Ilustri & Gambar Bak Irama & Lagu

As Salam kpd rakan sekalian🙂

Alhamdulilah, masih lagi aku ditemani kamu utk meneruskan bait2 dlm blog ini. Cewah……… ayat menjiwang pulak yer! Harini aku nak berkongsi beberapa contoh gambar berilustri dgn kwn2. Entry harini pun berkaitan dgn entry aku mengenai kita memilih utk berfikiran positif @ negatif dlm kehidupan seharian. Diharapkan, perkongsian cerita harini dpt memberi manfaat utk kita bersama🙂

Mari kita teliti gambar2 di bawah & apakah yg kwn2 nmpk ye?😉

Pasu @pun dua wajah yg saling melihat di antara satu sama lain?

Wanita muda @pun wanita tua?

Pemandangan di pantai @pun janin / baby?

Lelaki tua yg merenung ke sisi kiri @pun lelaki muda sedang menunggang kuda @pun orang yg sedang tidur sambil berselimut?

Pokok @pun beberapa gambaran wajah manusia?

 

Apakah pilihan kwn2? Sebenarnya post ini bukanlah utk bercerita kosong @pun ada jwpn betul & salah. Ilustri ini sbnrnya menceritakan ttg aspek penyelesaian masalah dlm kehidupan kita seharian. Sama sprt tajuk entry iaitu Ilustri & Gambar Bak Irama & Lagu persis Setiap Masalah Dlm Kehidupan Akan Ada Jln Penyelesaiannya.

Melalui setiap ilustri tersebut menjelaskan ttg persepsi (kita melihat sesuatu keadaan melalui pandangan yg berbeza) yg dirangkum menjadi pengalaman (setiap perkara yg tlh berlaku dlm diri manusia punya intipati cerita berbeza) & sekaligus interpretasi (cara kita mengubah diri / keadaan mengikut citarasa & pandangan sendiri).

Sama juga sprt kita melihat masalah kita sbg manusia di muka bumi ini. Cara kita cuba menyelesaikan mslh tersebut mengikut cara sendiri. Aku ingin mengulas mengenai dugaan / cabaran / masalah yg dihadapi setiap diri insan adalah berbeza. Namun, kebanyakan dari kita cuba menyelesaikannya tanpa berfikir pjg! Rata-rata mengambil jalan mudah dgn melihat sesuatu mslh adalah musibah / ketentuan Tuhan. Kemudian, terus pasrah…. Akhirnya, kecundang sendiri. Bila lihat org lain ketawa berdekah-dekah kamu pulak yg meraung dlm hati. Mengapa kita tidak berusaha utk menjadi lbh baik dari semalam? Mengapa perlu dibiarkan hati dibawa alunan buluh perindu yg negatif?

Mengapa kita tidak meletakkan penyelesaian mslh kita mengikut sudut yg besar? Kita bukakan minda kita seluas-luasnya. Kita terima apa jua kritikan @pun kesalahan dgn hati yg terbuka. Jika ada org lain yg datang bercerita, kita cuma mendengar & “senyum…. tanpa berkata apa-apa”. Contohnya apabila terjadinya mslh, mungkin kamu boleh menggunakan beberapa perkara :-

1) Keluar dari kepompong kemarahan (mslh bermula dari amarah yg ada dlm hati) & cuba mencari tmpt yg boleh kamu bersendiri dahulu

2) Cari bahan2 ilmiah @pun main game @pun search internet utk menghiburkan hati dahulu

3) Apabila hati rasa tenang, mungkin boleh kita cuba berfikir dahulu di manakah mulanya kesilapan tersebut (dgn hati yg tenang barulah kita dpt fikir +ve bukannya bila ada mslh kita sewenang-wenangnya naik angin, ckp bukan2…. helo, itu bukan org dewasa yg matang ok!)

4) Cari alternatif (sekurang-kurangnya 3 cara) utk menyelesaikan perkara tersebut

5) Jika memerlukan khidmat nasihat, cari kaunselor / ibubapa / adik-beradik / rakan2 yg dipercayai (tak mahulah cari rakan yg sama2 marah kemudian mencaci org lain tanpa menyelidik peristiwa tersebut ~ sikap yg tidak bagus ok!)

6) Bagi beragama Islam, mungkin kita boleh membca Al-Quran @pun solat hajat utk diberikan petunjuk

 

Mcm mana? setiap perilaku yg dilahirkan oleh kita, adalah bermula dari pemikiran yg sihat. Barulah harmoni hati, perasaan & tingkahlaku bukan? Barulah kita boleh belajar / bekerja dgn profesional. Sprt Firman-Nya disebutkan, Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 45).

Ujian membuktikan kekuatan manusia dalam berhadapan dengan keadaan tersebut. Malah tingkat ujian berbeza menurut kemampuan seseorang.

Ujian hadir dalam pelbagai bentuk, kehendak hati terhadap sesuatu yang dilarang, konflik antara individu yang akrab dalam keluarga, halangan-halangan dakwah, penderitaan, kemiskinan dan kekayaan, kejadian-kejadian di luar jangkauan kecil mahupun besar adalah antara ujian yang sering dihadapi.

:-D  Semoga kita dpt memupuk jiwa yg sihat & seterusnya melahirkan kognitif yg cemerlang……😉 Fikir-fikirkanlah & Selamat maju jaya sesama kita…

 

Cara-cara membina kognitif yg sihat