Dalam Hati Ada Gundah

Assalamualaikum wbt😉

Selamat & selamat utk kwn2. Rasanya mcm dah lama bEe menyepi seketika. bEe agak busy kekwat dgn diari kehidupan seketika. Tak menyinggah ke blog kwn2 mahupun membalas setiap komen yg diberikan. Maaflah🙂 ye…….

Harini post sedih + dlm hati ada taman + risau + blur.com.my😥 FYI kat office bEe ni ada ibu2 yg sedang mengandung lately. Ada yg sama2 mengandung & melahirkan saing dgn bEe dahulu dahpun ada yg kedua. Biasalah bila masing2 dah bertambah & bertambah …………………….. diri bEe tak terkecuali akan ditempelak dgn soalan bila nak menambah yer???😈 Takde soalan lain ker????😛

Buhsan geram jugak dgn pertanyaan demi pertanyaan. bEe cuma mampu ckp inyaAllah kalau ada rezeki nnt adalah padahal dlm hati geram giler 😛 Bukan bEe & suami tak berbincang mengenai pertambahan keluarga, mmg ada cuma bEe shj yg belum bersedia. Kematian arwah emak belum lagi sampai sethn dlm hati masih sedih jadi bEe masih lagi gundah gulana… Memikir kalau bersalin lagi, sape nak jaga kita… Mmg ada ibu mertua, tp….. tak mungkin kot!

Lagi2 bEe tgk kwn2 yg mengandung kali kedua ni pulak ada mcm2 problem masa mereka 1st peknen takde prob… Bleeding lah, mood tak menentu itu biasa dan bla bla bla… bEe jadi seriau takut pulak nak mengandung. Bila hubby tanye bila lagi kita nak menambah ek ayang?, bEe cuma diam seribu bahasa… Melalui cerita lama menyebabkan bEe berfikir & berfikir sbnrnya. Masa 1st preggy bEe dah teruk kompilasi, kalau yg kedua ntah ntah mahu bEe lagi teruk! Itulah yg bEe fikirkan sehingga kini.

Mengandung adalah saat plg indah utk semua wanita. Jika wanita yg taknak mengandung tu, maka akan terlepaslah pengalaman tersebut & tak lengkaplah hidup wanita itu. Bagi bEe pulak, apabila bEe dah nak terberanak masa seawal kandungan 6bln, menyebabkan bEe trauma masih terasa kesakitan hingga hari ini. Dulu kalau ada arwah emak, bolehlah mengadu sakit ke apa ke. Akan datang ni, dah tak tahu nak luah kat sape… Pendam aje kot silap haribulan jadi meroyan😆

Terdpt tiga trimester yg perlu dihadapi oleh ibu-ibu mengandung. Dari trimester pertama pun bEe dah teruk muntah2 & gatal2 seluruh badan & jerawat penuh satu muka menyebabkan sampai skang bila ada jek simptom tu buat bEe dah kaget dong! Trimester kedua bEe rehat sekejap masuk trimester kedua akhir, bEe dah start muntah2 balik. Adoiiiii…. nafsu mkn tinggi & apa yg dimakan muntah semula pun byk juga😦

Sumber : Mr.Google

Ada juga yg bercakap bila mengandung jgn ngada2… & bEe akui ketika mengandung takleh lah nak tunjuk belang ngade2 sgt. Lagi2 bEe ni bekerja dgn org. Nnt org tak suka kita… bEe pun memahami situasi org yg mengandung, tp jgnlah pulak terlalu mengambil kesempatan walau mengandung ye tak!!!! Setiap apa yg keluar dari mulut manusia, tak mampu utk menghalang. Senyum ajelah…. Nnt bila kita menjawab balik, org kata kita tak sportinglah! Nak emo lah!!! Hurrmm, mulut manusia takleh nak larang cuma, bEe nak mengingatkan… jagalah mulut. Kerana pulut santan binasa & kerana mulut badan binasa…

Masa memula mengandung byk bEe cuba cari info. Yelah, pertama kali mengandung so mcm2 kena lalui. Hanya Allah tmpt mengadu & nak mengadu kat org tak mungkin kot… Org tak suka & itu yg bEe sentiasa pahatkan dlm ingatan… Salah satu perkara yg bEe selalu nak ambil tahu pas memula tahu mengandung, ialah mcm mana baby janin tu boleh terbentuk. Ha, dari gambar di bwh ni mungkin kwn2 boleh tahu sedikit info kot😉

Sumber Mr.Google

Mungkin website di bwh boleh membantu kwn2 utk mengetahui info mengenai preganancy dll. Kpd yg muda lagi tak kahwin mungkin leh bace aje kot. Mana tahu tetiba dah TERkahwin ker😛

http://www.medicinenet.com

http://www.babycenter.com

http://www.thebump.com

http://www.babycenter.com.my/malay

http://ratuhati.com

http://www.ibumengandung.net

http://www.infoibu.com

Dahulu, peneman setia bEe ialah babycenter (english)… hehehe🙂 Seronok bila baca perkembangan baby yg dikandung setiap hari…😉

Hurrmm… Dalam hati ada gundah… Gundah yg tak tahu bila akan berakhir. Semua perasaan ada. Trauma lama masih menghantui. Nasib baik anak pertama anak lelaki so cukup Faraid buat seketika😛 hehehe.

Nota kaki : Menyampah dgn org yg hipokrit… Geram dgn org yg pentingkan diri sendiri & mengabaikan t/jwb. Dah tahu itu dah kerja kamu, tp nak ngade2 pulak! Boowek!!!😛