Syurga 9 bulan 10 hari

image

Aku ingin lihat dunia
Aku ingin jumpa dgn mama
Meskipun mama temani aku dlm rahimnya
Tp aku tak sabar berada dlm pelukan hangat mama
Setiap degupan jantung mama
Aku makin besar
Semakin dekat aku
Dgn pintu yg membebaskan aku
… ke dunia

Mama… 9 bulan 10 hari
Aku dilayan baik
Makan minum semua mencukupi
Tidur dan baringku
Sangat selesa
Sesekali aku terdengar esak tangis mama
Kini masanya aku ingin jejak ke dunia
Mama sendiri yg berhempas pulas
Darah dan jeritan sama hangatnya
Akhirnya aku lahir ke dunia
Hanya aku dan mama…
Mama memandangku meruntun kesal
Dibuang aku sbg sampah
Menangislah sekalian alam menyaksikan kekejaman ini
Aku Beraja hanya 9 bulan 10 hari
Kemudian mama tempatkan aku di Syurga
Dgn cara yg keji😥

 

Nukilan : mama (Anak Angkat utk Dibela) ~~~> note from Fb