Laika korban pertama SMS AF9

As Salam,

Alkisahnye semalam dgn hubby pi jenjalan kat JJ AU (nak makan mlm). Kami berkesampayan melihat rumah kaca yg didami oleh pelajar AF9.๐Ÿ˜‰ Alamak, malu seh….. sbb mcm segan aje bila ada byk mata yg memandang.

Aku nak citer psl Laika ni jek. Ikutkan, aku sukeeeeeee dgr suara Laikan yg serak-serak basah. Bila di interview kat Radio Era, suara Laika ni leh tahan. Tp, maybe nasib tak menyebelahi dia…. Takpe Laika chaiyokkk!!!!!!!๐Ÿ˜€ Meh bace ttg Laika

Sumber : Harian Metro

HANYA baru tiga minggu dan belum puas menimba ilmu dan menikmati segala pengalaman di Akademi Fantasia 9 (AF9), Laika atau Zulaika Zahari, berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur, menjadi korban pertama apabila tersingkir daripada gelanggang pertamanya malam Sabtu lalu.

Ironiknya peserta paling teruk persembahan malam Sabtu lalu, Queennera Francine Francis atau Nera yang mendapat komen negatif dua pengkritik tetap, Ogy Ahmad Daud dan Hattan serta pengkritik undangan, Adibah Noor pula terselamat malah mendapat undian tertinggi sebaik tamat konsert. Hanya bersandar pada 3.6 peratusan, Laika terpaksa meninggalkan AF namun menganggap semua yang berlaku adalah ketentuan dan rencah sebuah program realiti TV yang bergantung harap kepada undian penonton. “Kalau nak bercerita soal sedih dan kecewa, memanglah saya sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan AF terlalu awal. Rasa rugi sangat kerana tidak lagi berpeluang menuntut ilmu dan merasai segala pengalaman indah dalam AF bersama kawan-kawan. Tapi, saya akur dengan format pertandingan ini.
“Saya sedar bakat atau persembahan memukau belum satu lesen yang kukuh buat mana-mana pelajar itu untuk bertahan dalam AF kerana semua ini adalah permainan SMS mengundi. “Saya sedar tidak ramai mengundi saya kerana sejak awal lagi, peratusan saya memang rendah dan tidak berganjak. Justeru saya sudah jangka akan pengunduran ini. Tapi saya tidak peduli semua itu dan tetap mencuba dengan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya AF9 menjadi medan untuk saya menunjukkan bakat terpendam.

“Kalau ada rezeki dan peluang, saya akan kembali untuk menjadi seorang penyanyi. Ya, Laika akan kembali nanti,” katanya bersemangat.
Ternyata konsert minggu pertama AF9 masih longgar. Bukan silap produksi tetapi mutu persembahan peserta sendiri kurang menyerlah.
Contohnya Nera yang menyanyikan lagu Mila, Aku Lebih Tahu, sungguh goyah dari segi mutu vokal sehingga Ogy turut panas telinga.

Manakala peserta bertubuh gempal kelahiran Kuala Lumpur, Roshammizah Rosli (Miza) yang memukau penonton ketika konsert tirai minggu lalu juga gagal mempertahankan reputasinya tatkala menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti. Miza seperti terlalu yakin dan tidak tahu mengawal vokalnya itu. Peserta lain seperti Mohamad Amirullah Jahari (Amir) yang menyanyikan lagu Bruno Mars, Just The Way You Are turut gagal meraih kritikan positif dengan vokalnya yang biasa sehingga tiket ke konsert Bruno Mars yang dijadikan habuan untuknya, terpaksa diberikan kepada pelajar lain. Peserta lain termasuklah Nur Khaidir Muhammad (Kay) yang menyampaikan lagu Menyesal nyanyian 6ixth Sense serta Nur Atiqah Shariffudin (Eka) yang tampil bersama lagu Alyah, Kau Bisu.
Namun Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib) yang menyanyikan lagu Yank dendangan Wali Band dilihat punya potensi untuk mewarnai dunia hiburan. Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul) yang terlebih dulu membina identiti dengan pengaruh ‘K-Pop’, masih perlu menggilap mutu persembahannya.

// //

Bagaimanapun tidak semuanya teruk kerana Ahmad Afif Tirmizie (Afif) umpamanya dapat menyanyikan lagu Cinta Kristal versi Awie dengan gaya tersendiri dan mendapat pujian daripada kesemua pengkritik. Anak muda berusia 24 tahun yang berasal daripada Pahang itu hanya beraksi solo tanpa sebarang ‘props’ bagi membantu persembahannya. Begitu juga dengan Lenaber Hidir (Lena) yang tampil menyampaikan melodi Lagu Untuk Kuala Lumpur. Dia punya vokal yang jelas dan persembahan yang bersahaja.

Senario ‘kurang ummphh!’ itu kemudiannya dilempar terus ke pengetuanya, Amy Search ketika sidang media selepas konsert berkenaan namun rocker handalan itu sudah bersedia dengan alasannya termasuk kesemua pelajarnya masih belum cukup bersedia dan berdarah gemuruh.
“Sebelum kesemuanya naik ke atas pentas lagi, saya sudah menasihatkan agar kesemuanya tidak perlu bimbang atau sibuk mencari kesempurnaan sebaliknya hanya berseronok dan memberikan yang terbaik. Ini kerana kesemua mereka begitu gemuruh dan takut untuk dinilai pertama kali. Saya faham akan situasi itu namun perlu saya tekankan, itu bukanlah satu alasan.
“Memang kesemuanya sudah dicurahkan ilmu oleh barisan tenaga pengajar yang bukan calang-calang namun usah lekas menuding jari kepada mereka yang mengajar kerana apa yang longgar dan silap di atas pentas itu disebabkan pelajar itu sendiri. Mungkin kesungguhan dan gaya menterjemah setiap satu ilmu yang diberi itu tidak sepenuhnya difahami mereka.
“Bagaimanapun saya akan pastikan, mereka akan melihat kesemua kesilapan dan kekurangan pada konsert malam ini untuk dijadikan garis panduan sebelum melangkah ke pentas kedua minggu depan,” katanya. Sejurus undian ditutup yang diumumkan pengacaranya, Aznil Nawawi, Nera mendapat undian tertinggi dengan 15.6% diikuti Erul (13.13%) dan Aida (12.7%).

ย 

Melalui pintu kaca di JJ semalam, aku nmpklah si Raqib sedang berlatih menari. Wah, boleh tahan tinggi mamat tu…. Tp nmpk dia bersahaja & mmg giler giler๐Ÿ˜› Aku vote Raqib!!!!!! hehehehe

ย