Fettuccine Ala Kampung

Bahan-Bahan

Fettuccine yg telah direbus dgn sedikit garam

2 – 3 ulas bawang putih

1 ulas bawang merah

Setengah inci halia

1 – 2 batang serai (kalau nak bau wangi – tak letak pun takpe)

Daging hancur (kalau nak lagi pekat leh lah letak bnyk daging hancur)

2 – 3 batang sosej (ikut kesukaan nak letak apa)

6 – 7 ekor udang (aku suka letak udang sbb hubby aku suka mkn udang)

Sos hailam, sos cili & sos tomato (digaul samarata & letaklah lada sulah sikit – dlm resepi ni aku gantikan sos tomato dgn air asam jawa sikit –> utk rasa masam. Kalau nak letak buah tomato pon boleh tapi, aku & hubby tak suka makan tomato)

Cili yg telah dicampur air (utk tumis sbb aku lbh suka ada rasa cili kalau tumis. Kalau takde rasa mcm tak sedap lak tekak aku)

2 – 3 batang cili hidup (hiasan utk cantik & ada rasa pedas lagi)

Cara memasak

Bawang putih, bawang merah & halia ditumbuk hancur dulu then tumis hingga garing

Masukkan cili & tumis hingga cili jadi garing (masukkan garam secukup rasa)

Masukkan pula daging hancur —> gaul samarata & sehingga garing sedikit

Kemudian masukkan pula sosej & udang —> gaul hingga nmpk cili jadi garing

Masukkan pula sos yg telah digaul rata tadi

Inilah rupa setelah dimasukkan kesemua bahan di atas tadi

Kemudian masukkan pula cili hidup & digaul hingga rata. Lepas rasa-rasa dah ok gaulannya, bolehlah masukkan pula Fettuccine…

Tara………. Inilah dia Fettuccine Ala Kampung aka versi aku sendiri

 

Aku taksuka pakai sos sgt & aku lbh suka modified resepi. Lagipun hubby aku tak suka sgt makanan ala2 western ni. Dia ckp kalau sesekali nak makan better pi restoran @ fast food ajer. Hubby aku suka pedas so aku modified resepi apa yg ada utk rasa pedas sikit. So, kalau nmpk sedap bolehlah mencoba ok!