! Sian Danish jadi mangsa aku. Kang nak marah hubby dah berdosa lak kan… tak elok pulak.

Yg aku tau skang ni aku mmg cepat marah!!! Sbb aku marah sbb aku penat!!! Itu aje. Otak aku berserabut nak pikir mcm2… Pikir keje kat office, anak, hubby.. Bila masa aku dpt pikir ttg diri aku pulak? Ikut konteks psikologi, kalau diri kita dlm keadaan tak sempurna kita sukar utk fokus buat sesuatu. Sbb tu bila aku dah marah aku byk diam & bodo aje. Sbb bila aku buat mcm tu at least aku tak TERmarah kat org @ cakap bukan2. Kadangkala aku nak juga keluar sorg hujung minggu pi jalan2 hangout dgn member2 lama ke tinggalkan anak aku dgn hubby aku jap. Tapi, aku tak sampai hati… Itulah hati seorg ibu…

Aku skang ni pon tgh cuba utk mengawal rasa marah dgn banyakkan bersabar… InsyaAllah Allah akan bagi petunjuk & itu yg aku harapkan setiap kali selesai solat. Moga baik2 shj semua…..

Pesanan Untuk Suami – Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan -lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk kanan dan tersumbat di kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk , memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego . Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut . Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”