Gerimis Mengundang ~ K3naNGanKu :-)

Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

 Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

 Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

( ulang dari korus )

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar ku menangis

 

Wah, tak menahan lirik lagu nie ye tak!🙂 Apakah makna post aku kalini? Ha, kalau nak tahu aku sesaje nak selak sejarah zaman cintan cintun aku dgn hubby😛

Al kisahnye, lebih kurang dlm form 5 kot… (aku dah lupa sama ada for 4 @ 5). Masa ni kat dlm dewan… Tgh nak buat raptai utk event kat skool dulu (dah tak ingat event apa). Kebetulan time ni hubby & the gangs kena buat persembahan. Hubby aku nie pandailah jugak main gitar cabuk dia tu 8) Hehehe… Aku pon TERpikat kat hubby disebabkan  salah satu kesenian  ini yg ada pd hubby😳

Dipendekkan story, aku tgh merajuk dgn hubby masa tu😛 Tetiba jer, aku dgr ada org tgh petik gitar lagu tu kat atas pentas. Aku mcm tergamam jap😳 Kawan2 yg lain dah senyum2 kat aku. Malunye aku… Then adalah sorg kawan kami nie… Kat atas pentas siap bgtau yg hubby tujukan lagu ni khas utk aku & ucapan jgn merajuk lagi…😳 Tetiba mcm rasa bangga jap 8) Aku minat giler dgn Zamani Slam dulu & hubby tahu sbb tu dia petik lagu ni kat aku kot…

Aku toleh ke belakang (wah, mcm drama kat tv lak :lol:) & aku TERpaku apabila nmpk seorg mamat yg memakai tshirt putih & track putih tgh memetik gitar. Aku pandang jer kat mamat tu. Kawan aku yg announcement tu tepuk bahu hubby terus pandang kat aku… Aha… syahdu tak????😛 Tak jadi merajuk sudah… hihihihihi

Inilah ala2 gitar cabuk yg hubby aku masih simpan kat stor umah kami. Kenangan byk neh!😛 Skang ni hubby suka nak bawak lagu Sungai Lui – Aizat.

Memori kami bersama & utk selamanya… Khazanah perchentaan utk anak cucu cicit kami😛