Nasi Lemak & Sambal Udang

 

 

Bahan-bahan

1) 2-3 ulas bawang putih, seulas bawang merah, setengah inci halia (utk masuk dlm nasi lemak – stail org Johor), cili telah dicampur air, sedikit air asam jawa, 10-11 ekor udang. Yg ada pek M&S tu ialah santan segera nak buat nasi lemak (lagi sedap pakai santan perah).

2) Beras yg telah dicuci & dicampur dgn santan & halia. Lebih elok letak pandan wangi utk naik baunya @ boleh juga letak serai.

3) Tumis bahan2 : bawang merah & bawang putih hingga naik bau & garing

4) Masukkan cili & gaul hingga garing (masukkan garam secukup rasa & gula sedikit – aku tak pakai ajinomoto so ganti gula sikit)

1) Bila semua dah digaul rata, masukkan pula udang sprt no (1) di atas. Gaul hingga rata sprt pic yg ke (2) —> Ikut org Melaka, suka letak bawang besar utk rasa sesedap rasa. Gaul sekali. Tp utk resepi aku, aku tak letak sbb yg makan cuma kami sekeluarga aje. Kalau mak mertua aku datang semua kena lengkap🙂

2) Agak-agak dah garing kesemunya, masukkan pula air asam jawa. Adjuz sket rasanya… Kalau termasam, tmbh garam… Kalau tertawar  letak gula sikit lagi…

3) Lihat gambar yg ke (4) itulah dia nasi lemak yg dah siap…

Jeng … jeng … jeng … inilah dia sambal udang yg dah siap dimasak

Inilah dia Nasi Lemak & Sambal Udang yg telah siap. Get ready to eat for our breakfast… pssst, pinggan kecik & telur kat atas tu utk anak aku. Emmm, lebih sedap kalau ditambah ikan bilis goreng & telur goreng / telur rebus.🙂

 

Kalau sedap bolehlah dicuba resepi ini. Tapi, lain org lain caranya & lain rasanya bukan!😛