Mati itu Pasti…

As Salam readers😉

Harini, rasanya bEe utk bercerita sedikit mengenai kehidupan & kematian. Betapa hidup ini terlalu singkat & mati itu tidak mengenali paras rupa, pangkat, darjat, harta mahupun usia… Setiap hari, bEe akan menerima kes yg melibatkan kematian (sudah 5thn pekerjaan bEe begini) & setiap hari jugalah bEe akan merasa pilu, sedih & luka krn melihat umur kematian ada yg terlalu muda serta ada yg terlalu tua.

Apabila melihat & memegang sijil kematian dari klien, hati menjadi sedikit robek. Apatah lagi apabila diri sendiri yg pnh memegang sijil kematian arwah emak😦 Arwah emak pergi tatkala usia 53thn. Sbb kematian krn sesak nafas… Walau arwah emak berjuang menempuhi penyakit kencing manis & darah tinggi, namun kuasa Allah tiada siapa dpt menghalang.

Disebabkan bEe sendiri bekerja dlm industri yg menuntut berkaitan harta pusaka, bEe sendiri yg menguruskan hal-hal berkaitan pertukaran nama arwah emak. Walau arwah emak baru shj meninggalkan kami sekeluarga tidak sampai seminggu, bEe tetap menguatkan hati melaksanakan hukum yg wajib agar roh emak tenang di SANA😥

Kemudian, utk awal thn ni… bEe dikejutkan oleh pemergian kwn baik bEe, arwah Nor Atasha… Bayangkan umur ketika itu baru 28thn….. Arwah tlh pergi dahulu. Kami bersahabat baik sejak di bangku sekolah. Kami berkongsi sudu, pinggan, cawan, katil, selimut dan segalanya bersama-sama! Namun, Allah lbh mengetahui segalanya jua…..

Utk semalam, bEe dikejutkan pula dgn kematian arwah kak Intan Huraini iaitu senior bEe di ARB ini. Arwah pergi dgn mengejut denggi berdarah tatkala umur 35thn… bEe baru shj bertemu arwah dua minggu lepas di tepi jalan. Sempat bEe bersembang dgn arwah yg ketika itu demam selsema. Arwah yg sentiasa manis dgn senyuman akan mengakhiri perbualan dgn “okey, take care…..”. Allah juga lbh mengetahui segalanya.

Dengan mengingati kematian maka kita akan lebih berwaspada dlm menghadapi liku-liku kehidupan. Kita akan sentiasa berusaha untuk menurut perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya dan meninggalkan segala larangannya kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita. Dengan mengingati kedatangan kematian ianya boleh menyebabkan kita teruja untuk membuat persiapan yang rapi untuk menghadapinya nanti.

Janganlah seseorang itu menginginkan mati kerana bala yang menimpanya, tetapi jika dia terpaksa menginginkan kematian maka hendaklah membaca (doa):

Ya Allah, lanjutkanlah hidup saya sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan segeralah matikan saya sekiranya mati itu lebih baik bagiku. – Hadis riwayat Imamal-Bukhari, no: 5671

 

Dari Ibnu ‘Umar dia berkata: Aku bersama Rasulullah s.a.w., lalu seorang lelaki Ansar datang kepada baginda kemudian mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w. lalu dia bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah di antara kaum mukminin yang paling utama?

 

Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.


 

Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

 

Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian di antara mereka, dan yang paling bagus persiapannya setelah kematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik. – Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah, no: 4249

 

Sumber : http://abunaiem.blogspot.com/2007/02/kematian-pasti-akan-tiba.html

 

Nota Kaki : Al-Fatihah & semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah… MODE : bertafakur & memikirkan bilakah tibanya masa kita pula…