Suntikan Semangat

As Salam rakan2🙂

Dah lama ruangan “MoTiVasi HiduP” tidak di update. Memandangkan harini bEe rasa mcm suam2 kuku apa kata kita sama2 menghayati mutiara kata yg bEe dpt dari hasil pembacaan bEe🙂 Mana tahu boleh menyuntik semangat kita bersama-sama kan!😉

Sekadar gambar hiasan

 

Keimanan menghapuskan keresahan dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahgli ibadah.

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi redha dan tekanan hidup akan terasa ringan.

Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.

Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api permusuhan, berdamailah dengan musuh dan perbanyaklah kawan.

Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.

Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

Say what you want to say when to have the time tomorrow maybe one day late. Our deepest regrets are words unsaid and things undone.

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Hadiah Terbaik : Kepada kawan – Kesetiaan; Kepada musuh – Kemaafan; Kepada ketua – Khidmat; Kepada yang muda – Contoh terbaik; Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan; Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan; Kepada manusia – Kebebasan

 

Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

 

 

Nota Kaki : Mencari sinar di sebalik rimbunan pohon yg masih belum berbuah…… Mungkin dgn pengorbanan yg mulia dan niat hati yg suci dapat memberi rezeki yg melimpah ruah.