Seluar pendek KETAT

Ada satu kisah yg berlaku pd waktu Maghrib (dengar azan Maghrib sayup-sayup shj)…

“I benci U… I benci U… Jgn ikut I lagi….” Sang gadis ini menumbuk-numbuk sang jejaka sambil berlari ……. BERDENTUM!!!!! Oh, sang gadis terlanggar kereta org (nasib owner kereta takde dlm kereta). Kalau kereta aku tadi, mmg aku dah sound aje minah ni!

“Knp U nak benci I? I sayangkan U, Jgnlah buat mcm ni…” Sang jejaka mengejar sang gadis menggunakan motosikal Honda cabuknya. Apabila dah dpt mengepung sang gadis, sang jejaka turun dari motosikal konon mahu memeluk sang gadis.

“Lepaskan I!!!! Lepaskan I……………” Sang gadis menumbuk-numbuk dada bidang (aikkk, bidang ke? tgk kerempeng jerk mamat tu :-P)

“Apa korg ni! Jgnlah bergaduh kat sini. Org nampaklah! Malulah sikit” Terdengar seorg lagi gadis muda berlari-lari menuju ke arah sepasang kekasih (kotlah kekasih!).

Sang jejaka tadi mahu sprt memeluk sang gadis pujaan hatinya. Tetapi, adegan gaduh-gaduh manja ini terus berlarutan. Dah jadi mcm cerita Hindustan sbb ada adegan kejar mengejar pulak. Aiyak~

Hmmm, di atas tu adalah satu cerita benar tak tipu yg berlaku di hadapan mata aku sendiri. Pasangan remaja yg menyewa di apartment sebelah rupanya telah bergaduh. Sadis sungguh!!!! Aku hangen dgn remaja tersebut krn, …..

1) ketika itu azan telahpun berkumandang. Pertanyaan aku????? Tak dengar ke mereka itu?

2) org keliling mendengar adegan itu. Pertanyaan aku??? Tak malukah mereka ini?

3) sang gadis hanya memakai seluar ketat paras peha shj. Pertanyaan aku???? Takde seluar pjg ke minah ni?

4) dahlah waktu malam Maghrib mereka nak saling berpelukan. Pertanyaan aku? Di mana etika perasaan malu mereka ini???

Yg paling menyedihkan aku, mereka yg menjadi pelakon waktu Maghrib ini adalah anak Melayu kita…….😦 Hilang sudah erti adab & tatasulia mereka ini. Sedih!!!!

Sudahnya, keesokan harinya…. Aku ketemu mereka semula yg mana sang gadis ini telahpun membonceng motor Honda kapcai sang jejaka sambil memeluknya dgn erat. Aku tengok, seluar ketat yg sama juga….. Aiiiikkk??? Pertanyaan aku lagi??????????????????????😀