Renungkanlah!

As salam ya sahabat,

image

Renungkan sewaktu dahulu ketika kita baru lahir… Ibu yg mengusap kepala kita dlm keadaan lemah namun masih mampu tersenyum krn gembira. Manakala bapa kita mengucup dahi tanda kasihnya kpd kita! Namun utk hari ini, mengapa perlu membuang bayi sendiri? Kita campak anak kita tanpa belas kasihan. Anak itu juga makhluk Allah, usah krn kekhilafan kita melakukan maksiat, tubuh anak menjadi korban…😦

Renungkan sewaktu kita masuk sekolah. Kita gembira krn cikgu mengajar kita sehingga kita pandai mendapat gelaran pelajar terbaik. Hinggakan kita juga mempunyai cita-cita utk bergelar cikgu sprt mereka. Namun harini, kita maki, pukul & gores hati mereka! Di manakah rasa hormat kita pd cikgu???

Renungkan pula ketika setiap pendaftaran sesi persekolahan. Tiap-tiap tahun cikgu akan bagi penyata yuran sekolah hingga kita sekolah menengah. Kita serah kpd ibubapa kita. Kita nmpk dahi mereka berkeriut seribu namun mereka masih senyum. Tiba hari pendaftaran, ibubapa hantar kita & menyerahkan duit kpd cikgu…. Sedangkan hari ini, apabila ibubapa meminta duit sedikit utk bayaran perubatan mereka, apakah jawapan kita?

Renungkan ketika kita berjaya memasuki universiti utk pertama kali. Yuran tersangatlah tinggi…. Namun, ibubapa tetap menghantar kita utk mendaftar & dapat menyediakan yuran yg sprt diingini. Kita pd hari ini, dgn gaji pertama yg kita dpt apakah sumbangan yg kita beri kpd ibubapa kita?

Renungkan ketika kita sedang hanyut dibuai percintaan… Segala sumpah & janji utk setia kita nyatakan. Jika dahulu, Adam & Hawa bersatu setelah terpatri ikatan sah. Namun kini, tubuh badan menjadi saksi cinta. Pabila membenihkan buah, sumpah setia hilang entah ke mana….. Di manakah letak sucinya agama kita?

Renungkan juga dahulu…… sebelum dua hati bersatu pelbagai rintangan ditempuhi bersama. Namun kini, apabila ombak & badai menyinggah rumahtangga… Mengapa wanita sering ditinggalkan? Di manakah hilangnya kesatriaan seorg lelaki?

Renungkanlah jua……. sebelum kita diutuskan oleh Allah yakni Tuhan kita ke rahim ibu, kita telah berjanji utk bersujud kpdNYA & tidak melakukan apa yg dilarangNYA. Namun, setelah kita dewasa kini, adakah kita masih mengikat janji kita kpd TUHAN kita????

Renungkanlah bersama-sama😉

Nota Kaki : WordPress.com mengalami mslh buat masa kini & amat sukar utk bEe membls setiap komen… Tp bEe tetap akan BW jika ada kelapangan😉