Apabila bertepeknye kaler kuning kat dahi Danish

Apabila Danish kena selsema, org plg bz of coz lah mama die kan! Dok mengelap hingus meleleh setiap saat. Pi tgk mana jatuh menitik hingus si kecik ni… Papa Danish plg bz dgn check suhu badan Danish + bg ubat lah! Aku ni kureng sket bab2 ubat nie sbb aku tak suka mkn ubat. Bila aku kena selsema / demam sang papa Danish dok membebel kat aku. Sampaikan aku TERpaksa mkn ubat bukan sbb mmg nak makan. Tapi, tak tahan kena bebel dgn sang papa😛

Tp, salute sayang kat papa sbb since berchenta sampai da beranak pinak (mak aih mcm byk anak lak!) nie pon abg kesayangan aku tu lah dok pantau da mkn ubat ke lom. Aku? Kalau sang papa demam ke batuk ke selsema ke sekali jer lah aku tanye da mkn ubat lom😛 hehehe, bukan aku tak amik berat… Sayang sgt… cuma bila aku tak suka makan ubat so aku pon tak suka nak bertanya @ paksa org makan ubat🙂

Sambung citer psl Danish selsema… Biasanya, Nek Uda (mak sedara aku yg jaga Danish since kecik lagi) lah yg plg risau. Mcm2 petua org lama / org kg aku dpt kat dia. Salah satunya….. LETAK KUNYIT KAT DAHI SAMPAI KE HIDUNG. Ha, bila selsema datang ke selamat dtg pd selsema ke…. for sure dgn rela aku akan tahu dahi anak aku bertepek kaler kuning. Hihihihi…. Layan pic nyer…

Inilah dahi yg bertepek kaler kuning🙂 – sorry pic captured using hp so low quality😛

 

Cara-cara nak menepekkan kunyit tu kat dahi ngan hidung uhhh, sonang aje :-

1) Amiklah kunyit hidup (bkn kunyit buat makan tu lak!) then kasi kikis skit tang kepala / kaki (aku pon tak tau mana atas @ bwh nyer).

2) Pastu gesek2 skit kat batu penumbuk – bagi ada basah2 sket

3) Tenyelah kat dahi ke hidung anak anda.

Errrm, setakat ni agak menjadi gak petua org2 lama ni. Walau tak 100% tp bolehlah kurangkan skit bendalir hingus tu dari meleleh. Tapi dari segi saintifiknya aku tak pasti lak apa kebaikannya. Tp apa salahnye kan kalau kadangkala kita ikut juga petua org2 lama ni. Sbb tak elok sgt kita guna ubat-ubatan yg ada drugs ni especially for our baby kan.

Bolehlah anda semua try & test jikalau ada penyakit selsema datang! Keberkesanannya utk org dewasa aku tak pastilah pulak. Aku pon tak penah try🙂