DONT NOTTY NOTTY YE

As Salam…

Minta maaf kpd kwn2 blogger & bukan blogger yg mana dah lama rasanya aku tak menghadirkan diri ke blog kamu semua. Minggu yg lepas, minggu kepenatan utk aku krn aku ada sedikit kerja…..๐Ÿ™‚

Harini, aku nak berkongsi “tatapan” dgn kawan2 di luar sana. Apa kata kawan2 teliti dgn benar betul2 teliti apakah yg kawan2 nmpk behind d picture?๐Ÿ˜›

Jawapan aku?????

Hehehehe, sbnrnya takde apa2 jawapan cuma aku mahu nyatakan di sini ialah rata2 kita sbg manusia pemikiran yg negatif dahulu akan muncul dari minda kita berbanding yg positif bukan? Sama juga dgn kehidupan kita seharian… Yg mana kita sentiasa deal dgn org perseorangan @pun komuniti yg lain.

Jika pertama kali kita baru bersua of coz kita akan tertanya2 :-

1) Bagus sangat ke minah / mamat ni?

2) Siapa dia ek? Mcm berlagak aje…

3) Pakaian not up to date tak sesuai langsung dgn jawatan dia sbg ………… Baik lagi aku…

4) Mcm berlagak aje! Dahlah taknak tegur orang

5) Nerd semacam aje minah / mamat ni. Eeeeee, taknak aku tegur dia ni

Itulah dia beberapa contohย persoalan yg sering bermain-main dlm fikiran kita bukan? Jadi di sini, mengapa tidak kita cuba mengalihkan fokues pandangan / fikiran kita kpd yg positif. Jika kita sentiasa positif dgn org lain, maka org lain juga akan positif dgn menjalin hubungan dgn diri kita. Dlm kehidupan seharian juga, kita seringkali tersalah tafsir dgn percakapan org lain terhadap kita. Mengapa tidak kita anggap itu hanya gurauan shj? Jika kita anggap gurauan, takkan sesekali terjadinya sakit hati @ merajuk tak bertepi dgn org di sekeliling kita.

IBUBAPA

Mereka adalah golongan yg plg rapat dgn kita. Mungkin ada sesetengah org lbh rapat dgn ibu @ sebaliknya. Apabila mereka memberi teguran / pandangan, seharusnya kita terima krn merekalah plg mengenali luar & dalam diri kita

ADIK-BERADIK

Mereka juga adalah darah daging yg plg rapat dgn kita. Tak perlu merajuk pjg @ bergaduh pjg apabila terjadinya sesuatu isu. Merekalah jua yg mungkin akan menjaga kita apabila kita sakit / telah tua. Mereka adalah darah daging kita…. Tak perlu mengungkit siapa lebih & siapa yg kurang. Mungkin ada ibubapa yg kdg2 memilih anak. Tetapi, sbg seorg yg terpelajar, tak payahlah nak dipjgkan isu tersebut. Ambil yg jernih buang shj yg keruh. Mereka adalah dunia & akhirat utk kita

SUAMI / ISTERI

Mereka ini adalah syurga kita selamanya (jika yg mana suami tak kahwin byk / sebalinya lah ye :-)) Tak kiralah hubungan secara intim @ bukan intim, tak perlulah dipjgkan sesuatu salah faham. Masing2 perlu menghormati diri pasangan. Tidak perlu terlalu tinggi harapan kpd pasangan kita & terima seadanya siapa pasangan mereka. Saling menghormati, menyayangi & tahu t/jwb dlm institusi kekeluargaan adalah resepi keluarga bahagia.

ANAK-ANAK

Mereka adalah penyambung generasi kita. Jika dari awal kita telah asuh mereka secara positif, maka akan positiflah hidup mereka. Jika kita pun tak yakin menjadi ibubapa cemerlang utk anak-anak, maka mereka akan membesar tanpa hala tujuan. Cara membesarkan anak adalah di tangan kita selaku ibubapa mereka

RAKAN

Inilah hanyalah bersifat sementara. Kalau kita jumpa sahabat yg bersifat dunia, maka takkan amanlah hidup kita. Namun, ada juga rakan yg dpt membimbing kita ke jalan yg lurus. Tetapi, amatlah sedikit jumlahnya bukan! Hanya jauhari mengenal manikam. Ciri-ciri rakan yg dpt membawa kita ke jalan yg lurus, hanya kita shj yg mampu menilainya. Bukan org lain… Setiap pergaulan tetap ada batasannya.

Allah menjadikan manusia sbg sebaik-baik kejadian di muka bumi ini.ย  Firman Allah swt yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk(kejadian) yang sebaik-baiknya.”(At-Tin:4). Krn manusia itu dikurniakan Allah akal utk berfikir baik & buruk @ positif & negatif. Firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah, bukankah tidak sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Yang tidak lalai, melainkan orang-orang yang mempunyai (akal) fikiran,”(Az-Zumar:9). Jadi, mengapa kita tak menggunakan akal sbg platform utk memajukan diri? Ataupun utk kita mengikat tali persaudaraan sesama manusia lain?. Marilah kita sama-sama memikirkannya…

๐Ÿ˜€ Selamat beramal & positif sentiasa!!!!!