P.E.N.G.A.L.A.M.A.N

Wah, suspen nyer tajuk post tu ek! Apakah maknanya? Pengalaman apakah itu?😛 . Hehehe, aku cuma juz nak share pengalaman keje aku since umo 18thn sampailah umo da 28thn ni. Wah, dah lama gupernye aku keje yek.  Al-kisahnye aku juz byk keje sementara aje saje nak kumpul pengalaman & duit. Aku dah merasa keje menjadi serendah2 kuli hingga setas-atas taraf ala2 bos (lum jadi CEO jer lagi :-P)

1st pengalaman : “Menjadi Pendidik aka CIKGU

Masa ni aku baru je lepas SPM & saje menggatal mcm ne perasaan jadi cekgu ni. Aku terus ajak ayah aku pi Jab Pelajaran Melaka then aku jumpa org kat dlm tu ada kosong utk cikgu sementara @ tak. Rezki aku agaknye, org tu tanye aku kat daerah mana kebetulan kekosongan kat Sek Keb Batu Gajah. Dekat jer dengan umah aku. Dipendekkan citer aku report duty kat guru besar & aku ngajar subjek Matematik, Bahasa Melayu & jadi cikgu kelas utk budak darjah 1. Kadang2 aku ganti cekgu lain yg mana off duty.

Cabaran : Bila jd cikgu nie aku kena ikut skali perangai & kena tahu apa yg budak2 suka sebelum aku ngajar. That means aku yanye dulu apa diaorg makan / amik hati mereka dulu baru start ngajar. Lagi satu, nak ajar budak2 especially budak darjah 1 – 2 ni kena ikut mood diaorg. Lagi2 aku jadi cikgu kelas kelas yg kedua (kiranya budak2 hyperactive tp pandai & susah nak ngajau mereka). Aku buat janji dulu tiap2 kali sebelum aku start ngajar aku akan baca dulu citer2 cth : citer sang katak ker then baru start ngajar mereka. Haha!!! masa ni aku byk bermain dgn KESABARAN utk melayan kanak2. Adui…

Best : Dpt gajilah! Ni 1st keje & 1st gaji aku… Siooknyer. Aku keje dalam 2 bulan aje tp gaji aku RM2*** lbh. Best tu. Ikut per jam. Maknanya kayalah utk cikgu sementara berbanding cikgu kontrak @ permanent ye tak! Yg plg penting aku dpt pengalaman mcm ne nak buat report duty, bergaul dgn org2 lebih tua (cikgu ramai yg tua) & tahap komunikasi yg bagus.

Inilah gaya aku ala2 cikgu 10thn yg lampau😛

 

2nd pengalaman : “Pegawai Kebajikan Perubatan di Hosp Kuala Lumpur

Yg ni masa aku praktikal time diploma. Dah nama course aku amik masa ni Human Development so link aku byk pada patient yg bermasalah. Yg ni lbh kurang 3bln lebih. Bayangkan aku duk sorg2 kat umah sedara KL (menumpang umah cousin aku) so aku buat semua sorg2. Aku pi keje naik bas balik pon naik bas. Memula nak nanges woooo sbb aku terpaksa survive! Tp pengalaman itu terlalu berharga utk aku lepaskan.

Cabaran : Aku kena pi melawat patient bermasalah di setiap ward (bila dpt surat doktor). Plg aku berdebar2 aku kene jumpa ibu yg ada AIDS + anak dia pon ada AIDS. Mak aihhh, depan bijik mata aku ni penuh kudis2 kat badan. Aku kena interview ibu muda ni. Sian dia sbb husband isap dadah (dah mati) tinggal dia & anak sorg. So aku kena uruskan kemasukan dia ke umah JKM. Anak dia lak aku kena uruskan utk parents angkat (time ni ada org nak amik angkat & katanya tak kisah walau ada AIDS – Alhamdulilah). Biasanya org2 mcm ni taknak bgtau details mslh mereka so sbg seorg psychologist aku kena pandai guna skill yg aku blajar utk dptkan data mereka. End up bos aku bg thumbs up kat aku🙂

Best : Aku dpt kenal sikap pelbagai ragam manusia ketika ini. Baik rakan sendiri (yg kdg2 niat jahat kat aku – kes dengkilah kan!), doktor (nama jer pandai tp bab menjaga hati patient mmg low giler), bos (tahu apa yg bos nak & apa yg dia taknak dlm sesuatu tugasan) & patient sendiri. Dlm pd tu aku dpt mengenali siapa diri aku sebenar. Bak kata pepatah, Ukurlah Baju di Badan Sendiri.

Inilah dia tmpt aku praktikal dulu. Tapi dulu tak cantek mcm ni🙂 Besar kat HKL ni & semua jabatan aku round & setiap patient berbeza mslhnyer

3rd pengalaman : “OHARA OPTICAL SDN BHD”

Masa ni aku nak rasa keje kat kilang lak. Memula aku jadi operator pengeluaran aka minah kilang jek ikut syif. Ntah mcm mana bos besar HR dpt tau aku ada diploma time tu dia jadikan lak aku supervisor. Masa ni lah kehidupan aku berubah. Knp???

Cabaran : As a supervisor aku ada minah2 aka mat2 kilang yg aku kena pantau. Sambil tu bos atas aku org India (byk songeh nie). Kemudian, report pd bos HR & plg tinggi bos Jepun… Ni kilang Jepun aku keje. Tau jelah org Jepun ni mcm ne. Kena sentiasa hormat mereka & takleh sesekali menjawab bila dia ckp. Dah tu, org2 dia semuanya ckp Jepun. Aku kena buat kira2 stok, kena buat action plan utk department aku, kena sediakan report tiap2 hari. Mslhnye kilang aku eksport kaca ke asia tau! Kaca ni kena ikut berat & diameter yg tlh ditetapkan. Kaca2 ni lak akan dibuat kanta tak kiralah utk spek, kamera dll. Kalau kaca tu tak bertetapan dgn report mmg kenalah (akulah tu). Lepas tu lak bila audit datang menjawablah satu2 naper tak tally. Lagi satu, keje dgn Jepun ni takleh main2. Kalau dia kata rehat setengah jam takat tu aje. Kalau dia nmpk kau bersidai ke borak2 ke mmg kau kenalah dgn diaorg. Keje kat sini mmg takde life…. Pi keje pagi & balik mlm. Walau best ada OT tp aku tak sanggup. Last skali aku cau cin cau sbb bos HR nak aku pi Jepun utk training dlm sethn. Huih, taknak aku!!!! Tak kuasa

Best : Aku tau culture Japanese mcm ne. Bab keje mmg leh contohi mereka sbb sikap Kamikaze mereka mmg kuat. Bak kata Tun Mahathir “Dasar Pandang ke Timur” bila kita nak maju ke depan. Semangat sentiasa berkobar2 & keje adalah 24jam

Inilah dia company aku. Dasar Pandang ke Timur still dlm pegangan aku. Dgn ada matlamat begini aku tau apa yg aku nak dlm hidup aku

 

4th pengalaman : “MADANI NETWORLD “

Ni masa aku dpt sambung Degree dlm Human Development but minor in Psychology. Aku keje sambil belajar hampir 3thn gak kat sini. Kredit hour aku tak banyak so aku boleh keje time ni. Tambah pengalaman & pendapatan.

Cabaran : Takde cabaran sgt kat sini sbb company kecil-kecilan & bos aku melayu aka lelaki. Tak banyak songeh keje dgn org lelaki ni sbb mereka pon jenis simple jer. Kat sini ada dua tempat aku kena jaga. Kat bhgn depan tu bos aku buat cyber cafe & kat belakang adalah office dia. Kat sini, aku belajar komponen2 komputer & laptop… Kiranya aku mcm jadik student komputer lah kat sini. Bayangkan dari zero aku jadi hero. Sampai skang aku leh apply experience keje aku kat sini kat keje aku yg lain. hehehe bangga jap bila org ckp aku ni dulu blajar komputer😛. Sampaikan adik aku yg walau study komputer pon suh aku yg buat. Tp bab programming aku mmg tak dpt pandai sampai skang. Pening siot!

Best : Kat sini juga aku jaga acc company aku. Wah, buku akaun syarikat kat tangan aku beb! Tiap2 hari aku dpt tgk jumlah duit kuar masuk dlm company aku🙂

Inilah ala2 Madani Networld dulu…

 

5th pengalaman : “ESPRIT PROFILE SDN BHD”

Aku keje kat sini sekejap aje. Bos aku org Cina… Ha, kat sini aku jadi bos yg ketiga. Hehehe🙂 Aku byk blajar perkara baru kat sini

Cabaran : Aku buat design kotak paling2 kecik dan yg plg besar utk eksport. Tp ni keluaran Malaysia aje…. Klien juz bagi sampel ukuran yg mereka nak aku pon buat kira2. Memula mcm bodoh gak sbb dah jauh giler dgn study aku ni. Naseb aku ni mmg seorg pelukis kot😛 aku berjaya juga buat. Tapi yg plg susah bila aku nak suh org bawah aku biat sampel kotak tu. Biasalah bebudak nie ada yg takat SPM jer blajar ada yg langsung tak sekolah. So bila nak suh buat itu ini kena byk pakai lukisan. Baru phm….. Lagi satu, kat sini facilities utk Muslim mcm aku kureng! Sbb rata2 Chinese so aku mcm org baru utk mereka.

Best : Bos aku sayang kat aku & nak lepaskan aku pun susah. Ditawarkan gaji + Assistant Manager kat aku. Tapi aku tolak… Setiap tawaran yg aku terima aku kena pi training dulu. Mcm kat company aku kena pi China. Huh!!! Taknak aku….. Bykkan peluang aku missed utk jalan2. Tapi i’m not interested sbb not my typed utk jalan2 neh! Aku jadik bos ke-3, aku ada ramai anak2 buah…. hehehe

6th pengalaman : “AMANAHRAYA BERHAD”

Company plg lama aku keje hampir 5 thn aku di sini. Lama kan? Sprt yg aku katakan sebelum ni (tajuk post – Hasil Presentation) aku nak keje kat company besar yg ada byk kemudahan utk aku & family. Ada member aku tanye tak boring ker keje sini? Hehehe, Tepuk Dada Tanyalah Selera… Bagi aku dah taknak pikir mcm ne nak berjaya lagi. Aku juz nak maintain apa yg ada…

Hampir 5thn gak ler aku bekerja di Customer Service ARB. Bagi aku dari aku pikir esok aku kena buat apa, keje yg belum sudah, nak jaga org2 bawah lagi… lebih baik aku jadi org biasa2. Ada jer org kat bawah aku tp bagi aku ada bos lagi atas aku biarlah dia aje yg buat keputusan. Tak payah pening2 kepala……. Lagi satu baik aku layan aje klien yg datang kat sini sbb setiap mslh yg mereka datang berbeza tapi solution tetap sama.

Cabaran : Biasalah keje company mcm ni… Byk prosedur… Byk ISO & byk pi meeting (kalau bos tak der aje). Plg mencabar minda hati & perasaan bila ada klien VVIP (Dato / Datin / Tan Sri) mmg tak menahan. Tapi aku respect yg tak menggunakan tittle. Sape ek yg aku onh jumpa? Artis pon ada…. hahaha, biasalah ayat artis BIARLAH RAHSIA😛

Best : Bonus yg masyuk tiap2 tahun, pi makan2 kat tempat besar2, jumpa artis yg besar2🙂, dpt benefit yg besar2 hahaha!!! pendek kata semua besarlah😛 Alhamdulilah………

Di sinilah aku hari ini & insyaAllah seterusnya…….🙂