HAPPY NEW YEAR 2.0.1.1

Salam,

Rasanye tak terlambat kot aku nak wish HAPPY NEW YEAR 2011 to all my friends. Harapan utk thn yg baru ini agar kita semua dapat menjadi manusia yg SEmakin berguna utk manusia yg lain. Azam thn baru? Aku ni manusia yg tak suka nak berazam🙂 So, bg aku sama aje bila aku nak @ taknak something.

Cumanye, aku berharap semoga aku dpt menjadi :-

1) Hamba Allah yg sentiasa redha di atas dugaanNYA & bersyukur di atas kurnianNYA

2) Isteri yg solehah yg sentiasa berada di sisi hubby tak kira susah @ senang & dpt menjaga rumahtangga dgn sempurna

3) Ibu yg mithali yg dpt mendidik anak2 menjadi soleh & solehah

4) Sbg anak yg solehah yg sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah & keberkatan arwah emak😥

5) Kakak yg sulung yg dpt menjaga kebajikan adik2 tak kira adik2 di mana shj. Juga kakak yg bertanggungjawab

6) Pekerja yg sentiasa bersikap wasatiah…..🙄

Kekadang utk menjadi seorg kakak serta anak yg benar2 bertanggungjawab, isteri yg SEMPURNA & ibu yg berjaya TERlalu sukar utk dilaksanakan. Apatah lagi utk menjadi / memegang tittle CEMERLANG tak kiralah sbg anak / kakak / pekerja / isteri / mama. Setiap kali selepas solat aku mohon Allah bagi petunjuk yg TERbaik dlm hidup aku. Kadang2 sbg manusia kita lupa kehendak SYURGAWI & lebih mementingkan DUNIAWI.

InsyaAllah Allah akan bagi petunjuk & hidayah utk setiap manusia yg sentiasa tahu matlamat hidupnya & tak lupa beramal jariah. Aku berharap sgt agar thn 2011 memberi sinar kebahagiaan yg cemerlang utk aku sekeluarga. Mcm thn 2010 aku kdg2 TERkilan dgn sikap individu yg terlalu mementingkan kesempurnaan sedangkan dirinya pon tidak sesempurna mana. Aku kekadang TERkeliru yg mana penghargaan @ hampas shj dlm hidup… Tapi, Allah maha kaya. Biarlah org tidak pandang kebijaksanaan kita tapi Allah memandangnya. BUKTINYA, Allah melipatgandakan kesenangan, keselesaan & kebahagiaan dlm hidup aku. Cthnye, bila hjg bulan (gaji nak abes lah kononnya) org lain dah mengeluh sedangkan aku still enjoy dgn apa yg ada…

Alhamdulilah… Peduli apa org nak kata yg penting HAPPY😀

Selamat Tahun Baru🙂 Semoga percintaan  & kebahagiaan WLB_1304 sehingga ke hujung nyawa😳