DISIPLIN DIRI MEMPERKASA KEJAYAAN

Assalamualaikum wbt,

Hai kawan2… Cuaca di luar nmpk redup2 bahasa shj kan! Malasnyer nak bangun katil pagi2 buta lagi2 dgn suasana yg sejuk sehingga menikam tulang. Mata pon asyik pejam aje sukar utk membuka mata…

Harini, aku nak berkongsi cer citer ttg DISIPLIN DIRI MEMPERKASA KEJAYAAN dlm kehidupan. Emm, mengapa pulak pagi2 aku dah beridea nak menulis story ttg disiplin ek😛 Hakikatnya, kebanyakan manusia zaman kini terutama anak2 muda kita kurang mempunyai disiplin hidup. Apa pulak kaitan disiplin & kehidupan???

Aku terbaca dlm sebuah laman web sosial mengenai perkara ini (Sumber : http://www.scribd.com/doc/19465804/disiplin-diri)

Sebelum membincangkan secara lanjut mengenai disiplin diri, kita perlu tahu, bagaimana seseorang yang mempunyai tahap disiplin tinggi boleh membantu seseorang untuk berjaya dalam apa yang dilakukan. Sebenarnya, mereka yang mempunyai disiplin diri tinggi boleh melakukan apa sahaja dengan berkesan dalam hidupnya.

Sebenarnya, mereka yang mempunyai disiplin diri tinggi boleh melakukan apa sahaja dengan berkesan dalam hidupnya. Ini kerana seseorang yang mempunyai sikap yang betul menerusi disiplin diri yang tinggi akan dijelmakan menerusi rasa yakin pada diri yang sangat tinggi. – Aku sokong pernyataan ini yg mana jika kita benar2 tahu kehendak & matlamat hidup kita sendiri, maka kita akan cuba utk berada di hadapan. Utk berada di hadapan, kita sudah punya tatacara / jalan kita yg mana kita sudahpun membentuk DISIPLIN hidup.

“Menurut pakar-pakar psikologi, mereka yang berdisiplin tinggi juga sebenarnya mampu meningkatkan kemampuan untuk menjadi kreatif”

Di antara KEISTIMEWAAN org yg mempunyai Disiplin yg tinggi :-

1)      Anda akan lebih bersikap terbuka dan sentiasa mencabar minda anda untuk sentiasa berfikir dengan pantas.

2)      Akan menjadi seseorang yang lebih fokus kepada tugasan dan tanggungjawab.

3)      Mereka yang berjaya di dunia ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif.

4)      Satu perkara penting yang perlu ada pada pemikiran seseorang ialah kekuatan dalaman diri terutamanya untuk melawan segala macam dugaan yang mendatang.

5)      Tanamkan kekuatan diri apabila kita melakukan sesuatu. Teruskan sehingga ke penghujung dan bukan sekadar `hangat-hangat tahi ayam’.

6)      Berhadapan dengan dugaan, mereka yang berdisiplin tinggi, selalu mengingatkan diri betapa mereka sudah berjanji dan membuat komitmen kepada diri sendiri untuk berjaya.

7)      Orang yang berjaya adalah mereka yang menghormati janji dan komitmen yang dibuat pada diri sendiri kerana mereka sangat menghormati diri sendiri.

8)      Anda perlu bertegas dengan diri anda dan jangan beri muka kepada perkara-perkara  remeh yang akan boleh menggagalkan usaha anda.

Bagaimanapun, adakah ini bermakna untuk menjadi seorang yang berdisiplin, anda perlu menjadi seorang yang serius dan tidak boleh lagi berseronok seperti orang lain? Jawapannya tentulah tidak. Anda masih boleh hidup gembira dan menikmati keseronokan bersama rakan-rakan anda. Cuma, anda perlu bijak menguruskan masa dan tidak hanya mementingkan keseronokan.

Assignment melambak! Mcm mana nak bahagikan waktu kerja & study ni??? Arrgghhh….. ada anak mcm mana nak sambung study? Gaji rendah? Bila nak jadi bos??? Asyik aku aje yg kena buat keje tapi org lain tak buat!!!

Aku tahu… Soalan2 sprt ini sering bermain dlm fikiran kita semua & aku juga tidak terkecuali. Tapi, TEPUK DADA & TANYALAH DLM HATI SENDIRI. Mcm2 cara kita boleh mencuba nasib. Mungkin kita tiada luck dlm makan gaji bukan? Maka, kita cuba sesuatu perkara yg baru🙂

Pupuklah disiplin dlm diri insyaAllah, kita tahu rencana hidup kita. Tak perlu mengeluh dgn kesusahan sbb Allah akan bagi balasan bukan!😀 Kalau jatidiri kuat & keyakinan diri tinggi, maka insyaAllah kita dpt membentuk disiplin dlm diri. Sekaligus kita dpt membentu kejayaan dlm kehidupan mendatang🙂

ADIOS!!!