Danish yg T.E.R.O.R

Hehehe,

Pagi2 aku nak share citer psl Danish. Aku sbg mama kpd Muhammad Danish tak pernah lagi dengar dia menangis kuat2. Suaranya bak buluh perindu. Hahaha, yg penting Danish kuat. Sbbnye skang ni dia dgn mudahnye boleh kemekkan bola yg keras (sepatutnya kudrat org dewasa jer yg boleh kemek kan bola tu).

Lagi satu, si Danish ni suka sgt hantukkan kepala dia kat dinding @ bila mama dia tgh bermalas-malasan dgn papa dia (tak kira atas katil ker erkkkk😛 @ kat depan tv ker) sure dia ada skali dgn parking kepala dia terus kat pewot mama dia. Sakit wooo bila dia terus jatuhkan kepala dia mcm tu je. Ada sekali tu bibir aku pecah sbb accident dgn kepala Danish🙂

Danish ni start merangkak seawal 5bulan & hampir 6bln dia da memapah. Danish tak menyiarap tau! Sekadar golek2 badan terus angkat bontot aje. Teror tak?🙂 Bila merangkak punyelah laju…… segala apa kat depan dia main redah ajer. Bak kata pepatah Biar Cepat Asalkan Dapat ke Tempat Dituju (ada ke pepatah mcm tu?). Bayangkan bila dah merangkak hyperactive mcm tu bila dah jalan mak aiihhh, lagi tak terkawal.

Lebih kurang umo 11bulan Danish dah pun jalan. Betul2 masa Raya Pertama Danish boleh terus berjalan. Teror lagi anak mama🙂 Tapi, bab tumbuh gigi dia plg lmbt! Dah setahun baruuuuuuuuuuuu tumbuh gigi. Tapi kesian sungguh sebab masa nak tumbuh gigi tu dia kena demam plg teruk (hampir dua minggu). Pas baik demam aku nmpk 4 batang gigi terus tumbuh. Wah… teror lagi anak mama!!!🙂

Cuma, ada dua sikap dia yg aku agak temper sikitlah. Pertama, bila dah lapar tak boley bawak sabar betul. Dia datang kat aku jerit kuat2 pastu bila aku tak layan dia purak2 nanges depan aku. Ha, bab kuat makan mcm ni dia ikut papa dia lah!!!! hehehe🙂 Sampaikan papa dia takleh ckp byk bila anak dia asyik makan aje terpaksa dia suapkan sekali. Kalau tak mau dia amik barang dia baling jer kat dinding. Dah malas nak beli mainan mahal2 kat dia sbb mmg takkan tahan lama.

 Yg keduanya, bila dia tak dapat something dia mmg akan purak2 nanges, buat muka kesian & menjerit2 at last! Kalau orang mmg dah tak layan dia sendiri akan capai barang tu. Korg tau tak, ada satu hari tu dia nak capai frame aku kat atas laci dia pi amik topi bajak dia then dia pijak atas tu! Wah, clever boy… Mak Uda aku ckp pulak dia nakkan bunga kat sebelah tv so dia amik kusyen dia susun dua kat tepi kerusi. Pastu dia panjat bantal kusyen pastu ke kerusi ha….. dapatlah dia bunga tu!!! Takjub2…. sbb teror anak mama. Bab sikap mcm ni ikut mama dia pulak😛

Yg pastinya, alhamdulilah… berkat nama (Muhammad = yg terpuji ; Danish = yg bijak) maka dapatlah aku seorg anak yg sgt bijak!!! Umo baruuuu jer masuh setahun 2 bulan & mcm2 dia leh praktikkan. Lagi satu, petuanya amalan ketika peknen. Banyakkan baca Yasin, Al-Quran then usap kat pewot. Lagi satu, pasangkan ayat2 Al-Quran @ muzik yg sentimental )pakai earphone pon ok) kat pewot. Nanti korg akan rasa bb bergerak2 ikut alunan muzik tu. Jgn lupa bykkan solat Taubat & Hajat….. InsyaAllah, Allah akan makbulkan setiap doa hambaNYA….

Danish kene pakai napkin. Petua org tua2 : supaya kepala jadi bulat & canteq!