Keranamu RM2…

Assalamualaikum kwn2😉

Harini nak berkongsi cerita mengenai amalan bersedekah🙂 Boleh??? bEe sedang BW dan terhenti di blog Juan mengenai pengalamannya : “Nak satu Bang!” so bEe pun ingin berkongsi kisah mengenai diri bEe sendiri🙂

kredit utk http://faizsolehan.wordpress.com/2011/04/04/sedekah-membawa-barakah/

 

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

 

“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

 

Ada dlm beberapa bulan dahulu, bEe amatlah tidak tenang plus berserabut tak pasti apa puncanya! Bila hati tak tenang + selalu gundah gulana, so bila silap sikit mcm mudah naik angin. Dgn kwn2 sepejabat pun bEe kurang bergaul. Hubby sayang bEe ada juga menegur, tp bEe tak tahu apa sebabnya…….

Hingga satu hari (waktu rehat), bEe keluar sebentar ke Jln TAR office kat area sini okey tp tiada hala tujuan😦 Sedang berjalan plus hati berkecamuk, ada seorg hamba Allah lagak sprt peminta sedekah dtg kat bEe minta duit. Memula bEe tak layan…. Tp yg pelik, walau bEe tak bagi apa2 dia tetap mengekori ke mana shj bEe pergi. bEe yg geram lalu menghulurkan RM2 pdnya. DAN…. bEe ternmpk air mukanya yg sgt berseri-seri. Walau org ramai lalu lalang bEe hanya terdiam & memandang wajah org tersebut. bEe terpegun dgn wajahnya yg sgt berseri-seri sprt baru dpt cabutan bertuah!

bEe mengekori setiap jejaknya hanya melalui mata bEe & tetiba dia hilang dari pandangan mata…. bEe mcm tersedar dari lamunan & rasa sayu. Tiba2 shj ada satu perasaan yg sgt tenang terpancar di hati bEe. Alhamdulilah….. inilah ketenangan yg bEe perlukan selama ni!

Semenjak peristiwa tersebut, bEe tanpa segan silu akan menghulurkan duit tak kiralah jumlah berapa kpd peminta sedekah. Kalau dulu dlm hati bEe selalu nyatakan “setakat peminta sedekah ni bkn leh percaya”…… Syukur kpd Allah krn keajaiban tu berlaku dlm keadaan secara tiba2. bEe bercerita bkn utk riak tp ingin menyampaikan ttg kekuasaan Allah. Walau bEe buat solat hajat & membca Al-Quran mohon diberi petunjuk ketika itu juga, kalau DIA kata bkn masanya maknanya kita takkan dpt. Allah lbh mengetahui segalanya ~ Wallahualam

 

“Jika menampakkan sedekah kamu, ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat” (Al Baqarah – 271).

“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103)

 

Nota kaki : Esok cuti ye ye ye ye!!!!!!!! Nak pi open house minggu ni🙂