LU LANGSI LU MATI!

Selamat pagi kpd semua 😀

Semoga sihat & ceria utk hari ini kpd kawan2 yer 😉 Kwn2 dah tgk tak cerita KONGSI??? Amcam dgn rating? 5star, 4star atau berapa star??? Harini, bEe bukan nak berkongsi mengenai cerita Kongsi, tp hanya ingin bercerita mengenai ALONG! 😉

Lebih kurang beberapa hari yg lepas otw ke office bEe & husband mendengar radio ERA feveret kami. Ianya mengenai PakNil yg tlh berjaya menyelamatkan seorg lelaki dari membunuh diri krn tertekan akibat hutang  dgn ALONG. Kebetulan bEe melawat blog bro dnoBiz, so bEe mcm teruja nak berkongsi kisah mengenai ALONG.

Mengapa perlu pinjam ALONG???

1) Terdesak yg teramat mungkin akibat tiada pilihan lagi

2) Pinjaman secara sah melalui bank2 tertentu tidak diluluskan

3) Perlu melunaskan hutang2 lain 

4) Tidak mendapat bantuan kewangan dari orang lain

5) Tiada duit simpanan

Sbnrnya, kesian juga dgn org2 yg meminjam  dgn Along ni kan?. Demi kerana kesempitan hidup kadangkala mendorong individu bertindak pantas tanpa sempat berfikir secara wajar. Tetapi, bila dah pinjam dgn Along ni… faham2 ajelah. Mcm2 perkara dukacita akan berlaku dlm kehidupan.

Sprt dlm perbualan telefon antara PakNil & org tersebut, lelaki itu menyatakan yg dia terpaksa meminjam dgn Along akibat memerlukan duit segera. Proses semasa membuat pinjaman dgn Along agak mudah. Hanya salinan kad pengenalan & salinan slip gaji shj mereka akan ambil. Tapi yg peliknya, lelaki itu menyatakan tiada sebarang surat hitam & putih yg perlu ditandatangani oleh mereka. Syaratnya, lelaki itu perlu menunjukkan arah rumah dia shj.

Pelik kan??? Tp, itulah kebenaran yg perlu sama2 kita terima. Walau pihak berita tlh mewar2kan mengenai kekejaman Along & pihak berkuasa telah cuba memantau, namun kegiatan haram ini masih berleluasa bukan?. Mari kita sama2 melihat gambar2 mengenai kegiatan & kekejaman Along yg bEe dpt dari internet 🙂

Along pun ada pinjaman secara Islamik??? Pelik tapi benar (Sumber : MrGoogle)


Salah satu kekejaman oleh Along (Sumber : MrGoogle)

Ini juga salah satu kekejaman Along (Sumber : MrGoogle)

Kekejaman Along lagi (Sumber : MrGoole)

 

Apakah tanggapan kawan2 mengenai perkara ini? Adakah perkara ini perlu sentiasa dipantau pihak berkuasa? Atau kesedaran sendiri tu perlu ada ye?. Mungkin ada jalan yg lebih baik sebelum mengambil langkah terakhir meminjam dgn Along. Berfikir & Bertindak sebelum Terlambat……. 😎

 

Nota Kaki : Semoga bEe & keluarga dijauhkan dari perkara begini….