Semakin Hampir…

As Salam,

Beberapa minggu yg lepas, jenjalan ke umah abg ipar bEe & hubby sempat menuju ke Bandar Saujana Putra dekat aje dgn Putra Heights (mak aih, tp kena tol 90sen tau!). Tujuan kami ke sana utk melihat progress Rumahku Syurgaku. Alhamdulilah, setakat ni kelihatan hampir siap. Jangkaan thn depan bulan Mac. Bila melihat progress yg ada, rasanya akan awal siap kot (alamak, mcm mana  nak dapat dapur idaman ni :-P). Di samping meninjau2, sempatlah juga bEe minta husband snap 2 keping gambar utk tontonan bersama😉

Atap dahpun naik & bEe lihat taman di bhgn depan nak masuk ke kaw perumahan di area sini pun sedang dibuat. Sama juga dgn pondok pengawal utk kaw rumah ni (dah nak siap). Sekejap aje masa berlalu… Di kaw perumahan tmpt bEe ni akan ada tmpt bulatan utk kete keluar masuk. Lagipun, di bhgn depan (pemisah adalah bulatan & taman) kaw rumah ada perumahan utk Semi D setingkat.

InsyaAllah, inilah dia bakal rumah bEe😉 Okey tak???? 

 

Masa berlalu begitu pantas. Semasa rumah ni ditempah, bEe serahkan bulat2 kpd hubby kesayangan utk pilih lokasi & persekitaran rumah. bEe tak kisah utk beli rumah atas org ataupun yg baru. Memandangkan kami sama2 merasakan lbh baik menempah umah & tapak, maka bolehlah kami sama2 mengumpul duit. Sesiapa yg pnh membeli rumah akan tahu susah & payahnya utk mencari pihak bank dll. Bukan senang sbnrnya. Nasib baik lah bEe ni bekerja melibatkan kaitan hartanah, maka bEe tahu juga selok belok mengenai MRTA, interest, & pilihan bank TERbaik… Turun naik ke tmpt developer + bank utk sign aggreement mmg proses yg agak rumit. Alhamduliah, segalanya berbaloi😉 Opsss… kpd kwn2 blogger bEe, mohon kemaafan sgt2 sbb tak dpt nak kejar anda setakat ni. bEe akan cuba mengejar anda okey😉

 

Nota Kaki : Semakin Hampir…… Semakin hati dirembat kesedihan. Apabila teringat bilik bawah, bEe teringat kpd arwah emak. Hajat yg tak kesampaian nak jaga arwah emak, bawa arwah emak tinggal bersama-sama😥 Bilik bawah bEe nak khaskan utk arwah emak……😦