Epidural

download

Hmmm, lately, we’ve seen the viral of epidural at FB. Actually, Sakura juga ada pengalaman yg sama same as them. Pity… But, pls dont judge a book by its cover. Meaning that, we havent seen any data, the fact, keaslian or kesasihan this story.

Back to my cerita…
Sakura has decided to take the epidural pun, atas nasihat doctor. 3 hari 3 malam Sakura’s in a labor room. Can u imagine how was my feelings? U can see my previous cerita here 40 hari dalam sarang

Seawal 7 bulan Sakura nak terbersalin. Contraction sangatlah tinggi and siap kena injection 2 kali kat peha kiri & kanan (nak bagi jantung baby kuat). Sape tak sedih, baby (Danish) still under weight (walau doc estimated about 2kg pun, bila keluar tentu tak sama kan!)… Nanti baby kena tinggal, kena wayar mcm2. Then, malam sampai esok pagi bermalam di labor room. Contraction mmg tinggi cuma, tiada tanda or jalan pun tak bukak.

Doc just has decided that my baby was under pressured. Might be myself can handle my work but bb tak boleh accept the pressure. She had given me the MC sampai Sakura bersalin. The doc also bagi the ubat for contraction.šŸ˜¦

Genap 36wks, doc tak bagi lagi makan ubat tahan contraction. Ya Allah, azabnyer hanya Allah yg tahu. Nasiblah Sakura ni mmg start period mmg da sakit guling2 so, boleh tahan lagilah. Sesape yg ada period pain tu, lebih kurang mcm tu rasa sakit contraction tp ada tambahan lagi 100%. Dgn perut boyot time tu, takleh guling2. EEG ke (apa ntah graf utk pantau jantung bb tu) lbh dari 100 siap keluar dari kertas graf…

Masa ni, Sakura berdoa sampai menangis2 pada Allah supaya keluarkan tanda at least setitik darah utk bukti supaya Sakura ready nak bersalin. Tp, tak ada…. Uwaaaa…… very sad.

Genap 37wks, Sakura berserah diri pada doc then minta doc induce. Doc tak bagi. Bagi ubat separuh dulu kat jalan bawah bagi jalan bukak (takleh bagi full sbb dikhuatiri membahayakan nyawa Sakura sbb contraction da tinggi)-masa ni dah ada dlm labor room-nasib company Sakura & husband ada bg GL-huhu. The doc bagi lagi ubat yg separuh kemudian… jalan still tak buka.

04/10/2009
Di subuh yg hening ada cecair putih keluar (agak basah jugalah spender & katil). Doc just assuming my jalan da licking skit tp it was only 2cmšŸ˜¦ Uwaa……. Doc terus bagi drip kat Sakura. Tunggu sampai 9am. Still lagi 2cm. Doc tambah lagi drip kat Sakura (sakitnyer Allah aje yg tahu) sbb 2x ganda. Sakura pun tak tahu mcm mana Sakura boleh tahan. Sbb nurse ckp org2 sebelah labor room yg baru kena 1x drip da menjerit2 (Sakura dengar jeritan mereka). Masa ni, rasanya da terputus segala urat2 kat tangan, kaki, kelapa dll. Tinggal nak putus nyawa aje.

Sakura mennagis bila asben datang sbb tak tahan tgk muka dia. Kesian, kurus kering dia…. Asben jaga Sakura selama Sakura sakit… Doc tak bagi gerak sangat dikhuatiri baby jatuh… Sempat Sakura ckp kat asben if Sakura mati, tolong jaga anak elok2 & tolong jaga emak, ayah and adik2 Sakura…

Tepat pukul 12pm, Doc Bibah datang and nasihatkan Sakura supaya ambil epidural. Dia ibarat ibu buat Sakura selama Sakura sakit mengandung. Kata2 nasihat dia sgt terkesan di hati Sakura. Doc Bibah just mentioned, If Sakura takes the epidural, she’ll be given the highest drip for Sakura. At least, Sakura boleh bersalin normal. Dia bimbang if baby jadi apa2. The last choice’s czer (sambil serahkan form kpd asben)

Asben agreed dgn cadangan doc as long as my nyawa and bb are safe. Then, asben pun ada pesan, selamatkan isteri dia walau apa yg jadi. Itu yg buat Sakura ingat sampai sekarang…šŸ˜¦

Memula, fikiran berkecamuk memikirkan kata2 -ve ttg kesan epidural ni. Alhamdulillah, doc pakar bius yg sgt terlatih telah bagi epidural kat Sakura. Sangat lembut dia biuskan Sakura. Then, cucuk jarum pun lembut siap mintak Sakura berzikir dan ingat pd Allah. Sekejap aje and rasa masa kena gigit semut. Lepas kena inject, terasa satu badan kebas…

Masa tu lah Sakura rasa badan sangat ringan, Rasa mcm ada di syurga sbb hilang segala kesakitan selama 37wks. Tido dengan sangat tenang…. Last yg Sakura ingatpun, asben kucup dahi and pegang tangan sambil cakap ayang tidolah. Abg tahu ayang dah lama tak rehat…šŸ˜¦

Pukul 4.15pm, Sakura terjaga.. sbb terasa perut bergelombang. Itupun mungkin sbb kesan epidural nak abis sbb tu terasa. Asben jengah kat anu and katanya da nampak kepala bb. Nurse masuk and nurse berteriak yg kepala bb da nmpk and jalan da bukak besar. Kebetulan masa tu majlis kahwin adik sepupu, so sedara mara ramai yg datang menjengah and ada yg siap bacakan yasin, doa utk Sakura. Alhamdulillah & terima kasih kpd semua.

Labor room dipenuhi nurse (kebetulan hari da petang and tinggal Sakura aje kat area itu). Ada 10 bilik and Sakura sorg aje yg menunggu masa nak bersalin. Ingat lagi nurse ckp Doc Bibah da otw balik (habis shift) sanggup pusing ke hosp utk sambut kelahiran bb istimewa katanya. Ramai nurse dlm labor room yg beri kata2 semngat and ada yg memuji Sakura sbb tak pnh tgk Sakura meraung2, mengeluh ke atau menangis sbb sakit (tp Allah maha tahu segalanya)

Doc Bibah masuk siap dgn boot hitam… hehehe… hanya 3-4 kali tarik nafas, genap pukul 4.35pm, lahirlah Muhammad Danish. Langsung tak menangis. Doc siap pukul2 montot, bagi injection and panggil doc pakar bb utk check knp bb tak nangis. Matanya aje galak pandang kiri n kanan. Huhuu

Sambil serahkan Danish kpd Sakura, Doc Bibah and semua nurses kat situ bgtau pada Sakura yg anak Sakura kuat orgnye sprt mak dia. Akan jadi anak yg sangat berguna da besar. Alhamdulillah…

Many many thanks to Doctor Habibah & all nurses have been helping me for the situation. Hospital Pakar Islam Pusrawi di Jalan Tun Razak… I’m truly honored for being 1 of your patient. FYI, Doc Habibah juga yg memantau Sakura ketika Sakura miscarriage for the 1st and 2nd time… Hanya Allah dapat membalas jasa kalian…

Kesan epidural? Ntahlah.. Sakura pun tak pasti. Sakit2 pinggang ke kaki ke bagi Sakura normal. Lagi2 bila nak period. It was normal for me yg mmg ada senggugut.

Dgn cerita Sakura yg tak seberapa ni, apakah pendapat anda? Tepuklah dada & tanyalah diri sendiri…