EMAK, IBU, MAMA, MOTHER, UMMI, AMMA, MOM…..

 

Buatmu Ibu – Aeman
 

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

 

100 Hari Pemergianmu, aku hanya ingin meluahkan rasa apa yg ada dlm kalbuku ini…

Sekejap shj masa berlalu pergi & sekejap jua arwah emak pergi selamanya! Terus-terang aku ingin nyatakan setiap saatpun tak pernah aku terlepas dari melupai perkataan “EMAK” dari kepala aku. Setiap hari juga aku mohon agar semua ini hanyalah mimpi mainan tidurku tapi, harapan hanyalah harapan!

Kamu…. yg melihat aku setiap hari & bersua dgn aku setiap saat! Fizikalku gagah, senyuman jua sering terukir serta gurauanku tetap tiada penghujungnya. Namun, kamu tahukah!!! Dlm hati ini sentiasa berperang di antara realiti & fantasi. Kelukaan & kedukaan seringkali memamah tiap tangkai hati aku… Air mata aku juga seringkali ingin tumpah walau ada ketikanya aku berhadapan dgn kamu.

Aku hanya manusia biasa yg tidak sempurna. Aku bukannya Nabi yg bisa sempurna… Aku hanyalah manusia sprt kamu jua… Walau aku kuat hakikatnya aku tetap lemah. Cuma, demi utk kehidupan ku paksa hati & ku tegarkan diri utk kukuh berdiri.

Aku tidak kuat utk mendaftarkan kematian arwah emak… Namun, demi ku pandang wajah ayah & adik2 ku gagahkan diri melangkah!

Aku tidak kuat utk menguruskan segala berkaitan harta peninggalan arwah emak… Namun, demi pengetahuan yg ada & t/jawab yg telah diamanahkan aku kuatkan hati melakukan segalanya!

Aku tidak kuat utk menyatakan yg aku kuat sebenarnya… Tetapi apakan daya! Aku TERPAKSA positifkan akal & kuatkan semangat demi meneruskan kehidupan hakiki!

Emak, along rindu pada emak… Rindu yg tiada penghujungnya. Along tidak bisa menitiskan air mata kerana Along akan rasa Along tidak berdaya. RUMAH… hampir siap emak… Segala angan2 Along yg Along cerita pd emak utk bawa emak tinggal Along hanyalah sejarah usang dlm lipatan hati. Along tak sanggup utk melihat rumah itu apatah lagi bilik yg Along telah bayangkan tempat emak akan duduk kelak!!!!!! Along tak sanggup… Tapi, Along terpaksa kuatkan hati Along

Emak, damailah dirimu di singgahsana Allah yg maha agung. Sejahtera dirimu di Syurga Allah! Ayah, Along, Angah, Uda, Cika & Fauzan sentiasa merinduimu…😦