Selamat Hari Bapa utk AYAH!
Hatimu…
Tersimpan sejuta Kata-kata
Tak terluah oleh Suara
Tak tertulis oleh Madah
Kerna…. kau bernama AYAH
Hatimu…
dan Hatiku…
Tak mungkin bersatu
Namun… Punya persamaan
Yg tak bisa diungkap oleh cerita
Tak bisa dicerita di hujung pena
Tapi di pena jua terungkai kasih
Kerna kau bernama… AYAH
Tidak ku ketahui dlm hatimu
Tidak ku fahami di benakmu
Tidak ku tahu jiwamu
Namun ku lihat dirimu
Ku lihat kesengsaraanmu
Ku lihat kudratmu
Demi kebahagiaan kita bersama
Usahamu menuju kehidupan abadi
Kerna kau bernama… AYAH
Nuranimu punya cinta tersendiri
Dirimu punya kasih setia
Walau kadangkala goyah dek masa
Namun kau teguh berdiri tidak mengalah
Kau sediakan perisai menegak kebahagiaan
Kerna kaulah yang bernama AYAH!!!!!!!
Nota Kaki : Selamat Hari Bapa kpd ayah, Othman Bin Ibrahim. Along tahu ayah sunyi meniti kehidupan sendiri kini. Tp, ayah sembunyikan apa yg ada dlm hati utk kami semua. Hanya doa yg dpt dipanjatkan agar ayah sentiasa dilindungi Allah & dipangkan usia utk kami terus berkhidmat utk ayah. 😉
Utk suami tersayang, Selamat Hari Papa!!! (wakil Danish ye ;)) Semoga abg beroleh kesenangan, kebahagiaan & kejayaan yg berlimpat ganda. I Love You Always dear ♥ Mmmmuuuuaaaahhhh!!!!!!!!! 😳 ♥
selamat hari bapa buat bapa TE dan semua yg bergelar bapa, anda umpama pemburu yg sibuk memikirkan hasil buruan untuk santapan sekeluarga
@TE : Terima Kasih TE sudi menjadi tukang komen pertama utk entry pertama ini 🙂
TE jadi tukang komen..ingtakan jadi burung tukang tadi heeee
@suri : ada aje nak mengusik org ek suri 😀
selamat hari bapa utk semua bapa, ayah, abah, abi…tak kira apa jua panggilan utk seorang bapa, mereka insan yg paling kami sayang….terima kasih abah!
@hafizmd : Selamat Hari Bapa utk hafizmd juga 😀
Selamat Hari bapa kepada bapa-bapa sekalian. 🙂
bEe sambut kat mana hari bapa?
@SBC : 😉
selamat hari ayah heee..
bahagian ada yg mengingatinya heeee
@suri : Terima Kasih. Selamat Hari Bapa utk suami suri juga 😉
moga ayahndanya sihat sllu..
moga ceria samping suami yg tercinta
@suri : 😀 terima kasih
Selamat Hari Bapa untuk semua yang memegang tanggunjawab sebagai bapa.
Kasih sayang mereka jarang diungkap dengan kata-kata, tapi kasih sayang itu akan selalu dirasai..
@Siti Nurhayati Dollah : Terima Kasih 😉 Baru nmpk cik gigi arnab 😀
oik adik beradik la kite nie bEe he he.. Bapa kawe pon Othman dan anak buah kawe pon namanya Danish.. he he…
Selamat Hari Bapa kepada dua-dua en othman, suami bEe dan diri kawe sendiri 😀
@Ismail N : Owwhhh yeker???? Tak sangka kita sama tp tak serupa ek 😛
Selamat Hari Bapa utk bro jugak ye 😉
eh,
tak ada nak ucap selamat hari bapa untuk saya juga ke
huhu
@tehr : Selamat Menyambut Hari Bapa utk cikgu teh juga… Semoga pjg umur & dimurahkan rezeki selalu… 🙂
Selamat hari bapa buat mereka yang bergelar seorang ayah.. 🙂
@Bro Ery : 🙂 Semoga bro juga bakal menjadi seorg bapa yg cemerlang… InsyaAllah 🙂
Selamat hari bapa kepada semua insan yang bergelar bapa, ayah, abah
@afzal laidin : Tak kira apa jua nama panggilan, BAPA tetap menjadi tunggak keluarga 😉
selamat hari bapa kepada akak bee, KA kini dgn ibu sahaja… ayah dah pergi tnggalkan kami sekeluarga 5 bulan yang lepas..
terigt masa dia ada, anak2 rapat dgn dia kini tak ada lagi Allah lebih sayangkan dia dari kami…
hargailah selagi mereka di depan mata
@Kamarul Azri : Yeke??? Kita mengalami nasib yg sama KA. bEe pun baru shj kehilangan arwah emak 😥 Sememangnya Allah lbh sygkan mereka
Kita sbg anak, perlulah mendoakan kesejahteraan utk arwah di sana. Sabar ya 😉
selamat hari bapa buat semua bapa2 di malaysia.. =)
chii suka dengar lagu ..sentuhan mu
@chii : 😀
Abah.. sy sgt sygkan abah.
Kerana abah lah nzm berjaya dlm hidup.
Selamat Hari Bapa, abah…
Sory bee terluah kt sini pulaks. ahaks..
Erk.. nzm tak reti nk berpuisi lgsung sebenarnya 😉
@nizamghazi : Alhamdulilah…. sejuk hati abah nizam bila dgr nizam sendiri buat ucapan begini 😉 Nnt, dah kahwin & ada anak cubalah jadi yg TERBAIK utk mereka 🙂
Sebenarnya tak tahu pun hari ni (eh bila sebenarnya) Hari Bapa ni? Apa-apa pun selamat Hari Bapa kepada semua Lelaki yang juga bapa kepada pembaca blog ini.
pst : apasal lepas mmuuahh tu ada emotion sedih
@mekar : Kak, tu emoticon malu + sedih 😉
selamat hari ayah buat semua yang masih ada ayah… yang dah tiada .. doaku ada disisiku
@zik : 😉
selamat hari bapa buat semua bapa di dunia!. hehehe
@Hisyam : Tak lama Hisyam pulak akan menjadi bapa kan! 🙂
Saya antara yang beruntung kerana mempunyai bapa berbanding bapa saya sendiri kerana datuk saya meninggal ketika beliau berumur 7 tahun. Kehidupan bapa saya sangat susah kerana berdikari pada usia muda dan beliau berjaya mencapai impian beliau dengan titik peluh sendiri.
Setiap kali melihat wajah anak-anak, saya sudah bertekad tidak mahu mereka susah dan saya merasakan ia adalah perasaan sama ketika bapa saya melihat wajah saya ketika kecil dahulu. Selamat Hari Bapa.
@akubiomed : Dari cerita bro, mmg nmpk kecekalan dlm hati bro… Susah2 dahulu senang2 kemudian. Allah memberi setiap ujian krn Allah syg hambaNYA 😉 Kita sama tap tak serupa bro…. 🙂
Walaupon dah 2 thon abah pergi menyambut ilahi ttapy abah maseh ad dalam haty kami…kmy slalu merindui kenangan pahit/manis semuanya atas pengorbanan abah yang tak terhingga…kmy semua merindui abah..Abah!!damailah mu disana.Abah!!amanlah mu di sanaaa..Selamat Hari Bapa…Adik saaaaaaaaaaaaaayang abah