Luahan Hati Seorang Rakyat Malaysia…

As Salam readers

Mungkin entry kali ini agak pjg berjela! DAN mungkin entry kali ini lain dari yg lain. Dari tajuk aje 4sure uols know what I want to share here kan…

Sakura terpanggil utk meluah di sini di muka blog Sakura. Kenapa ye? Kerana Sakura kecewa, Kerana Sakura sakit jiwa, Kerana Sakura sakit hati, Kerana Sakura sedey! Mix feelings_jiwa kacau_merana_di mana hala tuju… Keadilan? Entahlah…. tidak mungkin akan ada di pentas duniawi ciptaan Allah utk manusia.

ISU 1 : Sejurus selepas keputusan PRU 2013, seawal bulan September 2013, rakyat M’sia disajikan dgn kenaikan harga minyak.

Minyak Naik

Kenyataan Media : 3 September 2013 , Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

“Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter,” kata Najib

Punca sebenar minyak petrol RON 95 dan Diesel naik harga lagi 20 sen mulai 3 September 2013. Kerajaan berbuat demikian kerana kenaikan ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan terhadap rakyat. Subsidi minyak telah dikurangkan kerana kerajaan menanggung beban yang tinggi terhadap subsidi tahunan dari bahan bakar tersebut.

Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Sumber: Punca Petrol RON 95 Diesel Naik Harga Lagi 3 September 2013 ; TIPU RAKYAT SELEPAS PRU: Najib Umum Kenaikan Harga Minyak! ; Harga Petrol dan Diesel Naik Selepas PRU13 Sudah Dijangka

Personally, kalau dulu RM60 tank minyak kete sudah penuh. RM50 tank diisi, selama lbh kurang 3 hari minyak masih berbaki. Tp kini, tank minyak kalau nak diisi penuh RM70 & kalau isi RM50 2 hari tepat shj ada isinyer. Esoknyer perlu diisi semula. Sesungguhnya Sakura begitu TERBEBAN. Sementelah kini dah duduk umah sdn bhd & perjalanan sehala lbh dari 50km sehari ke office membuatkan Sakura fedup! Nasib baik kami hanya ada satu kete myVi buatan M’sia & kebetulan office Sakura & husband hanya selang beberapa bangunan (dlm 200m kot), so bagi Sakura still worth it. Cuma, bila wiken kami terpaksa show off pergerakan kami😦 Pity to my son, Muhammad Danish…….😦

Mungkin Raja2, Pak menteri, suku sakat mereka tak terbeban dgn isu ni. Sbbnyer mereka ada elaun minyak yg kononya reward utk mereka yg menjaga negara M’sia berdaulat! Mcm Sakura ni????? Bila outstation or buat kje2 luar bukannya ada elaun! (elaun hanya utk bos ke atas). Tp yg kulinyer kena claim. Itu pun RM0.75 sen utk 1km. Bila masa Sakura boleh jadi bos? Katak di bawah gelas sepanjang zaman…..😦

Tahu tak kalau dulu sebulan minyak kete RM400. Skang dgn kenaikan harga minyak hampir ke RM500 sebulan. Syukurlah Malaysia masih AMAN!.

ISU 2 : Awal bulan Oktober 2013, pengumuman harga gula & tepung pula dinaikkan.

hargagulatepungnaik

Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Sumber : Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri

What the……….. AstaghfirullahalA’zim… Apakah maksud di sebalik “menjaga kesejahteraan hidup rakyat”?. Utk menjaga kesihatan rakyat perlu menggunakan statement mcm tu? Belum lg pelaksaan GST Sakura dah perasan harga2 bahan mentah mahupun bukan mentah telah naik sedikit.

Kalau dulu, RM150~RM200 shopping brg2 mentah + brg2 kegunaan rumah + kegunaan sdn bhd penuh satu trolly. Tp kini RM200, 1.5/3 trolly aje itu baru brg mentah utk umah tau! Very very very sad😦

Kalau dulu nasi putih RM0.50sen tp skang ni RM0.70sen (kalau ada) tp biasanya RM1.00 sepinggan wokey! Lbh2 lagi Sakura & husband kje betol2 di tengah kota metropolitan. Hurrmmmm (sambil tarik nafas pjg). Syukurlah Malaysia masih AMAN!.

ISU 3 : Perlaksanaan GST yg diumumkan lbh kurang 2 minggu kemudian.

GST

Janji PM & anak2 menterinyer, GST tidak akan membebankan rakyat malah jauh sekali akan menyebabkan harga2 brg akan naik. Tp, bagi Sakura, janji manusia ibarat makan gula2. Janji tinggal janji…

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang. Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Sumber : PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

Janji GST akan dilaksanakan thn 2014. Tp, apa yg Sakura peratikan, harga runcit telahpun naik scr diam2. Cth : ikan sardin Ayam Brand tin plg kecik (my feveret). Memula di Giant harga lbh kurang RM2.89 setin. Kini harganya RM3.++. HEBAT!!!! Janji PM dan anak2 menteri harga runcit lain2 takkan naik utk thn 2013. Di media sosial, perkara2 begini off record! Pandai manipulasi…. Kalau utk thn 2014, berapalah agaknya harga ikan sardin Ayam Brand tin plg kecik ni yer?.

Itu baru harga utk brg2 runcit. Kalau pergi ke service lain2? Cth plg sng pegi makan2 kat restoran segera mcm KFC / McD / Pizza Hut dll…. Pnh tak anda terfikir utk masa2 akan datang terutamanya di zaman anak, cucu & generasi kita? Sakura bayangkan zaman mereka kelak nak makan KFC ke McD ke (yg dpt dinikmati semua golongan kini) mereka hanya akan dpt melihat di luar pintu kaca shj. Golongan berada mahupun yg tertentu yg akan menikmati kelazatan KFC, McD, Pizza Hut dll di kemudian hari. YA Allah, kasihannya kamu wahai generasiku… Syukurlah Malaysia masih AMAN!.

ISU 4 : Tarif baru elektrik diumumkan pd 02/12/2013.

tarif elektrik

Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad(TNB) telah membuat keputusan untuk memperkenalkan Tariff baru elektrik. Keadaan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk melakukan penyemakan semula ke atas harga gas asli yang telah meningkat daripada RM 10.70/MMBtu kepada RM 13.70/MMBtu. Ini kerana subsidi bagi tarif elektrik ini bagi skim pengecualian bayaran bil elektrik bawah RM20 dan ke bawah adalah ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM 141 juta. Sungguhpun begitu, kenaikan tarif baru ini tidak melibatkan 4.4 juta pengguna atau sebanyak 75% pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar yang tidak melebihi 300kwj sebulan. Pengguna yang berpendapatan rendah kebiasaannya penggunaan bulanannya adalah tidak melebihi 300kwj sebulan dan ini dilihat tidak membebankan golongan yang berpendapatan rendah. Menurut Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air menyatakan bahawa hanya 1.39 juta pengguna atau 23.5% pengguna sahaja yang akan terbabit dengan kenaikan yang menggunakan Elektrik bermula dari 301kwj hingga 1000kwj sebulan.

Sumber : TARIF BARU ELEKTRIK MEMBAWA PENGGUNAAN BIJAK DAN JIMAT

Tarif kenaikan elektrik membawa kpd penggunaan bijak & lebih jimat. Hurmmm…. yeke? Sejauh mana agaknyer kebijaknaan tu dinilai ye? Mungkin agaknya kebijaksanaan tu diukur dari sudut tak payah tengok tv, kurangkan penggunaan internet & bukak aje lampu yg perlu bila dlm umah kot!… Kalau nak tahu isu2 semasa belilah suratkhabar. OPS! lepas GST dikuatkuasakan mana mungkin suratkhabar mahupun2 bahan2 percetakan turut naik harganya kan.

Kalau kerajaan nak membuat penggunaan bijak, apalah salahnya lampu2 neon yg kat Putrajaya, taman2 , tasik yg pastinya tutup pd waktu malam dikurangkan juga penggunaannya. Apa yg Sakura kesalkan, lampu2 neon di sepanjang jalan utama ada yg tak berfungsi langsung. Itu menjamin keselamatan rakyat ke? Aduhai…… Hurmm… Syukurlah Malaysia masih AMAN!.

ISU 5 : Pada 12/12/13, rakyat dikejutkan dengan berita kenaikan tambang LRT & Monorel.

image

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak memberikan sebarang kelulusan tren enumpang, tetapi mengesahkan bahawa kajian yang komprehensif sedang dijalankan. “SPAD tidak meluluskan sebarang struktur tambang baru bagi industri rel. Bagaimanapun, SPAD kini sedang menjalankan kajian semula yang menyeluruh ke atas struktur tambang industri rel,” kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar .

Bagaimanapun, beliau tidak memberi penjelasan bahawa perubahan harga mungkin berkuat kuasa.
Syed Hamid berkata, terdapat empat faktor utama yang akan diambil kira oleh SPAD apabila menyemak semula tambang.
Ini katanya, termasuk struktur sedia ada tambang, operasi dan penyelenggaraan kos bagi semua pengendali tren, peningkatan dalam bahan api dan kos tenaga dan kemampanan jangka panjang industri.
“Struktur tambang sedia ada termasuk kemampuan rakyat, kajian semula perbezaan antara semua pengusaha dan mengharmonikan struktur tambang,” katanya.

Sumber : SPAD: Kaji Semula Kenaikan Tambang Tren; Isu tambang LRT, monorel dapat perhatian pembaca & Tambang LRT mencetuskan kemarahan pengguna

Mcm pelik, SPAD kata takkan naikkan tambang tapi akan semak semula dan dlm kajian. Lepas tu plg best statement tak hengat “Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi tambang kadar LRT dijadualkan akan naik tahun depan” (petikan dari beliau yg bijak dlm Malay Mail). Kesimpulannya?????? AKAN NAIK LAH KAN? So, nak kaji mende lagi???? Sgt cerdik statement tersebut!.

Sejurus pengumuman tambang LRT, komuter & monorel dinaikkan, kemudahan2 awam ni tetiba STUCK! Kawan Sakura cerita pd Sakura, bila tgk LRT Dang Wangi stuck & ramai giler umat manusia dia memutuskan utk berjalan kaki kononya ke KLCC. Dgn keadaan hujan tika tu (walau tak lebat tp basah jugalah!) dia berjalan kaki. Bila sampai ke KLCC umat manusia beratur utk naik kenderaan awam tu shj dah sampai ke luar! Apa cer? Sudahnyer dia putuskan jalan kaki sampai ke Pandan Indah (korg rasa jauh ke tak jauh dari Dang Wangi berjalan kaki ke Pandan Indah!)_bukan cerita dongeng_CERITA BENAR!!!. Sampai di Pandan Indah he called his wife to pick him at Pandan Indah LRT aje. Yela, Sakura phm situasi dia… Kalau Sakura ada kat tmpt dia apa pilihan yg ada tika tu? Nak naik bas? Jalan pun jammed… Nasib baik dia lelaki.

Hai Pak menteri, kenderaan awam taklah sampai ke tahap 5 bintang.. Nak bagi 3/4 bintang pun tak sampai hati bila keadaan mcm ni. Dahla kena berhimpit2… Oklah fine… maybe ada pilihan lain naik ERL. tp tau tak berapa tambang ERL tu? Destinasi Pjaya ke KL Sentral RM9.50 sehala. Pastu KL Sentral ke Masjid Jamek RM2.10 sehala. Cer kira utk 2 hala & darabkan dgn 22 hari. Kosnye RM497.20 tau. Belum lagi ditambah dgn minyak kete & tol dari umah Sakura ke Pjaya!.

Ini ERL pun skang dah bersesak wokey! Kena berhimpit2. So, di mana letaknya KESELESAAN pengangkutan awam? Hanya kerana naik ERL tapak kasut pijak dekat karpet aje ke ye? Takpelah… Syukurlah Malaysia masih AMAN!.

ISU 6 : Halwa telinga & santapan mata rakyat jelata terhadap kenaikan Tol pada 15/12/2013.

TOL3

TOL4

😆 Selepas 3 hari isu tambang LRT yg tak reda lagi, terus isu kenaikan tol pulak! Terus isu menjadi hangat sprt cerita sehangat asmara gittew!

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Statement plg best bg Sakura utk seantero dunia oleh menteri terbabit “Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui,” KOTAKAN janji kata kau! Kau ada? Knplah menteri2 M’sia ni cerdik pandai orgnye ye? Statement pandai2 belaka sehinggakan rakyat pun tak dpt nak cari kesalahan utk statement tersebut.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Sumber : Kenaikan Tol Tahun Hadapan Tidak Dapat Dielakkan- Abdul Wahid; Tol naik, syukur Malaysia masih aman & Ini Ke Senarai Kenaikan [Kadar] Baru Tol?

Allahuakbar! Betapa MULIANYA hati Pak2 Menteri di M’sia ni… Tahu tak, tol Sakura ke tempat keje RM385.00 utk sebulan… Tol ELITE-RM2.20; Tol MEX-RM2.50; Tol AKLEH-RM1.50; Tol Salak Selatan-RM1.50. Itu hanya ke tempat kje aje tau. Kalau tetiba jalan jem ke apa ke kami kena melencong ke tol lain plak! Kalau kadar tol ni naik, agak2 sebulan berapa tu? Oklah fine… Maybe sbb ada PLUSMILEs & thanks a lotz to PLUSMILEs dgn 80x touch dah bley claim atau dpt rebate. Tu tak dikira lagi dlm sebulan kami balik ke kampung!

Apa2pun Sakura masih bersyukur lagi krn tmpt kje mahupun perkampungan Sakura & husband mempunyai destinasi yg sama. Kalau tetiba split… Entahlah dek non. Tak tahu dah mana nak korek duit😦

Mungkin beliau2 yg mahu kadar tol dinaikkan tak sedar gamaknya bhw tol mereka ditanggung demi kerana bebanan tugas menggalas kesejahteraan negara M’sia. Sbb tu tak perasan kesusahan rakyat jelata… Syukurlah Malaysia masih AMAN!.

Phew… pjg berjela sudah ni! Walau luahan rasa dpt diluah di blog usang ni, Sakura masuh belum puas juga sebenarnya. Kerana, luahan yg kosong tiada nilai di mata & hati org lain. KERANA isu di atas juga Sakura jadi sgt tak keruan kini.

Ye, negara sedang mengalami fasa globalisasi ke negara maju. Dlm keadaan maju inilah juga rakyat perlu menelan pahit & maung dan disajikan peningkatan kes2 sosial yg melampau. Yg peliknya, bila bace gossip tentang Nedim Nazri Aziz mahupun anak2 menteri yg lain, Sakura lagilah terpanggil nak meluah perasaan. Hello… duit AKU tu kau bazirkan makan angin. Penat tau AKU kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Kau sesuka hati perabihkan duit.

Ye, MUNGKIN… ada juga suara2 nakal mahupun sumbang berkata pd Sakura. Kau apa kesah? Laki kaya… Laki engineer… Kje kat company besar2.. Kau pun kje kat company besar apa?… Beli umah semi-d, ada tanah, walau cluster still besar dari org lain. Sebelum masuk umah dah buat renovation tak hengat. Dapur kau cantek…😆

Ye, TERIMA KASIH… Sekurang2nye Sakura masih bersyukur krn Sakura dah punya umah sdn bhd berbanding rakan2 seangkatan Sakura. Dahtu pulak, dpt beli umah yg besar berbanding rakan2 seangkatan. Tp, kalau kata husband Sakura tu kaye, MAAFLAH ye.. Kalau tak, Sakura tak perlu bekerja lagi sepatutnya. Tp, ada lg suara yg menyambung, maintenance kau tinggi sangat…😆 Sakura akui maintenance Sakura tinggi. Tp, setahu Sakura selama Sakura belajar berdikari, Sakura sendiri akan berusaha utk dptkan apa yg Sakura mahukan. Sehingga kahwin ni pun… Sakura still kumpul duit sendiri utk keperluan sendiri.

Dengan salary adjustment yg baru dibuat, hengat cukup ke? Bagi Sakura, salary adjustment yg dilakukan TAK LAYAK disebut adjustment tp hanyalah increment. Kenapa ye? Kalau adjustment perlulah ke 30%~40% kenaikan? Yg ada ni?😆 Lbh kurang pukul samarata 5% pd awal tahun yg dipanggil increment & tambahan 5% yg dipanggil adjusment. Keseluruhan pukulsamarata adalah 10%. Bebanan tugas makin mencabar minda. Di mana letakkan keikhlasan dlm bekerja kalau hari2 dok pikir duit tak cukup.

Anak Sakura dah start sekolah. Baru dikira sekolah biasa2 tau. Bulanan RM350 (daycare) dgn pelaksanaan GST surat sekolah anak memaklumkan akan naik sbyk RM30 makanya RM380 sebulan. Utk persekolahannya pula bermula Jan-June 2014 adalah RM450. July~Dec confirm juga RM450. Oklah Fine… ada juga suara sumbang menyatakan “yg kau hantar anak ko kat sekolah glamer buatpe?”. Allahuakbar… Sebelum bercakap silalah berfikir dahulu. Dlm keadaan duduk di KL & jauh dari ibubapa, apakah pilihan yg ada utk Sakura ye? Itupun sekolah yg Sakura dapat di Ampang, adalah TERMURAH setelah dinilai dari kacamata Sakura.

Kalaulah boleh, Sakura nak juga hantar anak ke prasekolah mahupun taska kerajaan. Tp, ada tak terfikir… SIAPA YG AKAN AMBIL ANAK SAKURA HABIS SESI SEKOLAH? Agak2 Sakura ada pilihan ke dlm situasi ni? Kalau adapun ibubapa (emak Sakura da meninggal dunia~Al Fatihah!) dekat, SAMPAI KE HATI NAK BAGI DIAORG JAGA ANAK? Bagi Sakura yg dah biasa berdikari dari kecil, Sakura tak sampai hati… Cukuplah masa mereka membasuh berak, kencing semua anak ketika anak2 kecik. Biarlah skang zaman kini mereka penuhi dgn keceriaan mereka sendiri. Tiap2 bulan bagi duit kat mereka walau mungkin tak beriban, alhamdulillah….. Ibubapa mana tak sayang anak kan! Mcm ayah Sakura kdg2 dpt duit, akan cium duit tu. DAN kdg2 ckp kat Sakura Kaklong, duit yg Kaklong bagi ni ayah nak derma masjid ye… Tak menitik ke air mata Sakura ni? Ayah mendoakan kesejahteraan Sakura……😦

Entahlah… Am sick & upset for everything! I dont want to be a rich people but I juz want to be a healthy person that feeling good every day! Laughing, smiling, cooling, peacefully, positive thinking, happier… I want to think of all the good qualities in my life for every stage! Every single day is a good day for me kan! Ko hengat ko sape ha? Semua nak positive way.

SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN!!!!!!!!!!!!