TERlupakah aku & Oh Pakcik Shredder!!!

Uwaaaaaaaaaa…………….😥 Aku mmg nak menangis kuat2 nie wei…. Manalah peginya borang EL & Bil hospital aku neh. Penat dah aku cari, mengingatkan & melakonkan balik watak aku semalam… Yg aku ingat last masa borak2 dgn bos masa aku sedang memasukkan kertas2 aku dlm pakcik shredder… ADAKAH????????? Oh Tidak!!!!!!!!!!!!!!

Habislah bos aku marah & bg show cost letter kat aku neh!😥 Dahler aku serahkan EL lewat disebabkan penyakit kelupaan yg aku yg semakin kronik kini. Berdebar2 pulak hati aku neh. Mcm mana ni? Habislah aku…….. Nak claim dah tak dpt satu hal… Kena lagi show cost pulak dah!

Semenjak dua menjak nie aku selalu shj mengalami penyakit pelupaan. Kengkadang tu aku terlupa purse, cincin, gelang, jam tangan, duit aku letak mana. Kalau kat umah tu nasiblah hubby aku jumpa balik. Pernah sekali RM50 aku lupa letak di mana. Nasiblah officemate aku yg baik hati tahu tu duit aku so diserahkannya balik kat aku….😦

Adooooiiiiiiii, EL tu bolehlah diisi semula. Bil hospital sbg bukti tu dah jadi mslh besar utk aku skang ni. Kang pi hospital nak kena buat appointment dulu…. Pastu kena tunggu berjam-jam (walau hospital pakar tp susah gak nak jumpa doc pakarnye…). Mcm mana ni? Apsal lah aku ni semakin menjadi pelupa? Nak nyanyuk ker aku nie?

Aku dpt rasakan yg bil aku dah sedap ditelan oleh pakcik shredder. Sbbnye, aku kumpulkan semua dokumen aku dlm satu fail. Tapi mslhnye semalam aku tgh mengemas + buat 5S. Sudahnye???????????? 5S ni pon satu……….. pening dah pulak kepala aku.

Adoyaiiiiiiiiiii………….. Nak kata tak makan minyak ikan tu aku dah telan sampai dua-tiga bijik sehari. Adakah semakin lewat usia semakin penyakit pelupaan ini menyerang? Oh tidak…… Hmmm, sob sob…. nasiblah badan & nasiblah diriku yg malang. Terima jela apa yg akan bos katakan pd aku! Uwwaaaaaaaa😥

Inilah gupernye pakcik shredder yg mungkin telah memamah borang EL & Bil Hospital aku😦

Inilah hasil kertas2 (aku nak check balik warna2 kertas dlm pewot pakcik shredder dah takde. Cleaner dah kutip kot………) Agaknyer inilah guper EL + bil hospital aku yg dah jadi hampas yg pecah berderai…. Uwaaaaa!!!!!!!!😥