Cerita ajelah…

As Salam & Evening uolls🙂

Wow, lama juga tak bersiaran. My last updated was in November 2015 tak silap… Harini, sbb boring n tak tahu what to do, tetiba teringat my blog😛

3rd trimester… Alhamdulillah, nak sampai da penghujungnya. Tak sangka, pejam celik n pejam celik finally Sakura dpt menempuhi journey ini dgn sempurna.

Kalini, lain pulak pengalaman. Ops, sbnrnya la ni Sakura kat umah. Specialist bagi mc for 1 week. Knp? Before Sakura go further, kawan2 bacelah dulu bebelan kat bawah ni😀

Mengidam – takde yg pelik2 sgt. Cuma, perasan yg makanan yg hubby suka, Sakura juga suka nak makan. Addicted pulak. Cth mcm vanilla flavor n popcorn. Hehehe, mana penah Sakura nak suka. Bau n rasa pun nak muntah kalau dulu2 lah. Skang ni, mcm sedap sgt pulak😛

Favor dish – Sakura suka western kalini. Spaghetti if tak dapat n nak juga, mee goreng pun jadi😀

Perasaan – Kalini agak calm sikit berbanding masa Danish. Maybe faktor umur n environment office. Alhamdulillah, bukan nak kata kje tak busy or takde kje teruk. Still sama cuma sbb member2 office takde yg perangai pelik2.😆 Mereka tahu each pregnancy for different mommy has a different journey. Accept n reliable katanya… Huhuhu. Boss Sakura pun bapak org n dia tahu sejarah each peknen Sakura (masa interview dia tanye mcm2 tu yg tau) then boss agak memahami.. Siap tak bagi jalan jauh2. Hehehe

Cuma, ada jugalah soalan2 n ckp2 yg Sakura sgt sehat berbanding org2 lain di office tu. Sakura tak sihat sebenarnya. Muntah2, pening dll tu lumrah. Cuma, org tak perasan. Sakura pun pesan pada mereka usah dibeza2kan… Hormon org peknen ni lain2. Sakura boleh control it. Hakikatnya, bila moody tu Sakura takdelah borak2 ke n senyap aje. Itu salah satu cara utk tidak “membebankan” org. Sama juga bila teringin nak mkn sthing. Sakura sorg2 aje belasah p beli n makan. Kdg2 org tak berapa paham situasi. Selagi boleh elak utk masam muka ke, better elakkan ye… (sbb da pnh ada pengalaman :-P)

Ok, back to story, Sakura dinasihatkan supaya berehat. Sakura da leaking masa 24-25 wks tak silap. Sakura tak tau tu amniotic fluid. My water da dropped lama rupanya. Cuma, masa minggu ke 27 tak silap, Sakura tergerak hati utk gugle n tanye kawan2. Masa tu lah checkup last week, antenatal doc buat letter to specialist.

Biasalah, da p specialist mcm2 lah Sakura kena. Doc guna pap smear n amik sample. Ma Shaa Allah, byk rupanya air… Masa tu rasa dunia berputar2 n nak jumpa my doc Bibah di Pusrawi. Tp, jauh… jumpa doc Kamsiah (suggested by a few fwens and my sister).

Punca? Biasalah… stress, letih, angkat brg berat, tak cukup rehat… But for the 1st assuming ni doc just bgtau maybe infection. Finally, Sakura kena juga bergantung pada ubat antibiotic to tampal the leaking. Harap2 berhasil…

Haritu da amik sample darah n urin before makan the antibiotic. Khamis ni kena amik lagi darah n urin to see the result after that.

Plg sadis, baby songsang pulak kalini😦 Mcm2 ujian kan Allah nak bagi? Bertabah ajelah duhai hati. Allah mmg sayang kat Sakura sbb tu DIA uji Sakura🙂

Oklah, stop sini dulululah. Nnt2 Sakura menaip lagi ye. Mohon fwens yg baca blog artikel kalini, doakanlah kesejahteraan Sakura. Doa seorg ibu da takde lagi.. Kwn2 yg still ada ibu, bersyukurlah kerana doa seorg ibu tiada hijabnya…

Melahirkan

Nota Kaki :Papa ckp kat baby yg penat papa bayar 4D utk tgk baby. Tp, baby tutup muka juga… Puas doc usik2 tangan suh tunjuk muka. Bila alih tangan, baby tutup pulak pakai kaki… Hehehe… Lebih sejam cari muka baby aje tau. Pemalu rupanya baby mama n papa ni ek😀