ANTARA KERTAS & NOTA

Tak perlulah aku memperkenalkan diri aku secara glamour gah pd kamu semua siapakah aku! Apabila kamu melihat aku shj tak kira dlm apa jua bentuk, warna @ secara lintas langsung spontan kamu tetap dpt mengecam aku 🙂 Aku hanya ingin menceritakan kisah riwayat aku yg hakiki di muka bumi ini.

Kamu semua tentu tahu aku hanyalah berasal dari kertas. KERTAS adalah bahan yang tipis dan rata, yang dihasilkan dengan kompresi serat yang berasal dari pulp. Serat yang digunakan biasanya adalah alami, dan mengandung selulosa dan hemiselulosa (link selanjutnya asal usul kertas & cara pembuatan kertas). Drpd kertas inilah aku menjadi satu NOTA utk kegunaan harian manusia.

Akulah tempat utk manusia utk menulis, menghasilkan ilham & melukis…

 

Ketika kamu wahai manusia, bersekolah seawal usia 6thn, cikgu tadika memberi kamu kertas lukisan utk kamu memenuhi keperluan kecilikan kamu. Kamu mewarnai diriku dgn pelbagai warna warni selari dgn kehidupan kamu yg begitu ceria, riang & gembira… Dunia kamu ketika itu hanyalah khayalan & fantasi!

Ketika kamu wahai manusia, bersekolah rendah. Cikgu mula mmberi kamu nota buku yg perlu kamu tulis tajuk di setiap depan kulit nota. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Lukisan dll sprt yg kamu lihat di papan kenyataan hitam (yg ditulis cikgu menggunakan kapur). Di dlm setiap nota tersebut, kamu belajar mengira, mengeja & membaca. Akulah nota yg amat kamu bangga ketika itu. Kamu saling berlumba utk mendapat no 1 & menjadi murid kesayangan cikgu.

Katika kamu wahai manusia menginjak ke alam remaja, kamu telah punya pilihan utk membeli nota pilihan kamu sendiri. Kamu lakari aku dgn pelbagai dakwat yg mengungkapkan keperibadian kamu. Dlm diri aku aku juga kamu mula menyelitkan nota-nota tambahan utk sang gadis /  jejaka. Kamu juga memilih aku yg pelbagai warna / bau utk menaikkan berahi kecintaan kamu terhadap pelajaran yg seiring dgn cinta kamu.

Ketika kamu wahai manusia bergelar siswazah, kamu memilih hanya nota yg simple mudah & ringkas utk ke kuliah. Namun, aku telah mula kamu robek sedikit demi sedikit. Kerana bagi kamu, aku hanyalah nota murahan yg boleh dibeli tatkala kamu mula punya duit dlm genggaman kamu. Aku telah mula kamu lempar ke tepi. Tapi, keesokan harinya kamu akan mencari aku semula…

Ketika kamu, wahai manusia telah belajar erti t/jwb utk mencari rezeki… Aku mula dilupai kamu! Semakin tinggi darjat kamu, semakin aku kamu pinggir ke tepi. Aku diingati ketika kamu tergesa-gesa utk ke meeting, utk menulis sesuatu yg ringkas tapi kamu menyakiti aku dgn mengoyakkan aku….. Ketika ini, aku benar-benar terluka dgn sikap kamu. Kamu hanya mencari aku ketika perlu shj. Apabila aku tidak perlu, aku dibiarkan diam tak bertepi tanpa pertanyaan khabar dari kamu walau secebis ayat sekalipun.

 

Betapa aku disakiti begini dek mungkin kamu marah / geram / boring / malas…

 

Betapa luluhnya hati aku krn kamu membuat aku begini. Apakah aku tiada kepentingan lagi utk kamu? Mungkin aku terlalu byk di sisi kamu menyebabkan kamu tidak mengendahkan aku walau sedetik? Di mana janji manismu ketika kamu besekolah tadika & rendah? Kamu berjanji yg kamu mahu punya nota sendiri yg dibeli hasil titik peluh kamu. Kamu akan menjaga aku & aku dijadikan kesayangan kamu? Mudahnya kamu melupai aku… 😦

 

Akhirnya aku tetap dibuang oleh kamu yg tak pernah berterima kasih dgn khidmat aku

 

Lihat akhirnya, kau hanya menjadikan aku sbg sampah! Di manakah janji-janjimu dulu wahai manusia? Aku tidak punya suara utk aku pertahankan diri aku ketika kau menconteng aku dgn kejam, kemudian kau mengoyakkan aku satu persatu…. Akhirnya, aku adalah sampah utk kamu! Betapa hinanya aku di mata kamu. Kamu punya kehidupan kamu tapi aku? Aku tidak dpt bersuara pd dunia bhw aku hanyalah “kegunaanmu bila perlu”. Kasihan diri aku yg malang… Inilah hidup aku sbg KERTAS & NOTA…

 

Moral : Mari kita lihat diri kita di sebalik cerita sang kertas & nota. Adakah kita pernah menjadikan org lain sbg pak sanggup kita? Atau kita yg menjadi pak sanggup? Manusia yg berbuat 1000 kali kebaikan tidak akan diangkat martabatnya. Tetapi, apabila manusia melakukan hanya SATU KESILAPAN, akan menjadi buah mulut org lain utk selama-lamanya…. Renung-renungkanlah dlm diri kita sendiri… 🙂