Mekanik Tak Bertauliah

Assalamualaikum wbt…

Harini aku nak bercerita pasal anak aku yg manje ini🙂

Alkisahnye kini, anak aku skang ni suka nak jadi mekanik mcm papa dia. Dia tgk aje apa yg papanye buat pastu dia pun buat. Yg plg besh bila sang papa dok godeh2 tv @ paip bila rosak (sang papa kata tak pyh upah org betulkan paip :-P) @ betulkan laptop budak kecik punyer bila takde bateri (TERpaksa belikan Danish laptop sbb dok ngaco laptop papa) @ dario (aiikk????) so budak kecik ni pon bz join skali.

Aku nak share apa yg Danish buat kat dlm kete. Abes radio + cd Danish betulkan. Aku snap cepat2 sebelum sempat Danish menarik segala isi di dlmnye @ tercabut. Nanti sang papa mengomel sethn tak sudah!!!!!😀

Hola mama! (buat muka manje konon! ~ mama takkan tertipu lagi)

 

Eh, apa bende ni mama? (takpayah nak buat action purak2 tak tau eh ~ mama takkan jadi TIPAH TERTIPU)

 

Eh, mcm mana fungsi bende ni ek mama? (ah sudah…….jari tomei budak kecik ni dah start mengorek pulak! ~ mama tahu dah taktik usang kamu……….)

 

Mama, knp kat bawah ni sama mcm kat atas? Eh button apa ek yg leh pusing2 kat sebelah ni? (arrrggghhhh!!!!!!!!!! ~ mama dah takleh layan kamu. Kamu pandai bersandiwara ek….)

 

Pas snap gambo budak kecik ni aku angkat dia dan bgtau Danish main bende lain yek. Nanti papa marah! Bila papa marah kang dia ngomel sampai bila2. Bila dah ngomel nanti sangkut paut bende lain lak…. Muhahahahaha😀 Lalu, si budak kecik pon amik kad papa nyer utk dibawa main………

Main kad papa takpe ye syg…. Papa pun dah tak pakai kad tu akan datang! Muahahahaha😀 

 

Budak kecik ini kini telah byk idea yg hendak dipraktikkan. Sampaikan satu masa (aku sedang menunggu hubby membeli brg di kedai) & aku sedang mengutip fun fries yg disepahkan anak dlm kete. Manakala Danish sedang bermain di stereng.

Disebabkan dek kelekaan aku mengutip fun fries, tiba2 aku terdengar bunyii vrrroooooommmmmmm dgn kuat!!!! Aku punya terperanjat & Danish sudah terkejang di sebelah aku. Rupanya Danish dah pun ke bawah dan menekan pedal minyak!!!! Adoiiii, aku dah terdiam & sejak peristiwa tu, Danish pun tak berani nak main pijak2 lagi. Cuma pusing stereng shj🙂

Moral dari cerita : Sentiasa memerhatikan keupayaan anak yg semakin membesar krn mereka akan sentiasa perhatikan apa tindakan ibubapa. Kemudian, mereka akan mencuba sendiri… Maka, berhati-hati jika anda mempunyai anak yg terlalu aktif. Huhuhuhuhu