PergiLah 2010 & PergiLah Kelukaan

Perginya tahun 2010… yg meninggalkan jejak & pengalaman serta memberi bekas di sudut hati yg dalam. Bagi aku, tiada istimewa sngt utk thn 2010 cuma pengisian hidup lebih tertumpu & fokus kpd aktiviti kekeluargaan. Pekerjaan? Sprt biasa aku low profile🙂 tiada apa yg nak aku banggakan. Sbbnye zaman utk aku fokus kpd kerjaya telahpun berlalu… Aku dah puas kot (ntah!!! tak pasti).

Bila aku dah buat keputusan utk berkahwin maknanya kejayaan utk aku mengejar cita2 sudah aku padam jauh ke dlm hati & aku tak mahu ungkit lagi. Sprt dlm post aku sebelum ini yg aku akan fokus utk membina keluarga bahagia. Lagipun, aku dah puas merasa menjadi org plg bawah, org di tengah2 & org plg atas (walau takler ke tahap bos cemerlang). Srpt dlm post aku ttg pengalaman-pengalaman aku mungkin telah banyak mendewasakan aku dlm mencari erti kehidupan.

Starting Jan 2010 pengisian hidup lebih tertumpu pd membesarkan Danish. Aku & hubby cuba menjadi papa & mama TERBAIK utk anak kami. Kami juga berusaha utk menjadi anak yg TERBAIK to our parents. Biasalah, bila merasa hidup sendiri jauh dari parents so byk jugak perkara yg belajar sendiri tanpa bantuan org tua.

Lebih kurang bermula akhir bulan Februari (tak silap akulah) aku byk menghabiskan masa membesarkan Danish keseorangan (ceh, ayat mcm poyo)😛 Sbbnye hubby terpaksa ke Sarawak demi tugasnye di sana lebih kurang 3 bulan lebih juga. Maknanye, Danish byk membesar depan mata aku & papa Danish byk missed perkembangan pembesaran Danish😛. Masa tu hanya skype penghubung rindu kami… hehe. Memula susah gak yelah, awal pagi kena bgn siapkan semua sendiri pastu drive sendiri hantar Danish. Tq to my lil sis Cika & my busu yg sanggup menjadi peneman kala malam & tido… Aku tak kesah jer tinggal sorg2 tp nasib ada org nak teman & arwah emak pon risau tu dipaksanye adik aku temankan aku. But masa ni mmg aku kurus jugaklah. Alhamdulilah Danish tak meragam & tak jaga malam. Tapi plg sedey bila dia kena demam panas + 1st time jatuh katil sampai biru dahinya. Aku tinggal sorg2 aku memula tak tahu nak buatpe. Last, aku siapkan beg Danish dgn susu terus letak Danish dlm car seat then drive sorg2 ke klinik. Masa tu ingat lagi tgh azan Maghrib. Aku sempat call my mom bgtau yg aku nak ke klinik. Masa tu nak nanges gak tp tahankan aje. Aku juz inform yg kalau jadi apa2 ke (mana tau aku status MIA so at least da inform kat arwah emak) ada org tau aku ke klinik bawa Danish.

Pic my hubby kat Sarawak. Aku tak tau nak letak gambo apa🙂

1st time balik ke KL hubby bawa pi jalan2 ke Bukit Tinggi. Aku layan jek sbb aku tau masa tu hubby baru jer tukar DSLR dia so aku tau dia nak amik gambo lah tu😛

Family potrait🙂

Then, hubby bawa aku pi celebrate my 28th besday @ Nikko Hotel + Mother’s Day (dlm bulan May). Terharu aku sbb sanggup hubby balik hujung bulan May utk sambut besday aku. Tp time tu aku tgh demam takleh nak melantak ice cream byk2😛

Love & hugs to my hubby & my Danish

Danish yg botak masa ni🙂

Yg pastinya, thn 2010 byk rezeki utk kami sekeluarga. Kami dpt tempah umah (tak mampu nak beli umah yg dah siap so carik umah yg belum siap :-)) Post aku utk umah baru kami amat menggembirakan aku walau jauh di sudut hati terselit kedukaan yg berat. Lagi, aku dpt beli katak comei walau 2nd hand🙂 Sbb dah buat budget yg perlu utk kete kedua memandangkan abg akan terlibat dgn pelbagai project utk company dia. Kete merah yg byk kenangan utk kami still ada cuma, biasalah kete dah lama pakai kan! Abg takut nak suh aku bawak…

Thn 2010 aku & hubby byk pi jalan2 bawak sekeluarga. Bukan apa, itulah keluarga kami hingga ke Syurga & ke mana lagi utk kami berbakti selain keluarga sendiri bukan! DAN… yg pasti penghujung thn 2010 aku start MEMBLOG!!! Thn 2010 adalah kenangan plg tak dpt aku lupakan sampai ke nafas yg terakhir!!!!😦 Emak tiada utk selamanya….. Hanya yg pernah mengalami pengalaman sprt aku shj yg mengetahu maknanya sebuah perpisahan abadi…

Duhai Lara

Duhai Kesedihan

Duhai Kelukaan

Duhai Kesengsaraan…

Pergilah jauh membawa kenangan aku

Pergilah terbang bersama-sama anganku yg hilang

Pergilah kau utk selamanya…

Post pertama aku adalah mengenai kehilangan arwah emak. Situasi aku tika itu amat sukar utk dijelaskan… Dahulu aku byk berkarya utk meluahkan segala apa yg ada dlm jiwa raga aku. Namun, terhenti seketika krn aku bz dgn duniawi. Mungkin sudah sampai masanya utk aku memulakan karya aku. So, aku mulakan dahulu dgn blog. Then, insyaAllah perancangan 2011 aku nak mula dgn cerpen dulu kot!🙂 Kalau rajin aku buat novel aje bolehlah tambah $$$$$ kan…

Tapi yg pasti, HIDUP PERLU DITERUSKAN sprt lirik lagu Sungai Lui oleh Aizat Ketawa…Kecewa…Terpisah, Jalan yg Lurus Kian Berhalang!!!! Benar!!! Halangan tetap ada, duri dlm daging tetap bermaharajalela. Namun yg pasti, aku sbg hamba Allah yg masih bernafas di muka bumi ini tetap akan cuba menjadi TERBAIK DARI YG BAIK UTK THN 2011. Pegangan hidup aku, “Hendak 1000 Daya, Tak Hendak 1000 Dalih” tetap teguh terpahat dlm hati nurani.

Tanggungjawab sbg hamba Allah, isteri, ibu, anak & anak sulung akan aku patri dlm hati aku. Pesanan2 arwah emak masih belum tertunai & aku perlu langsaikannya utk thn 2011. InsyaAllah Jalan yg Berliku pasti ada Cahaya yg menyuluh…

Masa ni bawa family pi makan2. Danish about 5mth rasanyer….. Suka arwah emak😦