Gugurnya Tulip Ungu…

:cry:   :cry:  😥 Uwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

Aku sedih ketika ini. Tulip Ungu telah pergi utk selama-lamanya! Sahabatku, arwah Nor Atasha binti Mohd Zali telah ke rahmatullah pd hari Sabtu haritu. Betapa cepatnya kau pergi wahai sahabat… Terlalu muda dirimu!

Post aku mengenai Erti Sebuah Persahabatan menceritakan ttg manis & dukanya aku mengenai persahabatan. Dan… sahabat kau pergi jua akhirnya! Damailah kau di sana. Al-Fatihah~

Tulip Ungu

 

Arwah sgt meminati kaler ungu / purple sejak kami mengenali dari zaman sekolah. Bagi aku, kaler ungu ini dikategorikan sbg seorg yg amat sukar utk dihuraikan hati & perasaan, terlalu berahsia & seorg yg suka mengikut kehendak hati sendiri. Ye, sememangnya arwah seorg yg terlalu berahsia & kadangkala kami berlima sering bertengkar krn tidak memahami kehendak hatinya. Tapi, arwah juga seorg yg sgt kelakar… Kini, telah tiada Tulip Ungu & telah tiada utk selama-lamanya…

 

Tulip Putih

 

Tulip berwarna putih adalah hakmilik sahabatku Fazillah! Di manakah kau kini wahai sahabat? Aku ingin nyatakan kpd kau ttg kita tlh kehilangan arwah Tasha utk selamanya……. Adakah kau masih berada di US? Aku ingin ke rumah parents kau tapi aku tak ingat no. rumah… No tel kau & emel kau juga dah tak boleh dihubungi…😦

 

Tulip Kuning

 

Siti Suhailla, sahabatku yg amat meminati warna kuning. Sememangnya dia seorg yg sgt mementingkan persahabatan! Ct lah yg telah call aku pagi2 buta Ahad nyatakan pemergian arwah Tasha. Namun, aku tak berdaya sahabat. Arwah Tasha terlalu berahsia sehinggakan rumah ibubapanya di Puchong tidak aku tahu. Kalaulah aku tahu arwah mmg dah ada di IJN sepanjang minggu lepas, dah lama aku melawat arwah!!! Aku mmg tak tahu apa2… Maafkan aku sahabat…

 

Tulip Pink

 

Hakmilik insan yg bernama Erma Farizan Binti Eber. Habis shj sekolah tingkatan 5 aku mmg dah lost contact dgn dia. Nantilah, aku balik rumah akan ku cari no. tel rumah parents Erma & akan aku sampaikan berita ini. Dlm kami berlima, Erma diibaratkan adik yg plg bongsu sbb sgt manja! Dan kebetulan Erma anak cikgu so, kalau nak ajak dia pi ngular ke mana2 ke pi umah dia dulu tunjuk muka kat parents dia baru boleh ngular🙂

 

Tulip Merah

 

Akulah empunya Tulip Merah. Aku pun tak tau nape aku diberi kaler merah masa ni. Yg pasti masa skool dulu, di antara kami berlima aku adalah yg plg berani ke hadapan.

 

Hmmm, yg tinggal hanyalah Tulip Putih, Kuning, Merah & Pink… Yg mewujudkan Tulip’s Group adalah arwah Tasha sebenarnya. Kami berlima naik basikal ke sawah, buat kerja kumpulan ke sana & ke mari… Sampaikan cikgu2 sekolah gelar kami belangkas!!!! Kalau sorg dah buat salah, kami berlima sama2 akan ngaku dgn cikgu. Sudahnya, cikgu tak denda kami. Hebatkan penangan persahabatan kami? Kini, kenangan hanya tinggal kenangan yg dpt aku potretkan dlm bingkai kenangan….

Sahabat, tenanglah kau di Syurga Allah….😦