Roh Di Bulan Puasa
As Salam π
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.
Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.
Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.
Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus i a semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sumber : http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/fadzilah-hashim/roh-di-bulan-puasa/10150245025523302
Nota Kaki : bEe sedang bercuti skang ni π Maaf yer tak dpt nak mengunjungi sesama blog masa kini π InsyaAllah, akan bEe menjenguk kwn2 nnt.. TUNGGUUUUU!!!!!!!!!!
saya setuju dengan artikel ni, ini membuktikan orang yang telah meninggal dunia itu masih boleh mendapatkan bantuan dari orang yang hidup, doakan ibu bapa yang masih hidup juga suatu kebaikkan
@Juan : YUP!
Itulah yg bEe lakukan utk terus bersama2 arwah emak π¦
Salam Ramadhan, terima kasih atas maklumat ini. Semoga kita mndpt bekal yg cukup bila ke Sana nanti. Amin.
@faizul : TQ π
Bila bercakap pasal kematian, ingin saya berkongsi kisah sahabat saya. Setahun lepas, beliau menerima berita yang sedih apabila ibu dan anaknya mengidap kanser.
Jun lepas, ibunya pergi menyahut panggilan Ilahi. Anaknya pula telah menjalani pembedahan dan beransur pulih. Namun, takdir Maha Esa tak dapat dielakkan, sebelum Ramadhan anaknya yang berusia 9 tahun, telah pergi meninggalkan dia dan keluarganya. Tidak dapat saya bayangkan kehilangan orang yang disayangi tatkala menyambut Ramadhan yang mulia ini. Al-Fatihah. Semoga Roh mereka dicucuri rahmatNya.
ameen…moga semuanya dalam rahmat Allah jua…ameen
@e-commerce : Al Fatihah~
Semoga Allah melindungi mereka sekeluarga
@hafizmd : Amin π
sama2 kita berusaha jadi anak2 soleh dan mendidik anak2 kita untuk mnjadi soleh solehah…agar kita juga punya bekalan dan mampu membekalkan sesuatu buat kedua orang tua kita…ameen
terima kasih bEe utk entri ni.
@hafizmd : terima kasih π
Thanks for sharing bEe.. coretan yang menarik. Mengingatkan kawe agar membekalkan ajaran agama secukupnya utk anak-anak.. bekalan untuk diri sendiri gak tu kan bEe?
@Ismail N : Ye bro π
bEe dpt ni pun dari kwn yg fwd emel ke emel bEe
Cuti g mana beeeee? ;p
Selamat berpuasa….
@Lorna : Duk umah jaga anak π
Selamat berpuasa Lorna π
aduhaiii….
entry yg bagus sekali..
terima kasih kerana berkongsi
tetiba teringatkan arwah ayah… uhuk!
I love u father..
@maza : π¦
Kita sama2 mengingati yg tlh pergi…
hmm…risaunya sy tak dpt rasa roh ramadhan itu sendiri..1 ramadhan hr tu sy ke kubur melihat jenazah disemadikan..mmg terbit rasa insaf tp tulah..kejap je..teruk btul.. T_T
@adele : Kita sama aje adele…
Manusia kdg2 ingat dan kdg2 terlupa
Itulah manusia π
Rasa sedeh bila baca artikel ni
Betul2 menyayat jiwa.
Sebab atok nizam meninggal 2 tahun lepas.
Hrp dia dpt tgok cucu kesayangannya ini di bulan ramadhan ;(
@nizamghazi : π InsyaAllah…
Bykkan sedekah al Fatihah ye
TQ for sharing.
Al-fatihah buat arwah abah, arwah wan, arwah atok & arwah pak long π
@juanita : Sama2
Al-Fatihah~
Salam Sakura, very informative article about Roh semasa bulan ramadan. Saya baru kehilangan anak (Arwah Yasmin J Hunwick) pada 3hb Jun lalu. Saya terbaca blog Sakura untuk mendapat informasi mengenai Roh org meninggal. Alhamdulillah, apa yg Sakura pelajari dari majlis ilmu dikongsi bersama. Moga-moga Sakura mendapat ganjaran pahala dari Allah swt. Saya ingin share artikel ini di fb, harap Sakura mengizinkannya. Ibu Arwah, Sazlina Shahriman Shah
Sabar la aunty
Pingback: OooLalaLala~~ | Sakura