Puting owh puting!

Semenjak dua menjak ni, bEe dah agak hangen dgn itu budak kecik! Makin besar mcm2 perangainya. Lately kalau merajuk dia suka baringkan badan dia atas lantai (tak kiralah di mana berada) kemudian akan tutup muka protes😛

Yg plg bEe geraaaammmmm sesangat bab puting susu budak kecik😈 Masa lbh kurang umur 6bln taknak le pulak si budak kecik main gigit-gigit. Mcm2 alat mainan khas utk sebarang gigitan plg mahal pun ada yg bEe belikan khas utk Danish. Taknaklah pulak dia menggigit. Bila dah penuh gigi (masa umur sethn Danish baru tumbuh gigi), barulah Danish nak main gigit-gigit pulak!

Inilah susu botol avent

 

bEe beri Danish guna brand AVENT. Alhamdulilah, walau mungkin sedikit mahal harganya tapi amat berbaloi botolnya🙂 Knp Danish tidak breastfeed mungkin kwn2 boleh bace story di 40 hari dalam sarang ;)

Semenjak Danish dah pandai main baling-baling botol kalau dlm kete pun kdg2 dia baling keluar tingkap botol tak pecah langsung! Hanya calar balar😉 Skang ni botol yg besar harga dah mencapai RM50 (dah naik harga). Manakala putingnya pulak kalau dulu harga RM22.90 (sebelum sale) hanya utk dua puting korang kiralah sendiri berapa harga satu puting Skang ni harga dah naik RM28.90 utk dua puting. Kalau satu bulan lbh kurang 4 puting cuba cer kira….. Aduhai… Pening kepalo den😛

 

Inilah rupa bentuk puting susu Avent

 

Puting Avent ni ada 3 jenis. Utk umur 0M+ tu cuma satu lubang khas utk bayi baru lahir hingga 3bln pun boleh (bergantung pd keadaan bayi yg dah boleh minum susu dgn jayanya). Masa Danish umur 4bulan bEe dah start bagi 1M+ yg ada dua lubang. Manakala bila Danish dah start pandai mkn pejal lbh kurang umur 8M+ (Danish lmbt tumbuh gigi), bEe pakaikan dia puting 6M+ yg ada empat lubang.

bEe ada juga men “try” beri Danish cawan botol. Dari semurah-murah brand kiko (RM5) sehingga plg mahal brand Nuby (yg kecil RM33) Danish takmo guna😦 Memula masa 6bln dia nak juga minum pastu terus dia baling aje cawan botol tu. Sob sob sob… sedey juga! Danish sprt telah set kat mind dia yg kalau minum susu kena pakai botol. Bila minum air masak pakai cawan…. Alahai…. Pnh sekali bEe cuba paksa Danish minum susu pakai cawan Avent tp bayangkan sejak pukul 12t/hari sampai 12t/mlm dia langsung takmo merajuk.

Inilah cawan botol yg penah dicuba

 

Inilah cawan botol Nuby yg bEe maksudkan😉

 

Uwwaaaaaa😥 Danish, nasib baik tau mama & papa ada rezeki lebih jadinya Danish patut bersyukur —–> pesan papa utk menyedapkan hati poket rabak😛

 

Nota Kaki : Mohon maaf kpd kwn2 http://mazaaida.blogspot.com/ (bro Maza); http://westernfood.yolasite.com/ (Norasikin); http://www.padinno.com/ (Padin); http://kongsibersamanora.blogspot.com/ (Nurmisnan) & http://yastro.blogspot.com/ (Yastro) krn bEe tak dpt nak BW ke blog anda krn internet maha kacau di ketika ini😦