Warkah untuk E.M.A.K

Kredit utk Blog Abang Long

Assalamualaikum wbt utk emak di sana,

Semoga emak sentiasa di dlm lindungan Allah serta bersama-sama org yg beriman… Keadaan Along, Angah, Uda, Acik, Fauzan & Ayah kesemuanya sihat. Cuma, badan ayah dan Fauzan agak susut sedikit mungkin krn makan yg tidak teratur… Tp jgn risau ye mak, semuanya masih terkawal🙂

Along nak sampaikan kpd emak yg rumah Along dah siap……. Alhamdulilah, walau tidak sebesar istana, namun Along suka rumah ni. Ianya adalah syurga Along sekeluarga… Di atas ada 3 bilik + 2 bilik air. Manakala di bawah ada 1 bilik + 1 bilik air. Bila Along ke dapur, mesti akan melalui bilik bawah ni mak! Bilik yg asalnya utk emak dgn ayah duduk….. Hati Along agak sebak apabila melalui bilik ni.. Takpelah mak, Allah lbh mengetahui segalanya……

Mak nak tahu tak, dapur umah Along agak besar juga dan Wan (suami Along) dahpun renovate utk kesenangan Along katanya🙂 Kalau mak ada, mungkin mak akan ckp yg ko kan suka dapur besar! Kalau balik kg ko kan selalu mengomel dapur umah emak sempit…. Hehehehehehe……. Bukan sebab Along tak suka dapur yg kecil, tapi Along suka dapur yg luas mudah utk Along bergerak dan memasak (macam memasak selalu kan mak!)😉

Belakang dan tepi rumah Along ada tanah lbh kurang 10 kaki tau mak! Alhamdulilah…… adalah tanah utk buat berkebun ke.. Hahahaha😆 Mesti emak ckp yg Along ni angan2 aje tinggi tapi keje tak jadi juga…. Bukan apa apa mak, Along dari kecil dah biasa dgn suasana kg dan mak pun tahu Along kdg2 suka berjalan-jalan di luar rumah. Jadinya Along nak keadaan tu kekal sampailah Along tua. Walau tidak sebesar tanah tapak rumah di kg, sekurang-kurangnya ada jugalah tanah yg boleh Along kerjakan… hehehehehe

Depan rumah Along pun besar mak! Kalau si Wan jadikan tmpt parking, lbh kurang 3 kereta boleh masuk😀 Alhamdulilah……. Along suka tau mak!!!!!! Mcm kat umah kg kan ke lbh 5 kereta boleh parking🙂 Sama juga dgn rumah bapa dan emak mertua Along…. Mak pun tahu laman rumah juga luas….. Tapi, sprt plan Along yg asal mungkin nak buat tmpt permainan Danish dan adik-adik dia😉 Along pernah cerita kat mak, tapi mak ckp masa tu buatlah Along…. entah sempat atau tidak mak tengok😦

Alhamdulilah, kesemua perkara telah Along selesaikan srpt yg emak amanahkan kat Along tak lama dahulu… Segala pertukaran tanah dan duit Along telah sempurnakan. Walau Along penat, tapi wasiat emak yg terngiang-ngiang di telinga telah dapat Along sempurnakan tak perlu Along ceritakan semua di sini kesemuanya Along dah selesaikan. Alhamdulilah Along punya suami yg memahami…… Harapan Along, dgn semua perkara yg telah Along selesaikan roh emak akan tenang di sisi PENCIPTA.

Emak, cukuplah sampai di sini…. Along dah tak boleh nak menaip lagi. Air mata dah bertakung banyak kat kelopak mata ni cuma, Along tahankan aje sbb tak mahu suami Along dengar Along menangis…. Walau kita selalu jumpa di dalam mimpi, namun Along gembira kerana wajah emak sentiasa berseri-seri dan tersenyum dengan tenang. InsyaAllah, Along akan sentiasa ingatkan semua adik-adik agar selalu berdoa utk kesejahteraan emak di sana… Kerana Allah lbh menyayangi emak sbb itulah Allah menjemput emak terlalu awal! Semoga emak baik-baik di sana ya!!!!!

Nota Kaki : Al-Fatihah utk arwah emak bEe Suriyati Binti Amir yg telah ke rahmatullah pada 14/11/2010. Semoga arwah ditempatkan di golongan orang-orang beriman.