Batu Nisan

Assalamualaikum wbt….

Sudah lama rasanya membiarkan kategori “emak” ini dlm keadaan usang! Aku tak berdaya utk meng”update” post yg baru😥 Tp, alhamdulilah…. harini berkesemapatan sedikit utk meluah sedikit hati & perasaan yg lara di kategori ini😦

Ibu…Ibu … Engkaulah Ratu Hatiku

Bilaku berduka … Engkau hiburkan Selalu

 

Uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!😥 Sedeynyer bila tgk iklan Fernleaf (betoi ka tak ejaan aku neh) kat tv. Sedih mengenangkan arwah emak yg telahpun lebih 4 bulan meninggalkan aku & family……. Sekejap aje masa berlalu & aku bersyukur ke hadirat Ilahi di atas kekuatan yg diberiNYA ke atas aku & family. Kuasa Allah melebihi segala-galanya…

Utk hari ni, aku nak bercerita ttg batu nisan sebenarnya. Last week Baru-baru ini aku blk kampung & aku berkesempatan mengunjungi pusara arwah emak. Hurrrm… telah ada batu nisan di atas kubur emak. Ayah dah buat senyap-senyap tanpa memberitahu kami adik-beradik. Yg cuma tahu hanyalah adik bongsu aku si fauzan😐

Batu Nisan & ini hanya ilustri semata (sumber : Mr Google)

 

Simple shj batu nisan tersebut & tiada pon diletak penghadang di kubur tersebut. Diikutkan, arwah emak & ayah sendiri dah pesan pd kami adik-beradik agar tidak diletakkan batu nisan aka sebarang jenis penghadang. Letak batu biasa aje. Tp, kami adik-beradik bersepakat memujuk ayah agar diletakkan batu nisan. Dan, alhamdulilah…….. telah ada!🙂 Manakala pokok yg ditanam adik aku masa kubur masih merah lagi, hidup dgn subur betul-betul di atas bhgn kepala arwah emak😥

Kawasan kubur pun bersih & canteq kerana ada org yg menjaganya. Di sini shj entri utk kalini. InsyaAllah akan aku cuba menguatkan hati utk update kategori ini lagi di masa yg lain🙂

Semoga roh arwah emak ditempatkan di syurga Allah, & di kalangan org yg beriman~ (Pic by Mr Google & sbg cth shj)

 

 

Nota kaki :

Rindu itu hanyalah mainan lagu di dalam senduku

Rindu itu juga menjadi nadi dlm nafasku

Rindu itu hanya kini menjadi mimpi di dalam mimpi…