Kasih Rafidah Ke Hujung Nyawa : Tragedi Korban Ibu

Assalamualaikum wbt….

Selamat pagi kpd kwn2…. Aku amat tersentuh hati apabila membaca Kosmo mengenai tragedi korban Ibu😦 Ingin meleh jua air mata aku apabila membaca artikel ini. Demi kasih & sayang kpd anak2, arwah sanggup mati terbakar (sprt nian yg membakar diri) utk menyelamatkan ketiga-tiga org anaknya. Artikel demikian sprt berikut :-

ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta.

Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.

Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.

Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.

Api menyambar tubuh

Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.

Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.

Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya. (….. ikuti bacaan selanjutnya ……)

Sumber : Kosmo Online

 

Sedih kan???? Terlalu muda arwah usianya & Allah telah menjemput pulang kepangkuanNYA😦 Kesian pd anak2 arwah yg masih terlalu kecil. Sedangkan aku yg dah besar pjg ni pun hingga ke saat ini masih terkenangkan arwah emak & menangis di dlm hati seorg diri. Sedangkan anak2 yg masih kecil tidak tahu apa2, apakah agaknya yg terbuku di hati mereka.

Teringat kpd lirik lagu Dato Sharifah Aini … “Kasihnya Ibu”. Baitnya begitu ringkas tetapi liriknya penuh dgn pengertian yg mendalam………

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

 

p/s : Pd hari Jumaat yg hening ini, hati amat sayu mengenangkan kembali saat2 indah bersama arwah emak! Rindu yg menusuk di kalbu amat memeritkan. Tumpahan mutiara di mata ingin terurai, namun dek secebis kekuatan yg ada, ku tahankan hati. Emak…… damailah arwah di sana (kisah pd malam Jumaat)