Pilihan di tangan sendiri

DON’T BE A PUPPET, MAKE YOUR OWN CHOICES!!!!!

Teruja tak baca statement kat atas tu!🙂 Setiap hari kita semua akan merasa was-was dlm merencanakan kehidupan seharian bukan… bEe juga tidak terkecuali merasai perasaan demikian. Terlalu sukar rasanya utk berkata TIDAK terutamanya kan kan kan!!!!!😉

Give it some thought and you will be surprised to realize how often someone else is behind your decisions. Perhaps, (sumber pembacaan)

  • You’re concerned about what people will think or say
  • You want to do what is popular
  • You’re following someone else’s advice (despite the fact that we don’t entirely agree with it)
  • You’re putting yourself in a position where we need to do what a boss or partner suggests
  • You’re just following the crowd because it’s the easiest path.

Kerana faktor2 di atas menyebabkan kita sukar utk mengorak kehidupan & memilih haluan kiri sendiri. Mungkin dgn perkongsian ceritera ini membolehkan kita berfikir dgn tepat siapakah, di manakah, adakah ………. dlm membuat pilihan dlm hidup kita sendiri!😎 Mari kita baca sedikit tazkirah yg bEe copy dari http://saifulislam.com/?p=7994. Terima kasih di atas perkongsian yg sgt menarik🙂

Apa yang membezakan manusia dan malaikat adalah pada kemampuan manusia membuat pilihan. Keupayaannya untuk memilih kebaikan dan dalam masa yang sama menolak kejahatan, menjadikan manusia itu sentiasa berusaha menjadi lebih baik, dan memindahkan kebaikan itu kepada kehidupan di sekitarnya. Semasa memilih kebaikan, dia mendapat kebaikan. Semasa terpilih kejahatan, usahanya untuk kembali kepada kebaikan menjadikannya kembali baik malah bertambah baik.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [Al-Shams 91: 7-10]

Setiap hari kita membuat keputusan. Semasa mendengar azan subuh, kita membuat pilihan pertama sama ada mahu bangun atau tidur kembali. Memilih baju, memilih kasut, memilih sarapan, dan memilih jalan. Pilihan-pilihan itulah tempat Allah menilai kita. Pilihan yang baik mengundang kebaikan. Pilihan yang jahat mengundang sesal lagi mudarat.

Bagaimanakah pilihan-pilihan kita setakat ini?

Pilihan semasa hidup susah.

Pilihan semasa hidup senang.

Semasa susah kita tiada banyak pilihan.

Semasa senang, kita diuji dengan banyaknya pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.

Merujuk kepada kisah Nabi Allah Yusuf alayhi al-Salaam, baginda berada di dalam ujian yang berat semasa terkurung dalam buangan di lubang telaga akibat konspirasi adik beradiknya. Bayangkan, seorang budak, terpisah daripada ibu bapanya, terbuang ke telaga buta, siang dan malam dalam kegelapan dan sendirian, apakah ada yang lebih teruk untuk dialami oleh seorang budak seperti Yusuf?

Tetapi semasa di dalam telaga, Yusuf tiada banyak pilihan. Bersabar adalah satu-satunya cara untuk baginda bertahan. Baginda terpaksa bertahan. Terpaksa bersabar. Itu sahaja pilihan yang ada (sambungan : http://saifulislam.com/?p=7994)

Huurrmmm… Nabi Yusuf dari kecil menerima dugaan maha hebat & tlh kritis dlm memilih utk membuat keputusan. Bila fikir sedalamnya, bEe yg umur tlh 30thn masih belum mampu menjadi kritis malah bila diduga dgn sedikit dugaan… mulalah tak keruan😦 Kita semua punya pilihan dlm kehidupan & hanya kita shj yg mampu utk memikirkannya. Sbg org Islam, bykkanlah membaca Al-Quran & solat sunat utk diberi petunjuk….🙂 Pedulilah kpd org yg memberi pelbagai persepsi krn kadangkala mereka jua tiada pilihan…😉 bEe juga tak terlepas melakukan kesilapan dlm merencanakan perjuangan kehidupan. Patah hati, jatuh & bangun dah dirasai sejak bEe kecil lagi. Alhamdulillah berkat semangat yg padu bEe bangun walau hati sarat menangis.

Pilihlah yg TERBAIK utk diri sendiri kerna kita shj yg mampu merubah diri kita. Mmg utk berubah mcm2 akan ada org berkata2 & tak kurang utk memberi semangat… Tp semuanya adalah kuasa Allah. Jika sudah tekad melakukannya bermakna Allah telah memberi jalan utk diri kita 😀

Nota kaki : Apa khabar kawan2 semua?😉 Dah lama banget tak bersiaran……