Satu Hari di Hari Raya

 

1990

“Kak Long, simpanlah kasut raya dgn handbag! Nnt rosak esok Raya dah tak cantik” kata emak

“Mak, cantilah kasut tinggi ni! Along suke sgt” Aku berkata dgn nada gembira krn dpt kasut tinggi lbh kurang 2 inci (time ni umo baru 8thn tp dah berangan nak pakai kasut tinggi)

Ayah & emak sanggup naik motor pergi ke pekan utk membelikan kasut tinggi lbh kurang 2 inci warna hitam utk bEe, warna biru gelap utk Angah & warna putih utk Uda… (Kami 3 beradik perempuan teratas so kenalah beli sama jek). Masa dpt jek kasut yg menjadi idaman, kasut plus kotak kasut dibawa tido sekali. Bygkan, takleh lelap mata sbb nak pakai kasut raya digayakan dgn handbag yg arwah nenek belikan dari Mekah!😉

1993 / 1994

“Kak Long, cepat tolong ayah angkat kayu api kat belakang tu!. Mak nak masak rendang dgn kari ayam ni…” Teriak emak dari dapur.

“Knp pulak kena tolong ayah. Bukan raya lusa ke mak?” Aku protes krn sisa kepenatan pulang dari sekolah agama masih ada (kan tgh berpuasa, tetiba kena suruh angkat kayu api – aku pulak berhangen)

“Ada pengumuman kat radio tadi Raya esok sbb kiraan Falak!. Dah, ko jgn nak malas. Pergi tolong ayah tu cepat!!!! Kesian ayah tu……” Teriak emak lagi

bEe pun keluar dari umah dgn muka masam sambil hentak kaki. TERpaksa juga buat sbb kitakan anak sulung nak ke taknak ke kena juga buat. Nnt kena bantai dgn tmpt gelek kuih kat bontot! Sakit tu….😛

2001

“Mak, ajar Along buat kuih suji Arab ek mak! Pasni kalau Along dah terror mak takyah buat lagi. Biar Along je buat eh?” Usulku kpd emak

“Ha… buat skit je dulu. Amik 100g gula hancur, 100g mentega, 100g tepung gandum dgn 100g kacang. Ko kena goreng dylu kacang tanah sebelum hancurkan. Pastu amik 2biji telur kuning aje!” Perintah emak

“Mcm mana nak asingkan telur kuning dgn putih ni mak?” Aku bertanya lagi sbb aku tak pnh buat kuih sebelum itu

“Pecahkan telur atas tapak tangan kanan. Pastu biarkan yg putih tu keluar dari celah2 tgn. Yg kuning masukkan dlm mangkuk kecik. Kuning telur tu utk diletak kat atas biskut nnt utk lekatkan dgn coklat urai” Emak memberi penerangan dgn pjg lebar

Mula2 buat kuih kacang ada hitam skit jadinya -bila kuih dibuat & dibakar hasilnya ada rasa hanget😛 Lama2 akhirnya, bEe berjaya membuatnya. Sehingga dah kahwin pun, bEe still buat lagi kuih ni sbb resepi plg mudah.my😀 Semenjak arwah emak tahu bEe pandai buat kuih + kek, arwah emak dah tak sibuk lagi utk buat kuih muih😉

2003

“Mak, thn ni Along nak hadiahkan mak gelang tangan emak! Mak nak tak?” Tanya aku pd emak pd satu petang

“Ko ni biar betul Along! Mana ko dpt duit ni?” Tanya emak

“Mak ni, kan Along keje kilang dekat 4bln sementara tunggu sambung Degree. Penat tau Along buat OT semata2 nak dapatkan duit. Emak taknak ke?” Aku sprt merajuk dgn emak

“Ooohh, duit gaji ko tu simpanlah Along. Sbb nak sambung Degree tu byk nak kena byr. Kalau ko nak juga bagi mak, bagi aje separuh. Nnt mak bagi dua duit tu nak bagi pd Mak Andak ko. Kesian dia takde baju raya…..” Emak berkata-kata sambil menyudahkan jahitan sembat pada baju kurung yg ditempah.

bEe hanya diam seribu bahasa… Hasrat nak belikan gelang tgn emas melalui gaji pertama berkecai sbb bEe tahu sgt dgn sikap emak. Kalau hitam katanya maknanya, hitamlah keputusannya. bEe hanya menghadiahkan emak dgn sepasang kain yg agak mahal jugalah! DAN…. duit sprt emak minta.

2006

“Along, ko ada duit gaji yg ko keje sambil belajar kan Along?” Emak bertanya dlm telefon

“Ada sikit2 mak… knp?” Soal aku

“Kesian ayah ko, sbb gaji tak masuk lagi. Emak tak larat nak amik upak jahit baju lagi lah Along! Mata mak sakit, kaki pun kebas2. Boleh pakai duit ko dulu beli baju adik2, dgn ayah ko tak? Mak punya tak payah pun takpe. Mak boleh jahit sikit2. InsyaAllah mlm raya boleh siap” Luah emak kpd aku

“Oh, boleh aje mak. Nnt Along keluarkan dari simpanan Along. Takpe mak, tak pyh susah jahir baju kalau tak sempat. Tahulah Along pergi jln TAR cari yg murah2” Aku menjawab panggilan emak

Masa ni, bEe agak sebak ketika berjalan di jln TAR sbb kesian pd emak yg penat membesarkan kami. Kami bukanlah semewah mana & bukanlah semiskin mana… Sbb itu bEe jarang keluar berlibur bersama-sama kwn2 sbb kena kumpul duit. Lagi2 masa ni tgh siiookkk bercintun dgn hasben, semangat nak kumpul duit utk kahwin lagi membuak2. Yelah, nak kahwin ala2 puteri raja! Nak harapkan duit ayah & emak, tak mungkinlah kan… So, kumpulkan sikit2🙂

2010

“Along, thn ni raya balik pas sembahyang kat Umbai ke?” Tanya emak dari dlm telefon

“InsyaAllah emak…. Tp nnt Along tanye Wan dulu kalau boleh giliran thn ni sembahyang kat Sg Rambai pulak ek. Knp mak?” Tanya aku pd emak

“Saje tanye… Sbb nak main dgn Danish. Dak Munirah pun ada juga. Gembiralah mak nnt Along. Mana tahu ni kali terakhir!” Kata emak lagi

bEe sprt tersentak dgn kata2 emak… DAN, thn ni bEe dpt memujuk husband utk sembahyang Raya di Sg Rambai. Selepas solat Subuh, bEe dah sampai di Sg Rambai. bEe terkejut tgk emak dah siap berpakaian raya & menunggu di hadapan umah. Semasa sessi bersalaman juga, emak lama memeluk bEe & sempat berbisik di telinga bEe agar bEe memaafkan setiap kesilapan emak sbb emak tak mampu nak membahagiakan bEe. bEe hanya diam 1000 bahasa😥 Thn ni juga, emak tak dpt berjalan sgt krn kaki telah mengecil sebelah. Namun, nmpk kegembiraan di muka emak

2011

Terdetik diriku tersungkur
Kau juang menyambut gagahan tanganku
Akanku abadikan pengorbanan cintamu padaku
Sentiasaku berdoa memanjatkan syukur

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh Tuhan damaikan hidup dan matinya

Oh terdetik tika kau terluka
Kau simpan tangisan di dalam hatimu
Maafkanlah semua kesilapan
Yang telah aku lakukan
Takkan ku persiakan segala harapan

Oh Tuhan tunjukkan padanya cintaku
Tempatkan dia di syurgaMu
Penuh dengan rahmatMu

Sungguh ku tak mampu membalas cintanya
Oh tuhan damaikan hidup dan matinya

:cry:  :-(  :cry: 😦

 

Nota Kaki : Cabaran Blogger | Satu Hari di Hari Raya dari Bro Ismail N telah pun disahut oleh bEe😉