Anak plus incoming anak Mama :-)

As Salam…

Hai readers😀

Lama tak cerita pasal buah hati cinta papa n mama yg sorg ni😛

Danish at school

Danish at school

Da 7 tahun, da darjah 1.. Alhamdulillah… Danish dapat kelas 1 Dedikasi. Kelas no 1🙂 Ops, sekarang kena panggil abg Danish sbb dia kata dia nak dpt adik da… hehehe

Bila tengok anak mama yg sorg ni, teringat seriau mama masa ngandungkan kamu & lahirkan kamu…. Muhammad Danish. Mama gelar sebagai buah cinta mama n papa. Sbb mama sayangkan papa. Kalau abg Danish da besar, abg Danish tengoklah album cintan cintun mama n papa😀 Hmmm, pengalaman ketika kamu inside mama, jalan da bukak tp xde leaking and bleeding. So depends pada ubat hari2. Mama redha… Mama tahu ada org lagi teruk sakit dari mama.

Pastu, 2x mama takde rezeki. Takpe, mama redha lagi. Mama tahu ada org yg da lama menunggu rezeki tp belum ada rezeki. At least mama ada sorg anak…

Alhamdulillah, after 7 years and now mama n papa are counting the days. In Shaa Allah, tak lama pun lagi, akan lahir anugerah cinta mama n papa. Hehehe, anak mama yg kat dalam ni mama panggil anugerah cinta. Sebab, mama ingat mama da takde harapan lagi nak merasa baby gerak2 dlm perut mama n merasa pregnancy journey ni. Tp, sedey… mama diuji lagi. Leaking pulak and still bergantung pada ubat utk tampal. Doc ckp as long as jalan tak bukak, doc suruh mama bertahan aje. Mama redha juga… Mama tahu, kalini mmg Allah sayangkan sgt pada mama.

Tp, bila papa anak2 mama bgtau, jika terjadi apa kendian, papa tetap akan pilih mama. Sedih mama…

Mama akan didik anak2 mama dgn baik & sempurna. In Shaa Allah… Apa yg berlaku tetap ada hikmahnya. Harapan mama, usahlah anak2 mama lupakan mama n papa ye. Kami sayangkan kamu berdua. Mama ni da tak heran dgn masa depan or carrier mama. Ini semua dunia.

Lebih2 lagi, judgement manusia di dunia mana penah betul kan! Takpelah… disebabkan ini semua dunia n mama nak cari rezeki halal, mama redha segalanya. Oil n gas tak menentu sekarang… papa masih harapkan mama utk “menyimpan” rezeki demi masa depan kita semua.

Kami "4"

Kami “4”