Mencari NIRWANA dlm diri

Assalamualaikum wbt & Selamat sejahtera kpd kwn2….:mrgreen:

Mcm dah lama pulak rasa tak update blog ni kan kan kan!!!! bEe agak kesibukan utk menyiapkan sedikit kerja yg tertangguh. Yelah, dah makan gaji perlulah menyiapkan keje dgn sebaiknya. Apatah lagi KRA tak lama perlu diisi jadinya, SATU KEWAJIPAN utk menyiapkan keje & mencapai apa yg diiginkan😉

Kelangsungan bercerita mengenai utk mencapai apa yg diinginkan, bEe ingin bercerita mengenai NIRWANA DIRI. Tahukah kwn2 siapa dia ABRAHAM MASLOW??? Beliau merupakan seorang pakar motivasi & beliaulah yg memperkenalkan Teori Motivasi Maslow (boleh link kpd http://en.wikipedia.org/wiki/Abraham_Maslow). Motivasi ini menjelaskan mengenai keperluan2 fisiologi manusia perlulah dipenuhi dari peringat plg rendah sehingga tertinggi.  

 

TEORI ABRAHAM MASLOW

(penerangan selanjutnya : http://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.html)

 

1)      Peringat plg bawah : Keperluan Fisiologi (Basic needs or Physiological needs)

2)      Peringkat kedua : Keperluan Keselamatan (Safety Needs: Security, Order, and Stability)

3)      Peringkat ketiga : Keperluan Kasih Sayang (Love and Belonging)

4)      Peringkat keempat : Keperluan Penghargaan Kendiri / Estim Diri (Esteem)

5)      Peringkat tertinggi : Keperluan Penyempurnaan Kendiri / Nirwana Diri (Need for Self-actualization)

Sumber : MrGoogle

 

Apa yg bEe nak kongsikan harini mengenai mencari NIRWANA dlm kehidupan sendiri. bEe ni dulu, 3 thn study mengenai teori2 kemanusiaan (sosial & psikologi) kemudian apabila sambung degree, bEe major dlm psikologi. Lbh kurang dah boleh jadi doktor lah juga kankankan :-P Dulu, bEe study mengenai kejadian manusia bermula dari dlm kandungan (sel otak mula terbentuk & membesar menjadi neuron & bercambah menjadi pelbagai fungi) sehingga matinya (masuk kubur lah) seorg manusia tu. Agak menarik tp mencabar utk membuat kajian sbnrnya ;) Memandangkan di Msia ni, pekerjaan mengenai bidang pakar psikologi belum lagi meluas, maka bEe pendamkan ajelah kehendak diri utk menjadi pakar psikologi (sebenarnya dah tak larat nak sambung study sampai kedoktoran :-P)

Okey, berbalik kpd mencari NIRWANA dlm kehidupan…… Utk mencapai kehidupan yg cemerlang sebenarnya, memerlukan minda & fizikal yg sihat. Sprt cerita2 motivasi bEe sebelum ni, utk menjadi org berjaya perlulah punya pemikiran yg +ve dahulu & baru kita dpt membentuk pemikiran yg +ve kpd apa jua yg ada di sekeliling kita & perkara yg berlaku kpd diri kita.

Mengikut kajian bEe dahulu, org Msia ramai yg tidak memenuhi keperluan peringkat ke-3 iaitu Keperluan Kasih Sayang (kajian berpandukan pengkaji terdahulu). Ramai yg salah anggap (dari kaji soal selidik bEe kpd lbh kurang 300 org pekerja) apabila telah berumahtangga kasih sayang itu telahpun mencukupi. Sedangkan peringkat kasih syg ni, bkn hanya pd suami isteri / pasangan tetapi kpd sahabat handai, ibubapa, adik beradik, jiran tetangga termasuk haiwan peliharaan & tumbuh-tumbuhan.

Cuba kita lihat diri sendiri, Adakah kita sayangkan haiwan peliharaan kita? Kalau sayang, adakah kita bagi haiwan peliharaan makan & minum? Adakah kita sayang kpd adik-beradik? Kalau sayang, menagapa ada pergaduhan sehingga bermasam muka dgn adik-beradik? Adakah kita disukai oleh kwn2 kita? Ataupun mungkin kita disukai tapi ada kritikan berbaur tidak puas hati?? Mesti adakan? Sbnrnya, tiada teori yg boleh menguatkan fakta mengapa wujudnya situasi sprt tadi. Perasaan demikian adalah lumrah dlm kehidupan krn kita sendiri yg mahu mewujudkan perasaan demikian.

 

Ketahuilah!!! Di dalam ada seketul daging, apabila daging itu baik, baiklah badan dan apabila rosak daging itu, rosaklah badan, demi sesungguhnya itulah dia hati (jiwa) demikianlah sabda junjungan kita

 

Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘ Tiada dihalalkan darah seorang Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri dari jemaah

 

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya 

 

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri 

 

Setiap hari bEe akan bertanya pd diri sendiri… Adakah apa yg bEe lakukan utk hari ini memuaskan hati setiap makhluk di muka bumi ini. bEe juga seringkalicubamembuat TERBAIK utk pekerjaan bEe, kehidupan sendiri & kehidupan bersama-sama keluarga bEe, Namun, bEe masih ada perasaan dlm diri yg masih kabur & masih tidak puas hati. Setlah bEe amati adalah mengenai kehendak dalaman bEe sendiri mengenai kasih sayang utk diri sendiri.

Kita tak bisa utk memuaskan hati manusia sekeliling kita walau kita buat yg TERBAIK segalanya. Makanya, bEe cuba kaedah menyayangi diri bEe sendiri. bEe buat listing dlm diri bEe mengenai :-

 

1)      Apakah yg bEe mahukan dlm kehidupan akan datang?

2)      Apakah yg bEe perlukan utk kehidupan seharian?

3)      Adakah bEe seorg yg cemerlang jasmaniah & rohaniah diri?

 

Melalui persoalan2 ini, bEe dpt mencari jawapan sendiri mengenai kasih sayang yg bEe inginkan….. Pd awalnya, agak sukar utk membuat keputusan mengenai kehidupan tapi, kita perlu keputusan itu utk kehidupan yg abadi.

 

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : ” Nasihatilah kepadaku ! ” Dijawab oleh Nabi SAW : ” Jangan marah! ” Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : ” Jangan marah! 

 

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya

  

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : ” Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya

 

Oleh itu, ikhlaskanlah hati kita yg satu utk kita mencapai NIRWANA dlm diri kita. Mungkin dgn menjadi tangan yg memberi adalah lebih baik dari yg menerima J InsyaAllah, hati akan menjadi bersih apabila kita bersedekah……… bEe sendiri mengalaminya walau kdg2 kita rasa kita susah. Allah telah menetapkan setiap pintu rezeki kpd hambaNYA yg sentiasa meminta kpdNYA😉

Ayuh kwn2, kita sama2 mencari Nirwana dlm diri kita……. Tidak susah pun kan kan kan!!!!!

~ Wallahualam