Personal Empowerment

Assalamualaikum wbt….🙂

Selepas pi course mengenai Brian Tracy\’s, Sabtu & Ahad aku ada course ngan department aku kat ARB aje. Course kalini mengenai ……………………………………..

Wah, tak menahan tajuk course aku kan???? 8) Emm, mende apa lak yg kat bawah gambo tajuk course aku tu eh? Ha, itulah dia kategori diri sendiri melalui test psikologi. Masa aku @ UPM aku penah buat test ni & pi course tertentu pon penah juga buat test ni. Ada 4 kategori manusia melalui test ini :-

1) Popular Sanguine ~ seorg yg happy go lucky & giler glamer😆

2) Powerful Choleric ~ kuat bekerja, berhati waja + boleh jadik bos😯

3) Perfect Melancholy ~ pembersih, berdisiplin + segalanya perlu teratur 8)

4) Peaceful Phlegmatic ~ Sentiasa redha dgn kehidupan + ada aku kesah???😛

Nampak tak markah yg ada tanda 3, 10 & 7? Ha, aku di kategori no 2 aka BOS!!!! Wakakaka………. kelakau kelakau kelakau….. Sebenarnye, test ni menjurus kpd bidang pekerjaan (soalan2 yg trainer tanye menjurus kpd situasi pekerjaan). Aku sokonglah test ni dari sudut diri aku melalui dunia pekerjaan. Aku bukanlah seorg yg suka melepaskan batuk di tangga once dapat satu job! Bagi akulah, kalau tak buat…. Akhirat nnt akan ditanye & dihisab “Rabiah, knp kamu tidak melaksanakan t/jawab kamu sedangkan kamu telah diberi tugasan…………….” Ngeri wooooo!!!!🙄

Kalau diikutkan, utk kehidupan seharian aku adalah di kategori no 4 & 3 sebenarnye😳 Apa yg dapat, itulah rezki yg Allah bagi……. DAN!!!!!! Aku mmg seorg agak tersusun sebenarnye. Masa aku bujang dulu, aku susun setiap baju / buku2 study / apa aje mengikut kategori yg mana panjang dahulu baru pendek & yg plg pendek. Kalau tetiba lain susunan aku tau ada org dah usik barang aku!!!!!!👿 Aku mmg marah & roomate aku pon tahu perangai aku yg satu ni. Especially my emak😥 Kalau aku balik umah dah muncung aje, arwah emak tahulah yg barang aku dah kena ceroboh!
Tapi, sejak kawen ni……… aku hangin jugak memula lagi kawen!!!! Adoi…………. memula sebelum ada anak rajin juga menyusun pas ada anak ni aku dah kepenatan + malas.  Ala kadar aje skang ni. Tp yg pasti, pinggan2 kat rak mmg aku susun rapi. Kalau hubby aku basuh letak tak betul, aku akan betulkan balik🙂 Jom tinjau test mengenai perkara ni nak????

Sebenarnye, course kalini mengenai kesedaran pd diri sendiri, apakah tugas & t/jawab diri pada syarikat… Apakah yg telah kita beri kpd syarikat setelah syarikat membayar kpd kita dlm bentuk BONUS + GAJI + INCREAMENT… Bagi aku, tepuklah dada & tanyelah selera kita sendiri.

ADIOS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!